Thursday, October 29, 2009

TIP MINUM SUSU

Dengar aqil nak bg tau... ye...

Pastikan anak minum air kosong (air suam/air masak)..

setiap kali selepas minum susu botol..(kalau susu badan tak payah)..

ini untuk mengelak karies gigi..

AQIL: aqil minum susu ibu so, aqil x yah minum air suam la kan.. (mcm dalam iklan tu air suam x sedap air oren boleh....)
IBU: aqil kena minum juga..at least kena cuci mulut tu

CHECKLIST FOR BABY

BABY CHECKLIST
Teringat dulu masa ibu pregnant kehulu-kehilir ibu bawa checklist... yer la excited nak jadi ibu katakan... saja ibu listdown bila dpt adik utk aqil senang searh jer kat sini nanti senangkan..

So here is the check list :
ClothingBaju Lengan Pendek - 4
Baju Lengan Panjang - 4
Seluar Pendek - 2
Seluar Panjang - 6
Baju Jalan - 2
Barut - 10
Handkerchief - 4
Romper - 3
Mittens & Booties - 6
Socks - 2
Hat - 1
Bibs - 1
Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2
Feeding Breast Pump ISIS* - 1
Termos* - 1
Feeding Bottle 2 oz - 2
Teats (S) - 2
Bottle and Teat Brush - 1
Sterilizer* - 1Bottle Warmer* - 1
Nursery Baby Cot & Mattress* - 1
Baby Pillow & Bolster - 1
Baby Pillow & Bolster Case - 1
Mosquito Net - 1
Receiving Blanket - 1
Blanket - 1
Nursing Pillow* - 1
Bathing Bath Tub - 1
Toiletries (Travel Pack)- 1
pHooded towel - 1
Towel - 2Cotton Balls - 1p
Cotton Buds - 3p
Baby Comb/Brush - 1
Baby Manicure Set - 1
Nasal Aspirator - 1
Diapering Changing Mat - 1
Baby Wipes (Pureen) - 2p
Disposable Diaper (Newborn) - 1p
Napkins - 2p
Nappy Liner - 1
Diaper Rash Cream - 1
Safety Pin - 1
Traveling Stroller* - 1
Infant Carrier* - 1
Travel Bag - 1
Baby Sling* - 1
Secure Sleeper* - 1
OthersNappy Kleen - 1
Bakul Baju Baby* - 1
Minyak Telon - 1
Gripe Water - 1
Album* - 1
Toy* - 1
Ibu Care Socks - 2
Nursing Bra - 4
Nursing Pad (Washable) - 2
Nursing Pad (Disposible)- 1p
Maternity Pad (Pureen) - 2p
Disposable Panty - 3p
Nipple Cream - 1* Beli kemudian

Bila nak dpt baby girl yer...berangan la pulak ibu ni...papa buat kerja ke tak...sebab tu x dpt..he..he.. jgn marah pa

Mengandung??????

Mengandung...kuang..kuang...
...?????...
Nak bg adik utk Aqil ke... confius...
just ambik tip-tip mana tau kot Lekat lg tp......... ha panjang tp tu yg tahu faham-faham jer lah..

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia.

Antaranya:1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2.Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Amin

RE: Untuk panduan semua kaum ibu or bakal ibu

AQIL-8 MONTHS

23/10/2009 genap umur aqil 8 bln, kira hari ni 8 month 1 week la..
Apa yang aqil dah pandai ekkk... tunggu jap ibu fikir...

*AQIL dah pandai sebut tata..lala...ma.ma..ma..
*AQIL dah pandai suruh dukung...dah pandai suruh bawa keluar.. toilet pun ikut
*AQIL dah tumbuh 2 batang gigi..
*AQIL dah pandai duduk dgn baik..
*AQIL dah pandai dengar ibu baca buku
*AQIL dah pandai bertatih..memanjat...
*AQIL suka jilat brand x kira kat tepi kain, towel baju & mcm
*AQIL dah pandai cium tgn ibu, papa, (omah,oyah-pengasuh)..
*AQIL dah pandai tgk tv...
*AQIL dah pandai senyum simpul...senyum nakal..
*AQIL dah pandai buat muka..terutama muka busyuk..

*AQIL dah pandai merajuk...siapa marah dia siaplah org tu dia xkan dkt
*AQIL dah cam muka org & suara org
Dan macam-macam lagi lah...



UBAT BATUK,SELSEMA X SESUAI UTK KANAK2 BAWAH 2 TAHUN

Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau berkata amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," kata Eisah.Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.

BENTUK TABIAT TIDUR YG BAIK

(A) Lakukan aktiviti ketika siang hari.
Apabila bayi jaga, lakukan aktiviti menyanyi, bermain atau bercakap-cakap dengannya. Biasakan dirinya dengan kebisingan rumah yang normal misalnya bunyi orang memasak, bunyi televisyen atau bunyi penyedut hampagas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

(b) Pantau tidur siang anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

(c) Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, belai, menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti itu dengan tidur.

(d) Tidurkan dia ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ia boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya tidak bersepah dengan anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa anda sedar.

(e) Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.
(f) Pertimbangkan untuk memberikannya puting.
Jika bayi anda sukar untuk tidur, puting mungkin boleh membantu. Malah, puting pada waktu tidur mengurangkan risiko sudden infant death syndrome (SIDS). Bagaimanapun, jika bayi menggunakan puting untuk membantunya tidur, dia mungkin akan menangis di tengah malam apabila puting terjatuh.Tip: Senang citer jgn bglah x elok.

(g) Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahaya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.

Tips Penjagaan Gigi Anak

Tips Untuk Memberus Gigi Baby:
-sebaik ada gigi..guna lampin atau kain lembut untuk gosok gusi dan gigi anak
-bila besar skit (kira dah pandai pegang tu)..mula ajar gunakan berus gigi untuk bayi..caranya ialah biar dia tengok kita berus gigi dan masa mandi tu bagi dia pegang dan main berus gigi (confirm diorang akan masukkan dalam mulut)
-kalau gunakan ubat gigi..pastikan yang untuk bayi dan pastikan anak kumur selepas tu
-pastikan anak minum air masak selepas menyusu susu formula kerana susu akan sebabkan karies
Selamat Mencuba...

BAYI & BAHASA

Perkembangan Penguasaan Bahasa
0 Bulan
Biasanya menangis
1 Bulan
Menghasilkan bunyi berlainan ketika lapar atau sakit.
1 – 2 Bulan
Menghasilkan vokal seperti ‘ah’
2 – 4 Bulan
Berupaya menghala ke sumber bunyi manusia.
4 – 6 Bulan
Menghasilkan bunyi seperi ma, da.
6 – 9 Bulan
Berupaya mengabungkan bunyi yang sama dan mengulangnya seperti mama..mama...papa..papa..baba..baba..
9 - 10 Bulan
Gemar meniru bunyi orang lain.
11 -15 Bulan
Berupaya meniru suku kata yang senang.
12 Bulan
Berupaya menyebut dua perkataan berlainan.
13 – 18 Bulan
Berupaya menyebut tiga perkataan berlainan.
17 – 24 Bulan
Berupaya menamakan objek biasa yang terdapat dalam gambar.
18 -21 Bulan
Berupaya mengabungkan perkataan-perkataan mudah menjadi frasa.
23 -24 Bulan
Berupaya menggunakanfrasa atau ayat-ayat yang mudah