Wednesday, October 12, 2011

Kelahiran Induced!!!

Last check-up hari tuh Dr kata maybe ibu kena induce sbb ibu di suspek ada GDM(Gestational Diabetes Melitus iaitu Diabetes Semasa Mengandung). So ikut due 22.10 tapi doktor cakap 21.10 dah kena admit dah. Ni dia Kesan-kesanya GDM:-


Komplikasi pada Baby:-

*Bayi menjadi besar melebihi 4kg dan kelahiran menjadi sukar

*Masalah pernafasan bayi

*Masalah glukosa darah bayi

*Penyakit Kuning

*Kecacatan Bayi


Persoalan ibu & kebanyakkan ibu2 lain adalah sakit ke x bila kena induce ni waaaaaaaa!!! so skrg ni ibu tgh surf pasal kelahiran induce ni jom kita tgk...


Kenapa perlu indiuced

Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada di luar rahim daripada di dlm rahim.Sebab paling utama induce adalah, kelahiran sudah melebihi jangkaan. Sbb lain adalah masalah darah tinggi,bayi terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak di ketahui punca.Kencing manis & pecah air ketuban.


Bagaimana utk memulakan Kontraksi?

Hormon yg menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran di panggil oxytocin.Ia dihasilkan didlm kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam darah melalui kelenjar pituitari.Bagaimana badan memulakan kontraksi rahim masih menjadi tanda-tanya w/pun stlh penyelidikan selama bertahun-tahun.Kita tahu yang byk hormon yg terlibat dlm proces berslain ttp penyebab yg memulakan pengecutan rahim masih menjadi misteri.

Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan di makmal dan ttp ia hanya dpt diberikan secara intravena.Kepekatan oxytocin dgn mudah dpt dikawal dgn menggunakan alat kawalan atau pam intravena.

Memecah selaput ketuban

Sekiranya kita cuma menggunakan oxytocin,kontraksi tdk akan berlaku dgn cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah.ia mungkin sedikit menyakitkan drpd pemerisaan faraj biasa,ttp amat berkesan utk menguatkan kontraksi.kalau tidak dilakukan,process bersalin tidak akan bermula dgn baik.

semasa pemeriksaan faraj,satu alat yg di panggil 'amniohook'akan di gunakan utk menebuk lubang kecil pada selaput ketuban,kemudian oxytocn akan di mulakan.

Tidak 'Favourable'

Semasa hamil,pangkal rahim adalah tebal,panjang dan tertutup rapat.Ini menolong memastikan yg bayi lahir pd masa yg sesuai shj.Semasa cukup bula,pangkal rahim akan secara pelahan-lahan menjadi lembut,pendek dan mula membuka.Itulah sebabnya anda semakin kerap mendapat kontraksi disaat-saat tempoh kelahiran.Pangkal rahim juga mengeluarkan sejenis hormon yg bernama prostaglandin yg blh melembutkan lagi pangkal rahim.

Sekiranya anda sudah bersedia utk di induce' tetapu pangkal rahim masih tebal dan tertutup anda mungkin akan deberikan ubat yg dipanggil prostin.ini akan bertindak melembutkan pangkal rahim dan menbuatkan ia sedikit terbuka supaya prosedur memecahkan ketuban dapat di buat.Ubat ini akan dimasukan kedlm vagina dan mengambil masa 6 jam utk berkesan.Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertitup rapat.

Adakah lebih sakit apabila di'Induced'

Inilah soalan yg utama yg sering ditanya apabila dinasihatkan menjalani 'induce'.Anda mungkin mendengar cerita yg kurang menyenangkan dari kawan atau saudara yg pernah menjalani induce, induce cuma menolong utk memulakan process bersalin jadi apabila wanita sudahpun dlm keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dgn mereka yang bermula dengan semulajadi.

Mudah-mudahan ibu dapat menangani kesakitannya...sbb setiap kesakitan tu akan menghapuskan dosa-dosa kita....Amin...

Monday, October 10, 2011

Tanda-tanda BERSALIN!!

Sekarang nak masuk ke 39 week, kalau ikut due 22.10.11, kalau base pengalaman lepas 2,3 harilah baru bby keluar...tapi utk pregnancy kali ni?wallaualam..ibu x tahulah bila.Macam adik ipar ibu duenya 3.10 tapi hari ni baru dia masuk labour room & baru buka 3cm....

Sekarang ni tgh surf internet, nak cari info tanda-tanda bersalin yg patut ibu alert. (kenapa yer kalau pregnant mesti cari info pasal pregnant,kalau breastfeed cari info breastfeed? errkkkk)

Sebenarnya dah lupa , so skrg ni nak baca balik utk menyiapkan diri, kalau yg 1st dulu tanda-tandanya keluar darah kali ni x tahulah apa pulak tandanya. Ibu dah lupa sakit bersalin tu bermula macam mana.Sakit dia tu kita tahulah macamana sakitnya kan, tapi starting dia tu, takut false alarm ke..he..he.. Kali ni tak tahulah nasib ibu macamana...harap2 di permudahkan AMIN...

Okey jom kita berkongsi ilmu pasal ni;-

Tanda-tanda hampir bersalin

1.Bayi turun ke bawah

Ni tanda yang kebanyakkannya akan alami.lepas tu,kalau org2 tua cakap, mesti akan cakap, perut dah jatuh sbb baby dah turun.diaorg mesti cakap dah x lama lah tuh...

Especialy kalau nampak dah jatuh sangat.Lepas tu,muka,hidung ke macam dah sembam (mcm hidung ibu skrg ni kembang semangkuk hu..hu..hu..)

Bila baby dah turun ke bawah,time tu la biasanya kita akan rasa:-

*sakit kat bahagian kelangkang,Time berjalan ke,duduk ke sbb bayi menekan.

*time tu jugak asyik nak terkencing jer he..he..he..

*Ada yang cakap akan rasa sakit perut.Ibu pun rasa sbb adik ni asyik mengeras jer..

*Kerap buang air besar. Tang ni mcm biaserlah kalau mkn byk cepatlah nak membuangnya...

*kerap terkentut...ibu xder pulak rasa yg 1st dulu pun x jugak..

2.Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

Yang ni ibu dah ada pengalaman masa yg 1st dulu tapi x sakit pun base on 1st experiance la..org tua-tua cakap kembar darah.Meaning..keluar darah dulu sebelum pecah air ketuban.Tapi ada setengah org cakap kembar darah biasanya lagi sakit dari kembar air atau pecah ketuban dulu.Tu ibu pun x sure...so kena cpt pergi hospital lah bila ah keluar darahkan...baby mungkin lahir 2,3 jam lps tuh atau beberapa hari...mcm ibu dulu 1 hari...

3.Sakit belakang

Sakit belakang ni dah alami.Especialy kalau lama sgt x bersandar.Sebab sakit belakang ni, sbb baby dah beralih dan menekan tulang belakang kita.

Cara nak kurangkan sakit:-

*Buat ala-ala macam merangkak(tapi jgn merangkak ke depan), lps tuh angkat atau tinggikan badan kita keatas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan.Then ulang...

*Ada juga yang suggest dgn banyakkan berjalan. cth g shopping or beli belah... cth he..he..he..

*Tak pun, minta hubby kita urutkan belakang badan kita dgn kuat masa berbaring mengiring.

4.Pecah air ketuban

Air ini biasernya keluar dgn banyak dari vagina.Warnaya jernih tanpa bau.Ni org tua kata kembar air.

5.Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kontraksi yang kerap dan berterusan lps tu kontraksi every 5 minute je, cepat-cepat gi hospital. ibu xder experiance bab ni so kena alert la kan. Oh kadang2 kita akan ada false alarm. kalau x silap org panggil kontraksi Bracton Hicks.

So kalau semua tanda-tanda kat atas tu muncul cpt2 la pergi hospital yer kan bersalin kat rumah pulak..ni utk ingatan diri sendiri jugak...






Next week dah DUE....teknik pernafasan dah tahu ker eerkkk!!!

Mengenangkan ibu dah hampir nak bersalin,(ikut due la...kuasa Allah,kita tak tahukan? )teringat kisah masa melahirkan Harith Aqil.Ibu setuju kita tidak blh compare dgn kelahiran sebelum ini, mungkin dipermudahkan dan mungkin juga akan mengalami rintangan.Semasa kelahiran anak pertama, mmg ibu xder experiance langsung pasal teknik pernafasan utk bersalin or apa yang perlu di buat.Tapi nasib baik masa kelahiran pertama dulu 2x push my little boy dah keluar.Harap2 yg ke dua ni pun sama jugak..
So skrg ni ibu tgh search mcmana nak belajr teknik pernafasan dulu adalah jugak belajar cara2 tuh tapi bila dah masuk labour room, sakit pun dtg entah semua jadi x ingat langsung..

Ni antara teknik2 yg kena buat :-

1.Masa kita rasa start nak sakit (Awal-awal la)

Time ni kita tarik nafas dalam2 ikut hidung,then keluarkan nafas ikut mulut

2.Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit

Time tu cuba tarik nafas pendek and lepas dgn cepat.Pendek2 jer.Tarik nafas pendek ikut mulut,lps pun ikut mulut.

3.Bila rasa mcm nak meneran ttp belum tiba masanya lagi

Time ni tarik nafas 2x terus ikut hidung,then keluarkan ikut mulut.Tarik nafas and hembuskan tu pendek2.Ala-ala, 'sniff,'sniff','Fuhhh'.Bila xder rasa nak meneran hembuskan nafas yang lembut and mcm biasa.
4.Bila tiba masa meneran

Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam2 melalui mulut,sbb oksigen masuk lagi byk ikut mulut compare hidung..then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dgn satu nafas supaya baby x tersekat dan betul2 keluar.

Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran,jangan lepaskan kesemua nafas,terus tarik nafas semula.Ini bagi mengelakan bayi masuk ke dlm semula.Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu,kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada.Ini utk elakkan dari kita angkat punggung.

Kalau Suami menemani kita semasa process kelahiran tu bolehlah buat cara ni...

Sebelah tangan bahu isteri utk dijadikan tempat menyandra (isteri blh bersandar di lengan suami supaya terasa selesa).Dan sebelah tanagn lagi tekan lutut isteri utk mengelakkan isteri angkat punggung semasa meneran(elakkan koyakan)

Insyaallah ibu akan peraktiskan...Actually ibu pun nervous sebenarnya..walaupun dah ada pengalaman,tapi sakit bersalin tu...hanya Allah yg tahu dan hanya wanita yang tahu.Betapa besarnya anugerah yang Allah beri pada kita kaum wanita ni kan?

Lagi satu ini hanya sekadar panduan pada kita utk mencuba dan usaja agar diri kita tenang.Keadaan sebenarnya hanya allah jer yg tahu. Everyone have a Different Experiance.Walau kita dah hafal,ingat & berlatih,mungkin jugak kita akan lupa bila sakit tu menyerang,Semoga kelahiran kali ini akan dipermudahkan... Doakan utk ibu yer...



Tuesday, September 13, 2011

OPEN HOUSE!!

Ni Pulak gambar masa ibu pergi open house kat rumah Bos2....



Ini budak suka jelous...


Ni sesi bergambar dgn kengkawan office & exofficemate lokasi putra hight-k.ida house






Ni rumah bos-en mihat











Banyak betul open house sana-sini ada makan-makan jenuhlah bertambah2 lah kegemukan ibu nanti...
























Baru nak update-RAYA 2011 KG LANGKAP SETIU

Rasanya belum terlambat lagi utk ibu ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua,x kira walau dimana jua anda berada...almaklumlah sekarang ni masih lagi bulan syawal so still lagi mood raya tambah lagi jemputan utk open house mmg byklah kan..kadang tuh sampai x sempat nak pergi sbb perut dah full... ibu pun x tahu nak buat ker x sbb ramai yg tanya bila nak buat open house? kesian lah pulak..tgklah nanti kalau larat ibu akan buat...

Ni gambar yg dah basi sajer jer update kat blog utk kenang kenangan...

papa, ibu & aqil








ni family besar kitaorg..lagi 7 org xder dlm gambar sbb x balik lagi..

Ni abg ngah ibu

ni kak long ibu & family


Rutin di pagi raya bila semua dah bangun...pagi2 yg perempuan yg x pergi solat raya tu akan kedapur utk sediakan menu, yg lelaki bersiap utk ke masjid sblm tuh yg lelaki akan makan dulu..ooops lupa menu raya utk tahun ni nasi tomato, gulai daging & acar nenas, lemang,ketupat & rendang ayam, laksa & laksam terengganu, satu lagi sup gear box... fuhhhh mmg x terkata banyaknyer..

Tu yang ibu suka kalau raya kat terengganu, mmg banyak menu di buat & yg penting sedap!!!

Bila semua dah balik sembahyang..semua makanan dah terhidang kat atas meja so semua pun mula menjamu selera...sbb kejap lagi sesi bergambar & collection duit raya akan berjalan spt biasa he..he...he.

Kauorg pun mesti mcm ni jugak kan meriah sgt sbb time ni lah nak jumpa semua family...



















Monday, September 5, 2011

Jejak kasih di pagi raya @ khairul fahmi che mat

Saper x kenal dgn penjaga gol malaysia Khairul Fahmi che mat ni, mesti kenalkan...raya baru2 ni baru family kitaorg tahu rupa-rupanya KFC ni adik kepada sepupu ibu Che rosliza che mat http://hairuliza-anakku.blogspot.com. (Ayah sama tp lain mak) Sepupu ibu pun baru tahu pasal ni raya baru ni...alahai keciknya dunia x sangka pulak..patutlah muka adik sepupu ibu iaitu che ghazali che mat ni saling x tumpah muka KFC ni...ikut belah ayah diaorg.....

Wednesday, August 24, 2011

''SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN



Assalamualaikum...

...MATA KADANG TERSILAP MEMANDANG...

...TELINGA KADANG TERSILAP MENDENGAR...

...MULUT KADANG TERLEPAS BERUCAP...

HATI KADANG TERLAJAK MENDUGA...

...MOHON MAAF SEGALA KHILAF YG PASTI ADA...


...DALAM KERENDAHAN HATI...

...ADA KETINGGIAN BUDI...

...DALAM KEMISKINAN HARTA...

...ADA KEKAYAAN JIWA...

...DALAM GURAU SENDA...

...ADA KHILAF DOSA...


..SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA...












Sunday, August 14, 2011

Pokai...pokai...



Memang pokai ibu kali ni..ni baru sorang anak kalau 4 ke 6 ker huh...botak terus. ni semalam punya cerita...raya tahun ni mmg x beli apa2 pun lagi..so kononya hari ni papa nak window2 la mana2 yg berkenan.Mula2 pergi cari baju melayu utk aqil kat SACC...jenuhlah pujuk aqil ni utk try langsung xnak...berpeluh2 papa dgn ibu berkejar semata2 nak bg try baju tp hampeh x dilayanya... pastu terus ke PKNS pun sama jugak dgn size xder pulak pastu dgn aqil buat perangai xnak bukak baju sambil terjerit2. Last sekali ibu cakap dgn papa baik beli kain nanti mintak untie uji tolong jahitkan. Pastu dari PKNS terus ke JAKEL utk cari kain pulak sampai sana terus naik tingkat dua utk cari kain baju melayu..mak aiii mahal bukan main 1 meter rm 38 so utk baju melayu aqil kena beli 2suku so rm95, ibu cakap melampau mahal gila dia ckp sbb ada benang emas so lps mintak kurang sikit dapat lah harga rm30 permeter so total up rm 75. Hisshh membazir betul bukan pakai selalu pun..tapi terpaksa jugak beli hu..hu..hu...


Pastu dari jakel terus ke Al-Ehsan nak cari kasut or selipar...sampai jer dlm kedai papa suruh buka kasut dia xnak katanya nak pakai kasut ni xnak kasut lain... jenuh lah tunjuk sandal yg ada kat situ semua dia xnak...last sekali papa nampak kasut adidas yg ada gambar Car m'queen kartun kesukaan dia harganya mak aiii rm 135 kalau utk ibu xperlah ni utk budak baya dia xblh ajar pakai mahal2....tapi papa ckp jgn bising2 nanti dia nampak mesti dia nak nih..so dah xder yg dia berkenan papa ajak balik,entah macamana dia mintak papa dukungkan..kebetulan kasut tu betu2 kat depan mata dia..apa lagi terus mulut dia bising sambil nangis2 ''nak shoe car..nak shoe car'' adoi!!! habislah kali ni papa pun dah tepuk dahi...pastu terpaksalah suruh promoter tu ambik. Kasut tu ada 2 colour merah & putih...dia nak yg putih tuh tapi kebetulan xder size 7..puas ibu ibu & papa pujuk langsung xnak dgr...last skali terpaksalah ibu cakap dgn promoter tu tolong cek kat lain branch...nasib baik ada kat plaza alam sentral...dari seksen 7 pergi balik ker PAS huuuh.... sepanjang jln tu mulut dia duk sebut ''shoe's car...shoe's car...sampai sana terus mintak size 8 kebetulan yg tu yg paling last...Bukan main suka dia dpt kasut tuh... sampai rumah dia pakai dia xnak bukak lansung sampailah tertidur baru ibu bukakan dgn tangannyer pulak duk pegang kotak kasut tuh...pagi ni bangun terus cari kasut...sampai pergi rumah baby sitter bawak kotak kasut tuh...kasut x pulak di bawanya..bila tanya katanya takut abg ambik kasut dia..


Adoii...pening..pening...tu baru sorgkan nanti yg ke dua ni ibu x tahulah...kalau perempuan dgn barbie nyer pulak...perhiasanlah adushhh...botak..botak...hari ni shj utk 2 benda kain baju melayu n shoe dah hilang rm210...

Wednesday, August 10, 2011

Azabnyer...

Hari ni masuk hari ke 3, sakit kat peha ibu terasa sakit yg teramat sangat, sampai menangis la ibu kat dlm toilet semalam sbb duk menahan sakit tuh.Entah x tahu mcmana nak explain sakitnya bila kita duduk pastu nak bangun sakit tu akan dtg secara tiba-tiba, kdg2 tu membuatkan kita seakan x blh bergerak,nyilu & mencucuk2 senang cerita mcm nak paralyse....

Ibu dah kena masa pregnant yg 1st dulu, keaadaan sakit yg sama mcm sekarang ni..tempat pun sama kaki kiri,week yg sama 30week...x tahulah kenapa..Bayangkan dulu 1 bln sebelum lahirkan aqil ibu just seat kat wheel chair jer mcm org cacat tu, masa tuh x tahu nak ckp mcmana rasa kerdilnya diri ini..(w/pun semmgnya ibu ni rendah....sempat lagi buat lawak just utk sedapkan hati...), duk kat rumah jer satu bulan tuh org lain maternity 2 bln tp ibu sbln sblm tu dah start cuti, bila time check-up tu time sampai kat clinic semua org pandang mesti dioarg fikir cacat2 pun ada hati nak pregnant..mcm2 ibu fikirkan...mmg x masuk diakal..sedih sgt dgn ujian nih..maybe hanya hambanya yg sabar sahaja di uji dgn ujian seberat ini...

Tapi yg menyedihkan ibu skrg ini ialah skrg ni bulan ramadhan bulan yg penuh keberkatan,Disebabkan sakit yg teramat smlm ibu dah termisss solat terawih uti 1 mlm,mmg sedih sgt...dahlah x tahu bila lagi akan dpt bertemu dgn penghulu segala bulan nih..sempat ker lagi utk ibu jumpa ramadhan yg akan dtg, manalah tahu ajal maut tu tgn tuhan kan!!.

Ibu harap sangat pregnant kali ni x jadi mcm dulu...ibu benar-benar berharap kerana setiap mlm & setiap doa yg ibu titipkan utkmu ya allah adalah di jauhkan sakit ini...

Doa ketika SAKIT

AS'AL'ALLAHAL AZIMA ROBBAL ARSHILL AZIM AN YASPIK''

aku mohon kepada allah yang maha agung tuhan menguasai arasy yang agung agar menyembuhkan penyakitku (166)

Tuhan kami adalah Allah,maha suci namamu dilangit dan di bumi sebagaimana rahmatmu dilangit,maka jadilah rahmatmu di bumi,maka ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami,turunkanlah rahmat dari sisimu dan ubat dari penyakit atas penyakit ini.

Riwayat Abu Daud







Thursday, August 4, 2011

Tanyalah Pakar!!

Pasti ramai yg kenal dgn pakar motivasi Dr tengku asmadi http://www.tengkuasmadi.com/ org terengganu rupanya..ibu suka dgr dia bagi motivasi kat radio IKIM..semua pasal anak2..banyak ilmu yg ibu dapat cara dia bentuk & didik anak2 mmg ibu tabiklah. Pagi ni ibu try tanya dia pasal 'ULTRAMAN' yerlah aqil ni kan peminat ultraman kalau blh mkn,tidur semuanya ultraman walaupun x semua benda, tapi ianya cukup merisaukan ibu...
Ni antara conversation ibu dgn pakar motivasi Dr tengku ismadi, nasib baik "virus ultraman" ni adalah normal bagi kanak-kanak sebayanya...Thanks Dr sbb sudi menjawab pertanyaan saya walaupun dr BUSY dgn tuntutan kerja..


Wednesday, August 3, 2011

DIMANA DIMANA - NING, JACLYN DAN SHILA (LIRIK)



Lagu favourite aqil...Dimana-dimana..
Dengan pelatnya dia nyanyi...
Kangan-kangan iga agi...
kangan-kangan iga aku.. pastu ooo...oooo...aaa..aaa...

Kelakar sangat...bangun pagi jer dgrla suara dia duk nyanyi lagu ni... tapi baris tu jer yg duk ulang 2-3 kali...

Menu for Sahur!!



Nak masak apa yer utk sahur nanti...pagi tadi masak daging black papper & sayur, semalam ada beli sotong kat pasar malam...kalau sotong apa yg special selain sambal sotong...ibu ingat nak masak sotong sambal kunyit...sahur masak simple2 jer ..main campak2 jer he...he..hari ni papa ada lagi esok dah kena pergi bintulu 1 week...waa..bukak puasa dgn aqil jerlah...nampak gaya time papa xder ni kita beli lauk tunjuk2 jerlah kat pasar ramadhan...So last menu utk sahur dgn papa is Sambal sotong...


Bahan2

5 EKOR SOTONG

I BIJI BAWANG BESAR

2 ULAS BAWANG PUTIH

I BATANG CILI MERAH

5 BIJI CILI PADI

SERBUK KUNYIT

1 BTG SERAI PECAHKAN

GARAM & GULA SECUKUP RASA

SEDIKIT AIR..


CARA-CARA

~Goreng sotong tanpa minyak utk hilangkan air & hanyir sotong..

~panaskan minyak,tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau..

~masukkan cili padi & merah serta serbuk kunyit,serai..

~kemudian masukkan sotong & tambah air..kalau nak ada kuah lebihkan air pastu masukkan sos tiram,garam,gula secukup rasa..


Dah pun siap senangkan...


Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Oh Ramadhan


Conversation ibu & aqil




Ibu: Aqil nak puasa x?


Aqil: Nak..nak..


Ibu: Aqil tahu x puasa tu aper...


Aqil : Mengeleng kepala..yerlah baru 2 tahun 5 bln apa lah yg dia tahu kan..


Ibu: Aqil ingat x cerita upin-upin tuh apa opah dia cakap ''Berpuasa ni x blh makan x boleh minum..


Aqil: atilah...aqil sambung maybe teringat cerita upin tuh..(upin cakap matilah x blh makan x blh minum)


Atleast dia ingat....


So slm ramadhan buat semua sanak saudara,sahabat taulan & umat islam walau dimana jua anda berada...































































Review blog chempaka sari

Cik chempaka sari ni ada buat banner free saper2 nak boleh jengah kat sini http://azzaazman.blogspot.com/2011/07/siapa-nak-banner-free.html

Tarikh tutup: 31 jul 2011







Kalau ibu di beri pilihan dan terpilih ibu nak yg no.3 ni cute sangat he..he... mmg creatif dan inovatif cik chem ni... Waaaa...dah x sempat kut sbb hari ni baru blh bukak internet sbb computer ada promlem...cik chem kata kena buat satu entry utk blog dia sama la dgn tajuk kat atas tuh 'REVIEW', kalau pandangan mata kasar ibu tgk blog cik chem ni kenapa dia suka sgt colour purple maybe sbb puple ni ada unsur2 kelembutan tuh..tgk la wajah dia pun manis sgt ''puji lebih nampak" tp mmg kenyataan pun anugerah dari tuhan kan...Lagi satu dah ler cantik kreatif pulak tuh...he..he..he...


Yg ibu pelik kenapa gambar tu x running...mmg x kreatif la ibu ni kan.. hu...hu...








Fuhhhh..dah lega...




Hari ni check-up result memuaskan hati...nasib baik pergi attend forum dietary pemakanan kat HTAR..kalau x tentu berat ibu naik lagi sbb makan x betul..senang cerita x jaga pemakanan.Darah pun ok 11.8hb...


Berat pun x naik mendadak daripada 60.3 kg naik 60.7 jer...Badan pun x mengah dah sbb dah pandai jaga pemakanan, kalau dulu main belasah jer makan...mcm makan utk hidup bkn hidup utk makan..bila dah terlebih makan mulalah duduk pun x senang perut pun rasa semacam jer kan..ni ibu ler org lain x kut time pregnant...


So Next pregnancy nanti ibu dah tahu macamana nak control & jaga pemakanan.Thanks to Pakar dietary sbb share info yg bagus utk ibu mengandung...harap-harap semuanya berjalan lancar & xder problem lagi slps ni..amin...




Tuesday, July 26, 2011

Lenggang Perut??

Lenggang Perut??

Orang yang jalan berlenggang2 sambil bawak perutkah? ahak!!! lawakkan...itulah dulu tak tahu semua ni..emmm masih praktikal digunakan pada masa sekarang atau tidak yer, rasanya org dah jarang gunakan..Biasanya kalau perempuan tengah mengandung pada bulan ke-7 kandungan,maka pihak keluarga akan adakan majlis lenggang perut nih.Tapi sekarang ni ianya lebih kepada Kenduri doa selamat..semoga ibu & bayi yg dikandung selamat semuanya...tu aje..sekadar adat & mohon dari Allah semoga semuanya selamat.

Semalam mak ibu coll dia tanya kandungan ibu dah 7 bulan belum, ibu cakap hari sabtu ni cukup 7 bln dia cakap nanti suruh makcik normah (bidan yg urut ibu) tu rasa perut.Mak ibu ni mmg kuat berpantang jenuhlah ibu nanti kalau baby dah lahir dah tahu dah mcmana rasanya mcm aqil dulu.Kak long & kakak ibu yg lain x buat pun pantang mcm mak ibu tu sebab badan diaorg cepat sakit & gemuk kut.Contoh k.long ibu nampak berusia dari mak ibu maybe salah satu sebab x berpantang dulu.

Sekarang ni ibu mmg ikut apa yg mak ibu cakap walaupun perit time berpantang tuh tapi ianya bagus utk kesihatan kita body pun maintain jer mcm anak dara.

So hari sabtu genap usia kandungan ni 7bln maka kenalah pergi jumpa tukang urut utk tgk keaadaan bayi dalam kandungan ni.Tapi rasanya ibu x buat lah majlis makan-makan just nak bg dia rasa perut jer kut!! masa aqil dulu ibu adalah buat makan2...

Meh kita tgk sikit serba sedikit adat org dulu2 pasal melenggang perut ni...

Adat melenggang perut kebanyakanya lebih di fahami masyarakat melayu sbg kirim perut.Adat ni dijalankan keatas isteri yg telah genap tujuh bulan hamil dan bertujuan utk meletakkan kedudukan bayi di dlm perut di tempat sepatutnya, iaitu bahagian kepala pintu rahim.Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan didlm perut.Maka pada masa itu,bidan di panggil utk memeriksa dan menetukan isteri yg hamil itu telah genap 7 bulan hamil atau belum cukup bulan lagi, jika sudah cukup bulan maka mereka akan melaksanakan adat ini.



Kalau nak tahu kelengkapan yg digunakan dlm upacara tersebut boleh jenguk kat sini





Bagi pendapat ibu adat ni mmg x patut di buat pun, kalau setakat utk bagi bidan tuh rasa time 7 bulan tu ok jer...kauorg rasa mcmana...






Monday, July 25, 2011

Pagi Yang Menakutkan!!!

Gambar budak mana tah ibu search tadi nak tunjuk betapa takutnya ibu...


Selasa-26 July 2011..lokasi apartment permai kat rumah ibu ler...


Pagi tadi kira-kira jam 7.45 ibu keseorangan menuruni anak tangga (lif rosak terpaksalah guna tangga he..he.) tiba-tiba ibu terdengar bunyi beberapa orang lelaki menuruni anak tangga dari tingkat atas dgn lajunya..rasa macam bergegar tangga tuh mmg kuatlah mcm di kejar hantu..

Ibu pun heran, ibu sampai kat tangga tingkat satu ibu stop kejap, kenapa diaorg ni mcm tergopoh gapah pastu ibu nampak kelibat 3 org india melalui ibu, 2 orang terus menuju ke tangga satu lagi & seorang lagi berlari sambil terjun ke tangga bawah sampah tergelincir & tercampak ke atas tar..

Ibu dah berdebar-debar, pastu ibu nampak ada seorang lelaki dgn badan bertatu lalu sambil mengejar india ni dan ditanganya sedang memegang sepucuk pistol sambil dia mengacukan pistol kearah india yg jatuh terlentang tadi. Apa perasaan kauorg kalau berada dlm situasi genting begini ishh seluruh kaki tgn ibu mengeletar...ibu kaku sekejap bila lelaki tu acukan pistol pada india tadi,nasib baik india tu terus bangun dan kejar-mengejar terus berlaku sampai ke laluan masuk utama apartment ibu.Dah rasa macam dalam tv tuh..

Kalaulah kebetulan dia lepaskan tembakan pastu tembakan tu tersasar dan terkena ibu maka hari ni ibu dah xder kat atas muka bumi ni kan...tambahlagi dgn keaadan ibu yg berbadan dua apa yg ibu sempat buat utk melarikan diri dari situasi tersebut.Keadaan ibu sama mcm gambar kat atas tu terpaku kat tiang.Jantung terhenti sekejap...Mulut x henti mengucap shahadah..

Yang ibu heran macamana india boleh berada di kawasan ni padahal semua penduduk kat sini melayu...


Apa-pun ibu bersyukur sbb ALLAH masih sayangkan ibu. Amin...



Sunday, July 24, 2011

Menci tau!!!




Kenapa yer di setiap office yg kita bekerja mesti ada karekter manusia yg menyakitkan hati kita.

seingat ibu ni office ke 3 yg ibu pernah bekerja. Kat sini macam2 berlaku & mcm karenah manusia yg tak habis2 menyusahkan hidup org lain, rasanya kat tempat lama dulu xpernah pun ada manusia yg bersifat mcm ni...

Apa yg ibu maksudkan ialah perangai manusia yg bermacam2 kat tempat kerja ibu kat tempat kerja kauorg ibu xtahulah maybe ada maybe xder kut, kalau xder tu mmg bagus...

1st~Yg kaki kipas/aircond

~Yg ni sentiasa ada kut kat tempat kerja, yerlah nak naik pangkat & gaji cepat.Kat tempat kerja ibu ada sorg, dari kerani biasa sampai dah nak jd bos, setiap kali nak naik pangkat ada jer taktiknya..kata nak tukar kerjalah..menangis depan bos la..jatuhkan org lain la..mengadu kat bos mcm2 la..berakap penuh confident sbb nak tarik perhatian bos la mcm2 la taktik dia guna finally dia dpt apa yg dia nak...tu kira dapat rezeki halal x tuh!!

2nd~Yang macam lalang

Tahu x mcm lalang tu mcm mana, sentiasa tumbuh contohnya cepat sgt percaya kata2 org, bila baik dgn org sini percaya kat sini, bila baik dgn org sana percaya kat sana means that xder pendirian langsung..

3rd~Suka Buat cerita x betul

~Org cakap A dia pergi tambah A-Z, suka tambah cerita yg x betul pasal org, dia dengar cerita sebahagian jer, tapi senang2 pergi tambah cerita & judge org ikut suka hati dia..

4rt~Suka ikut kata orang

~Mudah percaya dgn cakap2 org sekeliling, tapi x tahu menahu cerita asal & xder pendirian.Senang cerita sama jugak mcm lalang bila org kata A dia pun A, bila org kata B dia pun B..x blh nak fikir sendiri..


Bayangkan kalau kat tempat kerja kita org2 macam ni ada huh..mmg tension tambah-tambah bila bos jenis yg cepat percaya kat staff yg pandai bodek mmg hancurlah office tuh apa kesalahan yg dibuat sentiasa mendapat kelepasan kita x makan summon lah...samalah dgn office ibu dari dulu sampai sekarang org2 macam ni still wujud, yg peliknya sentiasa ada kenapa ye...

kenapa kita xblh bekerja dgn baik,tenang dan damai ker...kenapa perlu ada semua ni, bagi ibu rezeki semuanya ditangan tuhan kenapa perlu melampau sangat utk dapatkan kepentingan utk diri sendiri...


Fikir-fikirkanlah...Hidup kita ni x kemana entah esok atau lusa akan dipanggil yg maha esa...maka bertaubatlah sebelum terlewat...




Tuesday, July 19, 2011

Hizami, Nak Header Satu!




XDER TARIKH TUTUP


NI KARANGAN SAYA:-

Kehadapan, hizami saya nak header satu sbb saya mmg x pandai buat header langsung yg ada ni pun hasil belas ihsan sbb join GA, lagipun header kamu mmg tertarik,menarik mmg de boom!!

(GDM) Gestational Diabetes Mellitus

Hari ini ada course pasal GDM kalau kauorg nak tahu GDM ni apa jom kita baca apa yg ibu tulis ni..GDM atau diabetes sewaktu MENGADUNG adalah keaadan dimana kandungan glukosa di dalam darah melebihi nilai normal.ia bersifat sementara dan biasanya akan hilang apabila bayi dilahirkan.
Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon yg menyekat tindakan hormon insulin.Wanita yang mendapat masalah ini biasanya berisiko tinggi utk mendapa Diabetes Jenis 2 pada masa akan datang.

Paras NORMAL MGTT~KETIKA BERPUASA =<5.6 mmol/L
2 JAM SLPS MAKAN =<7.8 mmol/L

paras NORMAL BSP~KETIKA BERPUASA = <5.6 mmol/L
2 JAM SLPS MAKAN = <6.7 mmol/L

Siapa yg BERISIKO


  • Peningkatan berat badan yg berlebihan semasa awal mengandung

  • Terdapat sejarah keluarga yg mengidap Diabetes Mellitus

  • Pernag mengandungkan bayi yg besar(melebihi 4kg)atau kematian bayi dlm rahim

  • Terlalu gemuk semasa mengandung

  • Mengandung pada peringkat umur >35 tahaun

  • Tekanan darah tinggi(melebihi 140/90 mmhg)

  • Berat badan berlebihan sebelum mengandung (BMI>25KG/M2)

  • Mengidap Sindrom Ovari Polisistik(PCOS)

  • Ketidaktoleransi glukosa (IGT)

KOMPLIKASI PADA IBU



  • Mendapat pre-eklamsia iaitu tekanan darah meningkat

  • tangan dan kaki menjadi sembab dan terdapat protein dalam air kencing

  • Menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan

  • Berisiko mendapat Diabetes Mellitus pada masa akan datang

KOMPLIKASI PADA ANAK



  • Bayi menjadi besar(melebihi 4kg0 dan menyebabkan kelahiran sukar

  • Masalah pernafasan Bayi

  • Masalah glukosa darah bayi

  • Penyakit Kuning

  • Kecacatan Bayi

Makanan dibawah perlu dielakan kerana mengandungi gula ringkas yg akan menaikkan aras glukosa darah dgn kadar yg cpt.


JEM, KAYA, AISKRIM,MADU,SIRAP,GULA MERAH,GULA PUTIH,GULA PERANG,GLUKOS,GULA-GULA,KORDIAL,COKLAT,KEK,KUIH MANIS,BISKUT MANIS,BUAH DLM TIN,SUSU PEKAT MANIS,MINUMAN 3+1,SERBUK COKLAT,AIR KOTAK,AIR BOTOL,AIR TIN,MINUMAN BERGAS


Harap2 apa yg ibu belajar hari ni menjadi panduan kita bersama ok!!

I Win!! i Win!!

MY FIRST STRIPE CLUTCH

THE WINNER IS dun..dun..dun..NO.63 he..he.. ibu lah tuh!! ingat x ibu cakap ibu joint contest & ga tu..yg kat atas tu hadiah yg akan ibu menang rezeki baby kat dalam perut ni kut alhamdulillah...1st time menang mmg teruja sesangat ler..
Thanks tu mama zara~http://feltomania.blogspot.com sbb pilih ibu as a winner utk contest ni muaaaaaaah..rezeki..rezeki..

IBU PUN ADA BUAT CONTEST TUH!! saper nak joint boleh jengah kat sini ~
http://ibu-aqil.blogspot.com/ hadiahnya Tupperware Brand Jom ramai2 meriahkanya ok!!!!

Monday, July 18, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

click sini- http://lunalanun.blogspot.com/2011/07/segmen-mari-menambah-follower.html
tarikh tutup: 25 Julai 2011

Hope x terlambat...nak tambah follower kat sini jugak sbb tgk kat blog satu lagi dah byk follower best sesangat he..he..

Sunday, July 17, 2011

Air Gula!!!

Ingat tak lastweek ibu kena minum air gula yg manis x hengat tuh!! result dah keluar ttp amat mendukacitakan...hari sabtu tuh nurse col paras gula ibu tinggi iaitu 8 lbh mmg tinggikan..
so baru ibu ingat mlm sblm minum air gula tuh ibu makan durian..durian kan tinggi paras gula kat dalam tuh..so nurse kata esok kena jumpa pakar pemakanan utk kebaikan ibu jugak. isshkk macam x caya jer bila nurse kata suspek kencing manis time pregnant kalau x jaga lagi teruk nanti...
So ibu kena jaga pemakanan slp ni more nasi sbb nasi mengandungi kanji kena gantikan dgn benda lain.tgklah esok apa yg dr suggest...Harap xder risiko kat baby..amin..
Doakan ibu yer lagi satu kalau ada petua utk turunkan paras gula ni lagi baik..ada org ckp peria elok nanti ibu nak try....

p/s: Pregnant kali ni mmg suka betul dgn nasi x tahulah knp!!!

Air Ketuban Pecah????




Ngerikan bila tgk tajuk kat atas tuh..yerlah kalau belum tiba masanya mestilah takutkan. Malam tadi masa ibu & papa duk asyik kira duit syiling kat tabung aqil..tetiba jer rasa mcm ada benda basah kat punggung ibu..mula2 sikit2 lama2 makin banyak..nak rasa kat bontot takut pastu duk fikir ishk.. baru 26week xkan dah keluar air ketuban, pastu ibu cuba check tgk basah tapi kenapa x sakit..ibu cakap kat papa kenapa tiba2 basah ni ha??? papa pun dgn muka terkejut mencelah kan baru nak masuk 7bln papa pulak bagi ibu takut!! haa..try check skali lagi ..ibu dah berdebar2 ibu bangun & pusing belakang ibu tgk rupa-rupanya budak bertuah ni letak botol air suam kat belakang ibu, dia lupa nak tutup air tu terus mengalir kat punggung ibu...hishh punyalah seriau ingatkan air ketuban tadi...sampai panik la kejap ibu dgn papa...langsung x jadi nak kira duit tabung tuh...aqil punya kerja...

Friday, July 15, 2011

why??? x update blog..

Ni nak story sikit dah lebih 4 hari x update blog sbbnya ibu busy dgn Contest&Giveaway kalau kauorang nak joint boleh la joint kat sini : http://ibu-aqil.blogspot.com. ibu pun sajer2 jer layan contest ni..sepupu ibu (liza) yg ajak join ni blog contest dia :http://hairulizacontestga.blogspot.com kalau kauorg suka contest ni jom lah masuk2 ramai just suka2 he..he...

Kalau nak joint jengah-jengahlah yer x paksa pun...sukarela jer..

Sunday, July 10, 2011

Nak header transparent!! :)







X tahulah dapat atau nanti cik yuyue x perasan sbb dah lambat waaa...sbb internet problem harap2 cik yuyue sudi buatkan utk ibu mengandung ni kalau x kempunan he..he.. ni link cik yuyue
http://www.pwencessyuyue.co.cc/2011/07/nak-header-transparent.html?utm_source=feedburner&utm_medium



semua gambar tu cik yuyue tolong masukan dlm header kalau blh ada tanda love sekali yer.oppsss lupa kalau blh tlg masukkan gambar baby..sbb bby x keluar lagi x blh nak attach kat sini hu..hu...dr kata bby gurl...tulisan dia tulisla LIVE+ME+EVERYTHING ABOUT MY LOVE. kalau boleh sertakan link blog skali. Colournya kalau blh merah hati atau colour yg cik yuyue rasa sesuai dgntema kat atas tuh...Thankss ya!! x sabar nak tgk...sory menyusahkan cik yuyue..

Thursday, July 7, 2011

..Gemuk & Bulat itulah IBU..

ish..ish..ibukah itu...

Waaa saya dah bulat..

Saya makin sihat...

Pipi saya dah tembam..

hidung saya makin kembang..

Lihatlah betapa sihatnya saya..

Bagai di pam-pam...

Macam x percaya pun ada..

Ni semua BUATAN papa hu..hu..hu..

Bila dah Bulat mcm ni belakang pun mula la sakit2..

Bukan badan sahaja,kaki pun sama..

Kaki saiz 5 nak tampun 60 kg sekarang ni mak aiii..

Time pantang nanti kena usaha lebih utk dptkan berat 47kg tuh...

Kena maintain balik kalau x naya..nafas pun tercungap-cungap jer bila nak bulat ni...


1
2
3

4

5

Nasib baik bulat yg ada isi kalau x tak tahu nak cakap apa..hu..hu..hu...

Dalam otak terbayang 'THE BIGGERS LOSER' waa..wa...wa...