Sunday, May 20, 2012

SeGMeN "SaYa BLoGGeR HoT" By cHeGu aLoNg

Jom! join segmen dan berkenalan dengan member blogger lain.. Segmen Saya Blogger Hot by Chegu Along. Sape berminat atau rasa diri hot (aku pon tak hot tapi seyes aku slow...hihihi) boleh la join skali ye....



Mangsa tag kali ni lak:

Thursday, May 17, 2012

Bahaya air masak kpd bayi...


BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

~SHARING IS CARING~

Wednesday, May 16, 2012

KidZania-90 pekerjaan utk Kanak2..

Meh nak citer sikit pasal KidZania ni...Mcm best jer kan kalau bawa anak2 kita kat sini..bagi diaorg experiance mcm2...try tgk apa yg dia org nak jadi bila dah besar nanti..KidZania ni baru buka pada 28 Februari 2012 kira dah lama maybe ibu jer baru tahu hik..hik..hik...papa apa lagi jom la bw aqil kat sana.
Tapi satu jer aqil punya attitude bila ada org dia xnak join kan masuk nanti ibu n papa pulak kena cari kerja..
Meh nak story sikit pasal KidZania so nnti ramai2 la pakat pergi sana yer...

kidzania kuala lumpur 17 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!




KidZania Kuala Lumpur adalah satu taman tema khas untuk kanak-kanak bagi mengalami pengalaman menjadi ‘dewasa’ tanpa bergantung pada ibu bapa!
Kanak-kanak sekecil 4 hingga 14 tahun boleh memilih untuk menjadi doktor bedah, juruterbang, tukang masak, ahli bomba, mekanik, model, pelukis, pelakon dan pelbagai jenis pekerjaan orang dewasa.
kidzania kuala lumpur 05 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Ya! Mereka berpeluang bermain ‘menjadi dewasa’ di dalam KidZania Kuala Lumpur ~ satu bandar kanak-kanak yang meniru (replika) dunia kehidupan sebenar.
kidzania kuala lumpur 08 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Bestkan!! Ni mesti aqil suka sbb suka sgt tgk masterchef...
kidzania kuala lumpur 04 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kat sini jugak diaorg sediakan costume lengkap (menyerupai uniform/pakaian sebenar) apa sahaja jenis pekerjaan yang ada dalam KidZania Kuala Lumpur dan bermain di lokasi yang dicipta khas untuk kanak-kanak seperti hospital, stesen bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV, teater dan macam-macam lagi.


kidzania kuala lumpur 12 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kalau yg minat jadi press pun boleh..bestkan
kidzania kuala lumpur 01 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
KidZania KL ada 90 pekerjaan untuk kanak-kanak memainkan peranan *role play* dan ia juga ada ekonomi sendiri. Duit ringgit Malaysia atau apa-apa matawang lain tidak laku kat sini. Hanya matawang KidZania yang dikenali sebagai kidZos yang boleh digunakan.
kidzania kuala lumpur 09 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kanak-kanak yang bermain sebagai apa-apa pekerjaan dalam Kidzania ini akan dibayar gaji sebanyak 8 kidZos setiap pekerjaan. Malah kanak-kanak berpeluang menyimpan gaji mereka dalam bank dengan membuka akaun dan menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit di mesin ATM bank dalam KidZania KL.
kidzania kuala lumpur 15 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kanak-kanak juga boleh membeli-belah menggunakan duit kidZos dalam mana-mana kedai yang terdapat dalam KidZania. Jika duit kidZos yang disimpan dalam bank KidZania tidak digunakan, ia boleh dikeluarkan semasa lawatan seterusnya ke KidZania.


Umpama menyimpan duit dalam bank sebenar. Memang sangat mengujakan!Mcm realkan..Apalagi jomlah dtg sini..


BAYARAN MASUK KIDZANIA KL
Harga tiket ialah RM55 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa. Tetapi orang dewasa hanya boleh masuk KidZania Kuala Lumpur jika ditemani kanak-kanak!
Biasanya kanak-kanak tak boleh masuk sesuatu taman tema jika tidak ditemani orang dewasa.
Masa buka hari Isnin – Jumaat (10am-5pm sesi 1), Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum (10am-3pm sesi 1, 4pm-9pm sesi 2).
KEMUDAHAN KIDZANIA KL
Faktor keselamatan sangat diutamakan di KidZania dimana kanak-kanak dan orang dewasa akan dipakaikan gelang keselamatan *security bracelet* yang hanya boleh dibuka semasa meninggalkan KidZania dan mengikut kebenaran penjaga/ibu bapa.
Kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas boleh ditinggalkan dalam KidZania tanpa pengawasan ibu bapa. Kanak-kanak bawah 8 tahun kena diawasi ibu bapa semasa dalam KidZania.
Semasa kanak-kanak ‘bekerja’ dalam KidZania KL sambil diawasi Zupervisors (pekerja KidZania), ibu bapa boleh menunggu dan berehat dalam Parent’s Lounge yang dilengkapi kemudahan internet wifi dan movie room.
Terdapat juga Urbano’s House dalam KidZania KL yang khas untuk babies dan toddlers.
LOKASI KIDZANIA
KidZania Kuala Lumpur terletak di Curve NX, Mutiara Damansara. Bangunan KidZania KL senang nak kenal sebab terletak berhampiran Ikea/Tesco dan ada muncung kapal terbang Air Asia terkeluar dari bangunan.
kidzania kuala lumpur 16 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!


Jom pakat gi ramai-ramai yer...ANDA TERUJA IBU PUN TERUJA....
http://www.kidzania,com.my/

credit to: littlemamadiary

Monday, May 7, 2012

Ubat Sei Sei jugak yg jadi..

Ingat x pasal exzema yg marissa kena dulu..mmg teruk hampir 3 bulan x baik2..semua pakar dah pergi..pakar kulitlah...pakar kanak2lah...semua x jadi..
Dengan Kuasa ALLAH jugak semua ni berlaku..Sehari sblm main bowling ni ada seorang kakak ni tegur muka marissa..knp teruk sgt muka baby ni.dia pun cerita anak2 dia pn semua kn exzema so dia suggest cuba try ubat kat kedai sei sei tu ada ubat yg mmg utk exzema harga pun rm15 jer.
Ibu pulak pantang org cakap ada jer ubat exzema ni mmg terus nak carilah kan...
Lepas jer main bowling terus singgah n beli...alhamdullilah 2hari slps tu hilang terus exzema tuh...
Tapi x tahulah sbb ubat ni atau apakan sbbnya lps jer main bowling n makan agak2 dlm pukul 4 tu jiran ibu ada buat kenduri kesyukuran  so ibu pun hadirkan diri.Selesai jer makan pak su jiran ibu ni adalah tegur kenapa dgn muka marissa ni teruk sangat.. ibu cakaplah exzema a.k.a kurap susu...pastu dia pun letak ibu jari dia kelelangit dia pastu baca2 sikit ayat al-quran pastu sapu kat muka marissa. Ibu pun rasa maybe sbb kedua2nya kut dan dgn kuasa allah..exzema ni blh hilang...alhamdulillah..
 Nilah ubat yg ibu war-warkan tu..
Muka alma pun dah hilang tinggal pink2 jer sikit lagi..

Inilah dia...

Setiap kali org jumpa alma marissa mesti akan tegur bulatnya mata baby ni...pastu pandang ibu...pastu pandang papa...emmm xderlah bulat mana pun mata kitaorg...Sebenarnya masa ibu pregnant ibu tampal gambar baby kat bawah ni...x tahulah kalau kebetulan ker apa..sbb tuhan tu maha mendengar apa yg ibu doakan hari-hari ialah agar allah kurniakan ibu anak yang cukup sifat,putih n comel n bijak,soleh semualah n kalau boleh macam baby kat gambar tuh... ibu pegang satu benda jer ''janji Allah itu Benar''...Tapi mmg hari2 ibu tgk gambar baby tu..tu yg keluar2 mata bulat sama kut...Tapi baby yg kat gambar tu lagi lawalah compare to alma hu..hu...hu...




Inilag baby yg selalu ibu tgk...untie finie: sila copy paste this picture yer tp jgn lupa berdoa...

Masa Harith Aqil dulu ibu letak gambar baby kat bawah ni tu yg keluar2 mata sepet kut...officemate ibu kata macam mata bos ibu ''SEPET'' hu..hu..hu..tapi bila di fikir balik ada betulnya...

 
Sepetkan mata budak ni...
Mata Bulat ker Sepet ker yg penting cukup sifat n sihat walafiat kan...