Doakan anak ketika menyusuKetika menyusu bayi,
ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani - Dr Robiah Kulop Hamzah, Susu ibu semai kasih,
Pilih susu terbaik untuk anak anda. Mengikut turutan,
(1) terbaik
:1) susu ibu,
2) susu ibu yang diperah,
3) susu ibu lain,
4) susu formula.- WHO (World Health Organization)
Pucuk betik untuk tambah susu badanAir rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. - Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com
Menyusu Badan Membuatkan Payudara Jatuh?
Kepercayaan yang mengatakan bahawa menyusu badan boleh menyebabkan payudara seseorang wanita itu jatuh adalah tidak benar. Kajian oleh Pertubuhan Pakar Bedah Plastik Amerika menidakkan dengan kajian terbaru mereka. Apa yang mempengaruhi 'kejatuhan payudara' adalah BMI, sejarah merokok, umur dan saiz bra yang besar sebelum mengandung.
Air susu ibu tidak ada berkahnya
Al Ghazali menyatakan: "Air susu ibu yang keluar dari makanan haram tidak ada berkahnya. Jika terserap anak kecil, maka jasmaninya terbentuk dengan materi yang buruk. Akhirnya perangainya cenderung kepada tindakan-tindakan yang buruk".
Susu Ibu Penyembuh
Susu ibu mampu menyembuhkan kesakitan ringan pada bayi. Bayi yang mengambil vaksin, seelok-eloknya terus diberikan susu ibu selepas mengambil suntikan ntuk melegakan kesakitan pada bayi dan mengelakkan demam.
Saiz payudara
Kapasiti penyimpanan susu ibu berbeza antara setiap ibu. Wanita dengan payudara yang lebih besar boleh menyimpan lebih banyak susu dalam payudaranya dan mungkin dia tidak perlu menyusukan bayi sekerap wanita dengan payudara yang lebih kecil. Namun begitu, saiz payudara seseorang ibu itu tidak memberi kesan kepada keupayaannya meyusukan bayi.
Susu Ibu Melindungi Daripada Asma
Memberi bayi yang belum berusia 4 bulan susu lain selain daripada susu ibu meningkatkan risiko menghidap asma ketika usianya 6 tahun nanti (Dell & To, 2001; Oddy, 2000).
Penyusuan susu ibu memberikan perlindungan terhadap asma pada kanak-kanak terutamanya jika kanak-kanak tersebut terdedah kepada asap rokok (Chula et al., 2003). - Jan Riordan, EdD, RN, IBCLC, FAAN, Breastfeeding and Human Lactation, 3rd Ed.
Sebut dengan jelas dan terang
Sebut perkataan satu demi satu dengan jelas dan intonasi yang menyenangkan. Bayi anda suka memerhatikan bibir anda bergerak-gerak bila anda bercakap dengannya. Proses ini penting untuk merangsang kebolehan bayi mendengar dan membezakan bunyi suara. Seterusnya memberi kesan kepada kebolehan bayi untuk membaca dengan baik. - Dr. Maria Montessori
Vitamin untuk Menambah Selera Makan Anak
Ramai ibu berpendapat selera anak mereka meningkat selepas diberi vitamin tersebut. Adakalanya bekalan bahan-bahan seperti lysine, zine, besi, vitamin B boleh meningkatkan seleranya. Kemungkinan ada juga faktor- faktor lain mempengaruhi selera anak dan bukan hanya vitamin tersebut semata- mata. Perhatian yang lebih, insentif serta suasana yang merangsang selera si anak juga turut memain peranan. -
Kanak-kanak Yang Tidak Mahu Makan, HamidArsyat.com
200 kali baru lekat
Anak kene mendengar pesan ibubapa 200 kali sebelum pesanan tu melekat dalam mindanya... Jangan jemu pesan kepada anak, setiap hari.. Dato Dr Haji Fadzillah Kamsah
Urut Bayi Anda
Urut bayi anda selepas dia mandi. Gunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun atau losyen bayi. Bayi lebih 37% mudah lena jika diurut.Bayi selsemaJika bayi anda selsema, sapukan minyak pada ubun-ubun bayi ketika bayi hendak tidur. Anda juga boleh menggunakan kunyit hidup yang dipotong melintang untuk disapukan pada pangkal batang hidung bayi.Anak demamJika anak demam, jaram kepalanya dengan air biasa. Lap juga badan anak dengan tuala lembab di leher, ketiak, belakang dan semua pelipat. Pantau suhu badan anak, jika lebih 38 C segera bawa berjumpa doktor. Seelok-eloknya dapatkan termometer digital.
Anak Bijak, dari Kandungan Lagi
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam, daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. - Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia, Hamid Arshat.comJangan Makan Peria!
Wanita mengandung atau menyusukan anak tidak digalakkan memakan peria. Ini kerana bahan aktif dalam peria mempunyai kesan terhadap rahim wanita dan boleh menyebabkan keguguran dan ia juga boleh memasuki susu ibu. - PenawaRacun Jan '07, Pusat Racun Negara, USM
Doa agar anak dalam kandungan dipelihara
" Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin. dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah
Petua supaya parut jahitan bersalin licin
Lepas mandi keringkan betul-betul, sapu vitamin E dan lekat dengan plaster micropore (bleh beli kat farmasi) plaster tu ada lubang-lubang utk pengudaraan. potong pendek-pendek lekat secara vertical. so tak naik isi lebih tu (koloid).
Petua Menjarangkan Kelahiran
Untuk menjarakkan kelahiran, campurkan halia sebesar ibu jari diparut, lada sulah ½ sudu kecil ditumbuk, ½ sudu ragi yang telah dihancurkan, sedikit air asam jawa, 1cm lengkuas diparut dan sedikit garam. Minum campuran ini 2 bulan sekali. Lebih baik jika suami juga minum sama.
Asid Folik
Wanita yang mengambil asid folik sekurang-kurangnya empat minggu sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala bayi sebanyak 70%.
Untuk memastikan wanita mempunyai cukup asid folik, pengambilan sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik digalakkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum memulakan kehamilan. Kebanyakan pil tersedia dalam kuantiti 5,000 mikrogram (milligram), ini juga selamat diambil.Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kecacatan di atas, asid folik disarankan diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memulakan kehamilan. Memandangkan anda tidak dapat menjangkakan bila akan hamil, eloklah memulakan pengambilan asid folik dari sekarang. (Dr. Adilah Ahmat, hmetro
Friday, February 19, 2010
CARA MEMASAK BUBUR NASI-EASY
Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru...
Cara 1
Masak nasi seperti biasa.
Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.
Cara 2
Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
Simpan dalam bekas kedap udara.
Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.
Cara 3
Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
Ini untuk bayi yang besar sedikit. (Petua Shiha)
Cara 4
Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.
Cara 5
Masak menggunakan slow cooker.

Labels:
INFORMASI
PEMAKANAN
Makanan yang paling sihat” bermakna kita mendapat banyak khasiat daripada kalori makanan tersebut. Makanan-makanan ini terbahagi kepada lima kategori besar dalam piramid makanan.
Bijirin
Beras perang
Bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding bijirin yang telah diproses seperti beras putih.
Pemprosesan memusnahkan 67% vitamin B3, 80% vitamin B1, 90% vitamin B6, 50% manganese, 50% fosforus, 60% zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan.
Khasiat ini bagus untuk meningkatkan tahap imun, merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko diabetes, obes, sakit jantung, mengurangkan asma dan pelbagai penyakit lain.Gandum penuh
Tepung gandum penuh atau produk yang diperbuat daripadanya seperti pasta, roti dan sebagainya.
Sayur-sayuran
Ubi Keledek
Kurang kalori berbanding ubi kentang, lebih manis dan penuh dengan vitamin C, beta keroten dan fiber.
Mampu meningkatkan tahap imun, mengurangkan risiko kanser kolon dan mengurangkan kolesterol.
Banyak kajian menunjukkan keledek adalah sayur yang paling berkhasiat. Lebih berkhasiat daripada brokoli, bayam dan lobak merah.
Umur untuk diperkenalkan : Lebih kurang 6 bulan. Ubi keledek merupakan antara makanan pertama bayi yang terbaik.
Cili benggala
Cili benggala amat tinggi dalam kandungan vitamin C dan merupakan sumber vitamin dan mineral lain. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari.
Cili benggala merah juga amat tinggi kandungan vitamin A.
Manis dan rangup, kegemaran kanak-kanak. Potong dan cicah dengan sos kegemaran kanak-kanak.
Bayam
Bayam sangat berkhasiat berbanding sayuran yang lain. Penuh dengan vitamin C, beta keroten, zat besi, kalsium, folate, vitamin B6, riboflavin, niasin dan thiamin.
Antara makanan yang terbaik untuk meningkatkan pengambilan zat besi di kalangan bayi/kanak-kanak.
Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan.
Brokoli
Secawan brokoli yang telah dimasak mengandungi kalsium yang sama dengan 4 ounz susu, vitamin C seperti sebiji buah oren, dan sangat kaya dengan vitamin A. Brokoli juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B6, zat besi, magnesium, potassium, dan juga zink. Tinggi kandungan fiber tetapi kurang kalori.
Brokoli dengan khasiatnya dapat meningkatkan tahap imun, membina tulang yang kuat dan pelbagai lagi.
Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan (dimasak dan dijadikan puri)
Buah-buahan
Pisang
Selepas bijirin, pisang antara makanan yang kerap dijadikan makanan pertama bayi. Mudah dihadam, sangat berkhasiat dan rasanya lazat.
Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium.
Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif.
Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi.
Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.
Umur untuk diperkenalkan : 6 bulan (puri atau lenyek)
Mangga
Rasa masam manis mangga sebenarnya bukan hanya sedap di tekak, tetapi ia juga kaya dengan gula dan asid amino.
Ia antara sumber terbaik vitamin A, C dan beta keroten.
Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan (dimasak dan dipuri)
Buah Oren
Salah satu buah yang amat kaya dengan vitamin C (140% daripada keperluan sehari).
Kaya dengan folate, yang membantu mengelakkan sakit jantung dan kecacatan lahir.
Juga mengandungi potassium, thiamin, kalsium dan magnesium.
Buah oren (bukan jus oren) juga turut mengandungi fiber yang tinggi.
Umur untuk diperkenalkan : 12 bulan
Kiwi
Penuh dengan vitamin C, fiber dan potassium. 2 biji kiwi mengandungi 240% daripada keperluan vitamin C badan.
Mineral seperti copper dan magnesium amat sukar didapati dalam makanan-makanan lain. Kedua-dua mineral ini menguatkan tulang, perkembangan otak, fungsi-fungsi saraf dan imunisasi.
Warna hijaunya dan rasa manisnya sangat sesuai untuk menarik minat kanak-kanak.
Umur untuk diperkenalkan : 10-12 months (puri)
Kurma
Kurma tinggi kandungan gula semulajadi dan karbohidrat, jadi ia sumber tenaga yang sangat baik.
Tinggi kandungan zat besi dan pelbagai khasiat lain.
5-6 biji kurma bersamaan 1 hidangan buah-buahan.
Bagus untuk anemia, sembelit dan keletihan. Sesetengah orang menggunakan kurma untuk merawat batuk, selsema, demam, sakit tekak dan pelbagai sakit lain.
Umur untuk diperkenalkan : 10-12 bulan (puri).
Strawberi
Tinggi kandungan vitamin C, dan 12 lagi vitamin dan galian termasuk zat besi, asid folik, fiber, dan potassium.
Umur untuk diperkenalkan : selepas 12 bulan.
Produk Tenusu
Yogurt dengan probiotik
Tinggi kalsium, bakteria baiknya membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun, lembut dan berkrim, juga sumber protin yang baik.
Susu
Kandungan kalsium yang sangat tinggi. Sumber vitamin D.
Daging dan Kekacang
Kacang soya dan produk soya
Tauhu, susu soya, taufufa dan lain-lain produk soya kaya dengan pelbagai khasiat termasuk protin, tinggi kandungan asid lemak, pebagai vitamin, galian dan fiber.
Kacang dal
Tanpa lemak tetapi kaya dengan 5 galian terpenting, 2 vitamin B, dan protin.
Daging
Kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.
Ikan Salmon
Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protin, vitamin D, selenium dan vitamin B6.
Nota : Apa-apa makanan dan supplemen pun jika diambil keterlaluan boleh mendatangkan mudarat..so beserderhanalah

11 month old,fourth week
11 month old, fourth week Every day, in every way, your baby is getting smarter. This week, try this test: show her a toy, place it under a plastic cup, then remove the cup and let her get it. Do this two more times. Now take the toy and place it under a different object, such as a little box, and watch what she does. She may still look under the cup for the object because she's associated the toy with its familiar covering. This may not seem like a sign of budding intelligence to you, but it is! She's learning about "object permanence" — the concept that things continue to exist even when she can't see them. It's an important step toward logical thought
Labels:
UMUR AQIL