Thursday, December 2, 2010

Warehouse Sales


Anakku Sales 3-5 December 2010
Hujung-hujung tahun ni mmg banyak sales, last week poney buat sales,mlm tadi ibu tgk jusco pun ada buat sales,
Yang ni ibu tgk kat blog baby ibu, so kalau ada yg nak bershoping tu boleh lah singgah kat sini,
tapi kenalah tgk jugak takut ada tertipi manalah tahu kan bila compare harga sama mcm hari biasa...so buat decision betul2 sebelum membeli jgn shoping x ingat sudah..

Pernah Dengar Susu ILHAM??

Pernah x dengar susu ilham ni, pagi tadi ibu ada baca pasal susu ni.kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca kat bawah laman web dia pun ada ibu sertakan...

Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja.
Susu Ilham juga mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.
TAHUKAH ANDA?

Susu
Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.

Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.

ANTARA KHASIAT
Khasiat Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.

Khasiat kismis
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa.


Khasiat Badam
Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya.




Terapi Alquran
Ayat-ayat al-quran diterapkan di dalam proses penyediaan Susu Ilham menjadikan ia bahan pemakanan kanak-kanak yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

Boleh layari web :www.ilham4u.com
Sesuai utk baby 1-3 tahun
kanak-kanak 3-7 tahun
Price RM 48.90 - 650gm

Kenapa Perlu Tahu Waktu Subur?

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)
– ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular.
Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory.
Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
**Sumber : maklumat diterima melalui email daripada KHAIRUL ANUAR ISMAIL dan SHAHBUDIN BASRI**..dan laman http://pakarhowto.com

Petua Utk Jantina Anak

Tips ini hanya untuk kaum wanita yang mempunyai kitaran period yang tetap, kalau berubah-ubah tu mungkin susah nak apply. OK tengok calender di bawah ni. Mungkin faham kot.
OK katakan period isteri tu bermula pada 7hb setiap bulan, dan biasanya haid akan stop selepas 7-8 hari, kebiasaanya lah. Jadi waktu untuk ‘bersama’ ialah waktu isteri seawal dia abis period kebarangkalian untuk mendapatkan anak perempuan adalah lebih besar kerana di waktu ini ovum isteri hanya menerima kromosom X, iaitu perempuan.

OK selepas hari yang ke 15, masuk hari yang ke 16 waktu untuk ‘bersama’ isteri di waktu ini lebih besar kebarangkalian untuk mendapatkan anak lelaki sebab selepas hari ke 16 ovum isteri hanya menerima kromosom Y, iaitu lelaki.

Selebihnya untuk ikhtiar bersama boleh lihat pautan yang berkenaan Tips Mendapat Anak, Tips Mengetahui kitaran haid & waktu subur

-Tips Mengetahui kitaran haid & waktu subur ..ini penting juga mungkin dapat membantu

-Rahsia Penjagaan Diri & Titisan Zuriat ……..ini yang paling penting setelah apa yang telah anda milik, sepatutnya dimiliki oleh setiap insan mahupun keluarga…~Aminn
Seandainya belum ada tanda-tanda yang tersurat kepada kita untuk memiliki cahaya mata mungkin boleh baca posting yang berkaitan dengan Gangguan Asal Kejadian Manusia & Pada Sistem Ovari Wanita …sedikit sebanyak mungkin ada yang boleh membantu..kita hanya merancang Allah yang menetukan.

**SUMBER Dr alkiram.net

Petua utk Jantina Anak

Petua mendapatkan anak lelaki atau perempuan
Disini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga….Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang….

HORMON ESTROGEN
Sebagaimana telah kita ketahui kejadian proses seorang manusia ,datangnya dari seorang perempuan matang yang mengeluarkan hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu, yang dipanggil hormon estrogen. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa dan kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol.Sekiranya tiada hormon ini, keberangkalian pembetukan seorang individu itu sebaliknya. Jadi antara proses kepada pebentukan hormon itu antaranya adalah ….

Amalan pemakananisteri sebelum bersama juga berlaku..jadi ini perlu juga diambil perhatian selain dari doa2 atau spritual yang tinggi dan juga pysco yang kuat.

1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)

2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan

3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah

3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga – utk kepekatan air mani)


Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:
Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormonsuami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)
5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging

2. Banyakkan makan yg berasid

3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)
Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki – perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.
Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…

Tips memilih waktu untuk jantina anak lelaki dan perempuan
Tips yang telah dijalankan secara kajian sains mengikut doktor2 yang pakar dalam bidang biologi. Mungkin ramai para ibubapa terutama yang dapat berderet anak yang sama jantina atau kepada mereka yang tengah merancang untuk mendapatkan cahayamata. Sampai ada suami isteri yang telah mencuba macam2 kaedah dan petua untuk diamalkan.

Menurut doktor yang pakar dalam bab2 ni… ini adalah fakta atau tips untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan. Katanya, orang lelaki menghasilkan 2 jenis sperms, kromosom X (female) kromosom Y (male).Kromosom Y (male) ni lebih kecik, lebih lemah tetapi lebih laju dari saudara dia kromosom X (female) yang lebih besar, lebih kuat dan tetapi slow.
Tips ini hanya untuk kaum wanita yang mempunyai kitaran period yang tetap, kalau berubah-ubah tu mungkin susah nak apply. OK tengok calender di bawah ni. Mungkin faham kot.

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, sosperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukkan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali2. Banyakkan makan buah-buahan3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

selamat mencuba
**sumber dari alkiram.net

Tip Dapat Anak????

Ibu tgh planing nak pregnant, tapi still xde hasil lagi pelikkan,kalau yg xnak tu dapat jer sampai x menang tangan, tiap2 tahun pregnant,tapi kalau yg nak ni susahnya nak dapat...
kenapa yer??? ni antara source yg ibu baca lps ni ibu nak g urutlah...
Banyak email yang saya terima bertanyakan tentang bagaimana cara untuk mendapatkan anak..kesinambungan daripada kandungan maklumat dari sini http://alkiram.net/salam/2007/03/20/petua-mendapatkan-anak-lelaki-perempuan/, kebetulan juga saya pernah diberitahu oleh seorang makcik arab badawi (kampung) boleh dikatakan bidan arab kampung.

Pertemuan saya 10 tahun lepas.Ketika itu saya ada bergurau dengan dia sambil sembang2 dan berhajat nak dapatkan anak berselang seli perempuan dan lelaki..Alhamdulillah…dengan amalan tersebut dan niat sekarang saya dikurniakan anak berselang seli perempuan lelaki.Selain itu
saya juga di beri tips ketika mengandung dan saat2 kelahiran serta penyusuan.

Ini antara tips yang dia berikan kepada saya sewaktu dulu dan diamalkan sehingga sekarang,so, bagi yang mahu mencuba,boleh amalkan Insyallah.

Cara yang paling berkesan selalu sebut dan doa serta melihat atau bayangkan (imagine) wajah2 baby samada lelaki dan perempuan setiap hari.Sewaktu nak tidur dan bangun tidur.

Dan kalau jumpa bayi atau kanak-kanak…
-Selalu usap ubun-ubun bayi dan kanak-kanak selalu doakan untuk dia “Rabbuna Khalli” atau “Rabbuna Sturna” dalam bahasa mudah kita Semoga Allah Melindungi dan memuliakan kamu. (Doa saja dalam hati kita dengan bahasa kita yang rasa mudah yang penting doa untuk kebaikan kepadanya)

-Cium tangan, dahi dan dua keningnya.

-Selalu memberi hadiah atau sedekah kepada golongan mereka ini walaupun sebiji gula-gula kepadanya.

-Selalu tanamkan sikap penyayang kepada mereka.

Di samping kombinekan dengan amalan seperti berikut :

(Amalkan setiap hari hari selepas solat subuh dan asar).

-Bismillahirahmani Rahim 100x

-Bacaan Istighfar ( Astaghfirullah Al-Azim Huwa Tawwaburrahim 100x)

-Laila Ha Illah 100x

-Subha Ha Na Allah Wal Hamdulillah Wallahu Akbar 300x

-Selawat kepada junjungan besar 100x (`Allahumma Sholli ´Ala Sayyidina
Muhammadin Wa âlihi Wasallim)

-Doakan kepada Allah agar dikurniakan anak lelaki atau perempuan dan
bayangkan (wajah anak lelaki atau perempuan) sambil usap di sekitar rahim.

Kemudian mengamalkan amalan ini dimana jua atau mana-mana waktu
(niatkan sedekah kepada junjungan besar SAW.)

1-Bacaan Surah Al-Fatihah 100x
2-Bacaan Surah Al-Ikhlas 300x

Guru saya berpesan carilah tempat-tempat mulia seperti Masjid, Ka’bah, Maqam Rasulullah, Maqam Ahlul-Bait dan para wali.

Allah SWT menceritakan dalam surah Ali Imran ayat 37-39 bahawa doa Saidina Zakaria saja (sebagai nabi) baru terkabul sewaktu berdoa di mihrab (tempat berdoa) Siti Maryam (yang hanya seorang wali perempuan).

Kalau musim haji jika ada sesiapa yang pergi ke Mekah kirimkan doa kita kepada orang mengerjakan haji agar didoakan di depan kaabah dan juga semasa menziarahi maqam rasulullah s.a.w serta sampaikan salam kepadanya.(tuliskan kepada nya agar dia dapat baca nanti).

Ok itu,saja sebagai tips yang dapat dikongsi, Insyallah di kesempatan lain saya akan menceritakan amalan-amalan lain sewaktu mengandung, melahirkan anak dan menyusu.Alhamdulillah kebanyakkan anak-anak saya dilahirkan di Mesir bumi para nabi-nabi dan wali Allah.

Saya rasa bangga sebab ramai orang malaysia rasa takut dan tidak berkeyakinan diri yang tinggi untuk melahirkan anak di sini.Alhamdulillah berkat doa dan hajat saya tercapai.

Sebenarnya, kita perlu tukarkan dengan yang positif dan memberi dorongan dengan bijaksana dan berhikmah sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam. Misalnya kalau seorang ibu, doa mereka selalunya makbul dan perempuan ini selalunya berkat mereka lebih besar dari orang lelaki kerana dia mempunyai sifat penyayang dan keibuan walaupun mereka ini sensitif dan emosi tinggi lebih dari orang lelaki.

Inilah antara satu pembuktian kelebihan penciptaan Allah SWT yang mana Siti Hawa dijadikan dari tulang rusuk Saidina Adam AS dari suatu benda yang sudah hidup berbanding dengan Saidina Adam AS yang dicipta daripada benda yang mati kemudian dimasukkan roh, ini menunjukkan kerohanian perempuan ini amat tinggi berbanding lelaki walaupun dia mudah sensitif dan emosi.

Namun, kekuatan minda dan imaginasi yang ada pada perempuan lebih tinggi, kita biasa dengar apabila dia teringin dan percaya sangat yang dia sudah ada bayi dalam perutnya sehingga sampai benar-benar rupa seperti orang mengandung tetapi tiada bayi pun, akhirnya dia memperolehi cahaya mata apabila diringi dengan zikir,doa dan imaginasi selalu.
Kita juga pernah dengar seorang perempuan apabila mengandung selalu melihat gambar bayi-bayi yang comel, dan akhirnya bila dia melahirkan anak rupa bayi tersebut sama dengan gambar yang selalu dia lihat.

Oleh yang demikian, doa dengan keyakinan merupakan asas penting dalam kehidupan manusia kerana itulah Islam mengajar kita agar sentiasa sebut sesuatu yang positif kerana sebutan dan ucapan itu adalah doa kita.

Maka, memohon doa ini bukannya hanya dalam bahasa arab bahkan yang paling menyerap adalah dalam bahasa kita sendiri kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap sesuatu kebiasaanya apa-apa saja yang kita terlintas di hati dan kita ada idea atau ilham untuk memanjatkan doa, rasakan seolah-olah anda sentiasa bersama Allah SWT setiap masa, berkomunikasilah dengan walapun di dalam hati setiap masa dan di mana saja.

Berdoalah dengan penuh yakin, mintalah dari Allah sesuai keyakinanmu akan kekuasaanNya. Percayalah bahawa Ia Maha Kuasa atas segala-galanya.
Sedangkan kita pun tercipta dari tiada, apakah Ia tidak sanggup memberi kita walau sekadar dari yang ada !

Insyallah semoga kita dapat apa yang diniatkan dan dihajati selalu termakbul..Allah Maha Kaya dan Pemberi Rezeki.

Panduan Pandangan dari seorang Pengujung website sofieyya…..
Tahniah kepada mereka yang sedang hamil atau sedang berusaha untuk hamil…rezeki datangnye dari Allah jd pohonla pd DIA, kerana dia yang MAHA BERKUASA.

Untuk mendapat anak,
yang pertama sekali hendaklah kita bermunajat (bangun tengah malam) berdoa dan solat hajat pada Allah, minta ampun di atas segala dosa yang pernah kita lakukan tanpa sengaja atau tidak setiap malam, mengadu pada Allah dengan seribu pengesalan dan mengharapkan keampunan-NYA. Ini berkait rapat kerana jika hubungan kita dengan Allah tidak dijaga kemungkinan Allah sedang menguji kita dengan ujian ANAK.

Selepas itu, hendaklah berbuat baik dan bermanis muka bila bersama suami, kerana jika suami ada terasa atau tergurus hati jg antara faktor kelambatan ini, sentiasa minta maaf pada suami dan mencium tangan suami…biar kita sentiasa dalam keredhaan Allah dan suami.

Kita juga hendaklah rajin membaca al-Quran, kerana dalam al-Quran terdapat pelbagai ramuan dan mukjizat yang dapat megubat pelbagai penyakit…kebanyakkan isteri zaman sekarang kurang pendedahan tentang kelebihan al-Quran dan kesan pada janin yang bakal dilahirkan. kerana Allah suka pada mereka yang membaca al-Quran dan mereka yang memuliakan al-Quran akan dilindungi dan segala hajat akan mudah dimakbulkan Allah.

kita juga hendaklah rajin bersedekah dan jngan sesekali merungut tentang sedekah yang diberi…hati kena sentiasa ikhlas dan redha pada ketentuan Allah…

selepas semua tips2 di atas diperhatikan, barulah kita berada dlm keadaan bersih fizikal dan mental…amalkan minum madu, air zam-zam, air yassin, buah2 seperti kismis, kurma. sebelum itu, kepada yang pernah keguguran dinasihatkan dapatkan bidan kampung untuk
memperbetulkan rahim kerana apabila berlaku keguguran rahim kita akan jatuh dan ini melambatkan proses kehamilan dan mudah untuk mengalami keguguran lagi…dinasihatkan pada mereka yg belum dikurniakan anak juga hendak pergi mengurut selama 3 kali berturut2 supaya urat2 rahim kembali segar dan kuat…

semasa mengadakan hubungan intim, minta maaf dengan suami dan berniat kepada Allah tentang hajat kita, hendaklah meletakkan bantal di bawah pinggang dan punggung supaya air mani akan bergerak laju ke pintu rahim…jangan alihkan lg bantal biar lama sikit…dan jangan basuh faraj sehingga ke subuh…selalu amalkan bacaan doa nabi zakaria untuk dapatkan zuriat. jalinkan hubungan intim pada hari ke 11 atau ke 13 selepas haid.
semoga berjaya…

**sumber dr alkiram.net