So skrg ni ibu tgh search mcmana nak belajr teknik pernafasan dulu adalah jugak belajar cara2 tuh tapi bila dah masuk labour room, sakit pun dtg entah semua jadi x ingat langsung..
Ni antara teknik2 yg kena buat :-
1.Masa kita rasa start nak sakit (Awal-awal la)
Time ni kita tarik nafas dalam2 ikut hidung,then keluarkan nafas ikut mulut
2.Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit
Time tu cuba tarik nafas pendek and lepas dgn cepat.Pendek2 jer.Tarik nafas pendek ikut mulut,lps pun ikut mulut.
3.Bila rasa mcm nak meneran ttp belum tiba masanya lagi
Time ni tarik nafas 2x terus ikut hidung,then keluarkan ikut mulut.Tarik nafas and hembuskan tu pendek2.Ala-ala, 'sniff,'sniff','Fuhhh'.Bila xder rasa nak meneran hembuskan nafas yang lembut and mcm biasa.
4.Bila tiba masa meneranTime ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam2 melalui mulut,sbb oksigen masuk lagi byk ikut mulut compare hidung..then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dgn satu nafas supaya baby x tersekat dan betul2 keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran,jangan lepaskan kesemua nafas,terus tarik nafas semula.Ini bagi mengelakan bayi masuk ke dlm semula.Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu,kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada.Ini utk elakkan dari kita angkat punggung.
Kalau Suami menemani kita semasa process kelahiran tu bolehlah buat cara ni...
Sebelah tangan bahu isteri utk dijadikan tempat menyandra (isteri blh bersandar di lengan suami supaya terasa selesa).Dan sebelah tanagn lagi tekan lutut isteri utk mengelakkan isteri angkat punggung semasa meneran(elakkan koyakan)
Insyaallah ibu akan peraktiskan...Actually ibu pun nervous sebenarnya..walaupun dah ada pengalaman,tapi sakit bersalin tu...hanya Allah yg tahu dan hanya wanita yang tahu.Betapa besarnya anugerah yang Allah beri pada kita kaum wanita ni kan?
Lagi satu ini hanya sekadar panduan pada kita utk mencuba dan usaja agar diri kita tenang.Keadaan sebenarnya hanya allah jer yg tahu. Everyone have a Different Experiance.Walau kita dah hafal,ingat & berlatih,mungkin jugak kita akan lupa bila sakit tu menyerang,Semoga kelahiran kali ini akan dipermudahkan... Doakan utk ibu yer...
No comments:
Post a Comment