(A) Lakukan aktiviti ketika siang hari.
Apabila bayi jaga, lakukan aktiviti menyanyi, bermain atau bercakap-cakap dengannya. Biasakan dirinya dengan kebisingan rumah yang normal misalnya bunyi orang memasak, bunyi televisyen atau bunyi penyedut hampagas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.
(b) Pantau tidur siang anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.
(c) Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, belai, menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti itu dengan tidur.
(d) Tidurkan dia ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ia boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya tidak bersepah dengan anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa anda sedar.
(e) Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.
(f) Pertimbangkan untuk memberikannya puting.
Jika bayi anda sukar untuk tidur, puting mungkin boleh membantu. Malah, puting pada waktu tidur mengurangkan risiko sudden infant death syndrome (SIDS). Bagaimanapun, jika bayi menggunakan puting untuk membantunya tidur, dia mungkin akan menangis di tengah malam apabila puting terjatuh.Tip: Senang citer jgn bglah x elok.
(g) Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahaya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.
No comments:
Post a Comment