Monday, October 10, 2011

Tanda-tanda BERSALIN!!

Sekarang nak masuk ke 39 week, kalau ikut due 22.10.11, kalau base pengalaman lepas 2,3 harilah baru bby keluar...tapi utk pregnancy kali ni?wallaualam..ibu x tahulah bila.Macam adik ipar ibu duenya 3.10 tapi hari ni baru dia masuk labour room & baru buka 3cm....

Sekarang ni tgh surf internet, nak cari info tanda-tanda bersalin yg patut ibu alert. (kenapa yer kalau pregnant mesti cari info pasal pregnant,kalau breastfeed cari info breastfeed? errkkkk)

Sebenarnya dah lupa , so skrg ni nak baca balik utk menyiapkan diri, kalau yg 1st dulu tanda-tandanya keluar darah kali ni x tahulah apa pulak tandanya. Ibu dah lupa sakit bersalin tu bermula macam mana.Sakit dia tu kita tahulah macamana sakitnya kan, tapi starting dia tu, takut false alarm ke..he..he.. Kali ni tak tahulah nasib ibu macamana...harap2 di permudahkan AMIN...

Okey jom kita berkongsi ilmu pasal ni;-

Tanda-tanda hampir bersalin

1.Bayi turun ke bawah

Ni tanda yang kebanyakkannya akan alami.lepas tu,kalau org2 tua cakap, mesti akan cakap, perut dah jatuh sbb baby dah turun.diaorg mesti cakap dah x lama lah tuh...

Especialy kalau nampak dah jatuh sangat.Lepas tu,muka,hidung ke macam dah sembam (mcm hidung ibu skrg ni kembang semangkuk hu..hu..hu..)

Bila baby dah turun ke bawah,time tu la biasanya kita akan rasa:-

*sakit kat bahagian kelangkang,Time berjalan ke,duduk ke sbb bayi menekan.

*time tu jugak asyik nak terkencing jer he..he..he..

*Ada yang cakap akan rasa sakit perut.Ibu pun rasa sbb adik ni asyik mengeras jer..

*Kerap buang air besar. Tang ni mcm biaserlah kalau mkn byk cepatlah nak membuangnya...

*kerap terkentut...ibu xder pulak rasa yg 1st dulu pun x jugak..

2.Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

Yang ni ibu dah ada pengalaman masa yg 1st dulu tapi x sakit pun base on 1st experiance la..org tua-tua cakap kembar darah.Meaning..keluar darah dulu sebelum pecah air ketuban.Tapi ada setengah org cakap kembar darah biasanya lagi sakit dari kembar air atau pecah ketuban dulu.Tu ibu pun x sure...so kena cpt pergi hospital lah bila ah keluar darahkan...baby mungkin lahir 2,3 jam lps tuh atau beberapa hari...mcm ibu dulu 1 hari...

3.Sakit belakang

Sakit belakang ni dah alami.Especialy kalau lama sgt x bersandar.Sebab sakit belakang ni, sbb baby dah beralih dan menekan tulang belakang kita.

Cara nak kurangkan sakit:-

*Buat ala-ala macam merangkak(tapi jgn merangkak ke depan), lps tuh angkat atau tinggikan badan kita keatas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan.Then ulang...

*Ada juga yang suggest dgn banyakkan berjalan. cth g shopping or beli belah... cth he..he..he..

*Tak pun, minta hubby kita urutkan belakang badan kita dgn kuat masa berbaring mengiring.

4.Pecah air ketuban

Air ini biasernya keluar dgn banyak dari vagina.Warnaya jernih tanpa bau.Ni org tua kata kembar air.

5.Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kontraksi yang kerap dan berterusan lps tu kontraksi every 5 minute je, cepat-cepat gi hospital. ibu xder experiance bab ni so kena alert la kan. Oh kadang2 kita akan ada false alarm. kalau x silap org panggil kontraksi Bracton Hicks.

So kalau semua tanda-tanda kat atas tu muncul cpt2 la pergi hospital yer kan bersalin kat rumah pulak..ni utk ingatan diri sendiri jugak...






Next week dah DUE....teknik pernafasan dah tahu ker eerkkk!!!

Mengenangkan ibu dah hampir nak bersalin,(ikut due la...kuasa Allah,kita tak tahukan? )teringat kisah masa melahirkan Harith Aqil.Ibu setuju kita tidak blh compare dgn kelahiran sebelum ini, mungkin dipermudahkan dan mungkin juga akan mengalami rintangan.Semasa kelahiran anak pertama, mmg ibu xder experiance langsung pasal teknik pernafasan utk bersalin or apa yang perlu di buat.Tapi nasib baik masa kelahiran pertama dulu 2x push my little boy dah keluar.Harap2 yg ke dua ni pun sama jugak..
So skrg ni ibu tgh search mcmana nak belajr teknik pernafasan dulu adalah jugak belajar cara2 tuh tapi bila dah masuk labour room, sakit pun dtg entah semua jadi x ingat langsung..

Ni antara teknik2 yg kena buat :-

1.Masa kita rasa start nak sakit (Awal-awal la)

Time ni kita tarik nafas dalam2 ikut hidung,then keluarkan nafas ikut mulut

2.Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit

Time tu cuba tarik nafas pendek and lepas dgn cepat.Pendek2 jer.Tarik nafas pendek ikut mulut,lps pun ikut mulut.

3.Bila rasa mcm nak meneran ttp belum tiba masanya lagi

Time ni tarik nafas 2x terus ikut hidung,then keluarkan ikut mulut.Tarik nafas and hembuskan tu pendek2.Ala-ala, 'sniff,'sniff','Fuhhh'.Bila xder rasa nak meneran hembuskan nafas yang lembut and mcm biasa.
4.Bila tiba masa meneran

Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam2 melalui mulut,sbb oksigen masuk lagi byk ikut mulut compare hidung..then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dgn satu nafas supaya baby x tersekat dan betul2 keluar.

Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran,jangan lepaskan kesemua nafas,terus tarik nafas semula.Ini bagi mengelakan bayi masuk ke dlm semula.Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu,kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada.Ini utk elakkan dari kita angkat punggung.

Kalau Suami menemani kita semasa process kelahiran tu bolehlah buat cara ni...

Sebelah tangan bahu isteri utk dijadikan tempat menyandra (isteri blh bersandar di lengan suami supaya terasa selesa).Dan sebelah tanagn lagi tekan lutut isteri utk mengelakkan isteri angkat punggung semasa meneran(elakkan koyakan)

Insyaallah ibu akan peraktiskan...Actually ibu pun nervous sebenarnya..walaupun dah ada pengalaman,tapi sakit bersalin tu...hanya Allah yg tahu dan hanya wanita yang tahu.Betapa besarnya anugerah yang Allah beri pada kita kaum wanita ni kan?

Lagi satu ini hanya sekadar panduan pada kita utk mencuba dan usaja agar diri kita tenang.Keadaan sebenarnya hanya allah jer yg tahu. Everyone have a Different Experiance.Walau kita dah hafal,ingat & berlatih,mungkin jugak kita akan lupa bila sakit tu menyerang,Semoga kelahiran kali ini akan dipermudahkan... Doakan utk ibu yer...