Thursday, January 5, 2012

Orang Baru...

Bismillahirrahmanirrahim...


Dah lama x buka blog dah berserawang dah..thanks tu untie liza sbb dah buat mcm2 kat blog ni ibu appreciate thats...X tahu nak mula dari mana..sebenarnya byk benda nak cerita.Kalau kat FB semua dah tahu pasal org baru ni tapi kat blog ibu belum update sbb xder masa habis pantang jer terus busy dgn closing account utk audit.Oklah we start dgn org baru... inilah dia penyeri dalam family kami here the detail:-

Nama: ALMA MARISSA BT MOHD NAZRI

D.O.B: 22 OCTOBER 2011

TEMPAT LAHIR: HTAR

WEIGHT: 3.25KG

TIME:7.25 AM


Banyak betul dugaan semasa kelahiran yg kedua ni...1st ibu nak cerita masa mula2 admit kat hospital dulu..ibukan suspek GDM a.k.a kencing manis sewaktu pregnant.Sehari awal ibu dah kena serah diri kat hospital org cakap mmg sengaja cari nahaslah sm mcm dr cakap.Tanpa rasa sakit apa2 pada 21 hb tu,papa terus hantar ibu ke htar coz ibu due 22hb. Sampai2 sana dr check dah buka 2cm so terus admit.Start pukul 9 tu ibu dah rasa sakit yg 5 minit tu sakitnya tuhan sajer yg tahu,sblm ni ibu x pernah rasa sakit yg macam gini..tu yg rasa x boleh nak tahan dah sbb masa aqil dulu lain sbb induce jer terus masuk labour room n terus teran.Tapi kali ni ni natural punya,rasanya lagi sakit yg ni disbbkan contraction yg 5 minit tu.. tuhan jer yg tahu..bila dr check sekali lagi jalan dah buka 6cm...kol 9mlm dr check dah 7cm..masa tu dah pukul 12mlm ingatkan dah blh masuk labour room tapi nurse kata 8cm baru blh masuk labour room arahan dari dr bertugas pada hari tuh. Geram betul ibu dah la x tahan rasa macam dah nak keluar kepala baby ni.


Bila ibu tanya kenapa x blh bawa ke labour room sbb dah rasa nak bersalin ni..nurse kata 8cm baru blh masuk gila betul htar ni.padahal kalau hospital lain 5cm dah masuk labour room,terpaksalah ibu menahan sakit rasa macam nak patah pinggang ni.Sampailah kol 6 pagi ibu duk menahan sakit tu, ibu ckp kat nurse ibu dah x tahan rasa kepala bby nak keluar barulah diaorg bw pergi labour room. ibu x tahu nak cakap mcmana rasanya sakit yg amat menahan contraction yg berselang 3 minit tuh rasanya besi katil hospital tu blh patah ibu pegang.Bila dah masuk labour room ibu teran jer 2times bby dah keluar..rasanya kalau dari tadi diaorg bawa masuk dah lama anak ibu keluar.

Nak marah pun ada kat nurse kat situ tapi bila nampak baby gurl yg keluar terus hilang rasa marah n sakit.very touching that moment bila dr tanya" puan bby puan ni baby apa" ibu dalam keadaan lemah terus cakap bby gurl.Dr terus letak kat dada ibu...lepas tuh sesi menjahit pulak..dalam hati ibu buatlah mcmana pun janji semua dah settle fuuhhhh lega...

Yang kelakarnya bila nurse tolak troly utk hantar ke ward nurse panggil nama ibu utk mention pada papa tapi papa xder sbb papa x tahu pun baby dah lahir hari ni.Mmg kelam kabut betul sbb mlm tu jugak mak papa nak g hantar ibu dia ke mekah, mlm tu aqil tidur kat rumah baby sitter kesian abg aqil nasib dia x nangis cuma baby sitter cakap aqil mengigau mlm tu dia ckp nak bby gurl,pagi2 pulak papa nak kena ambik mak ibu kat bus stop..so papa mmg x susupek ibu akan bersalin pada 22hb sbb dr cakap nak induce 22hb, x sangka pulak pagi 22hb tu marissa dah keluar.Bila pagi 22hb tu papa try col ibu x dpt terus papa pergi ke htar..bila nurse hantar ibu & baby ke ward ibu nampak papa dah tunggu ibu kat situ...papa terus azan n iqamat baby...suapkan kurma n air zam-zam..pukul 10 papa dtg sekali lagi dgn mak tuk & aqil, soalan pertama aqil ialah mana baby gurl kat perut ibu..ibu cakap dah keluar tuh...dia terus nangis xnak..puas jugaklah nak pujuk.Nasib esoknya dia dah blh except dia ada adik.Esoknya baru blh keluar hospital...x sabar nak balik rumah..

Ok settle bab kelahiran..dugaan yg ke dua pulak bby kena jaundice pada hari ke 3 & terus admit hospital planning nak balik terengganu awal x jadi.Kesian tgk baby kena therapy lamp tu...hari2 ibu nangis sbb x tahan tgk bby kena lampu tu.Dalam 5 hari jugaklah ibu duk hospital dah mcm org gila rasanya sbb xtahan tgk bby kena cucuk..dah lah dr x pandai cari urat...blh pulak dr tu jawab nanti saya panggil dr lain sbb saya x expert ambik darah..dah tahu x expert kenapa nak ambik darah jugak..habis lebam2 tangan marissa..bila dia cakap mcm tu rasa nak lempang jer dr tu..

Aqil pulak tiap kali datang melawat ibu selalu tanya bila ibu dgn baby nak balik rumah kita..sebak rasanya terus mengalir air mata ni.Nasib baik mak tuk ada tlg jaga aqil..mak tuk pulak risau sbb sebelum ni aqil xnak langsung dgn dia..sebelah mata pun aqil x pandang mak tuk bila balik kampung tapi nasib baik bila ada baby ni dia dah indipendent...lega sikit ibu rasa..

Bila balik berpantang kat terengganu aqil pulak kena admit hospital masa raya haji tuh kesian papa ulang alik KLANG-TRG.Baru sampai klang ibu kol aqil demam + alergic kat badan.esoknya terus papa balik trg..Mlm tu aqil tiba2 jer demam sampai suhu 40c kol 2.30 ibu kejut ayah tuk n terus admit kat hosp.setiu..5 day jugak la dia kat hosp + 9botol antibiotic masuk dlm bdn dr ckp antibody drop...

Macam2 lah jadi kali ni..dgn banjirnya...terpaksa pindah kat pusat pemindahan banjir masa 33day berpantang.dugaan byk betul..nak berpantang betul2 pun x blh..berat ibu dari 66kg baru turun ke 50kg lagi lagi 3kg di perlukan utk turun ke berat asal 47kg...Tapi semua dugaan tu ibu terima dgn reda maybe ada hikmah sebaliknya...

Inilah dia orang baru yg ibu mention tadi...