Saturday, October 31, 2009

IBU BESTDAY...GIFT

handbag & wallet ni still elok...
kasut ibu ni pun still cantik lg coz jrg pakai..

kasut yg ni pun elok lg...

Surprise...
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

papa belikan ibu perfium GIORGIO ARMANI - ARMANI MANIA (percuma beg)

Jom kita close up skit... ni lah gift yg ibu dpt tahun ni dr papa ... THANKS..
PAPA I LOVE U... SO MUCH....
Hari ni papa ajak ibu pergi beli gift..ye lah semalam kan birthday ibu..papa nak tunaikan janji papa la tu...so we decide utk pg survey kat jusco tgk apa2 yg patut...
mula ibu pergi kat area handbag & wallet..emmm mcm xnak jer handbag tu coz ibu sayang lg kat handbag skrg... so jalan2 lagi pergi kat kasut pulak... xder yg berkenan jugak..coz ibu rasa kasut ibu masih elok so ibu xnak membazir...
so papa ckp why not kita beli perfium coz perfium ibu lg skit dah nak habis..emmm good idea.. pilih punya pilih..last ibu ambik armani mania..coz papa pun suka bau ni... best..
Thank papa love u...



















Friday, October 30, 2009

SPORT RIM


Hari ni birthday ibu 30.10.2009...age pun dah masuk 30..ni bukan nak ckp pasal umur tapi pasal papa...ibu sedih la kan papa tak ingat langsung hari ni bestday ibu... tunggu punya tunggu hampeh... papa x wish pu kat ibu,


Biasernya tiap2 tahun ibu akan buat reminder kat hp dia tp tahun ni ibu malas nak buat ibu nak tgk dia ingat ke tak...ibu rasa mesti papa x ingat lah..


Alkisahnya hari ni papa cuti ibu ingat papa nak buat surprise ke ibu or what...ibu x sabar nak tunggu petang kot2 ada surprise la, petang tu papa dtg ambik ibu kat office sambil senyum-senyum ingatkan nak bg present rupanya dia tukat sport rim baru... ibu diam jer kat dalam kereta yelah hati tengah geram kan...dah la birthday ibu papa x ingat...


Ibu tau la sport rim lama tu dah bengkok sebab tu papa tukar baru.. mesti banyak duit habis kalau tukar sport rim mesti tukar tayar sekali kan.. melepas la ibu jawabnyer...
Sambung lagi pasal story ni...ptg lepas ambik aqil terus pg makan ibu order mcm2 papa tanya ibu kenapa byk sgt order blh habis ke.. x kira nak makan juga ibu ckp... pastu lps solat maghrib ibu ckp dgn papa nak bw aqil pg clinic coz nampak mcm ada kahak kat dlm tekak aqil x baik2 lg.
habis jer ambik ubat papa tanya pagi esok nak breakfast apa.. jom pg beli roti kat kedai kek pastu ibu ckp la beli kek sekali papa mcm blur2 pastu ibu ckp today it's my birthday.. YA ALLAH(sambil tepuk dahi) papa ckp la "sory YANG abg lupa.. kenapa x ingat kan abg...SAYANG kan tau abg selalu lupa bab tarikh ni...,biaser SAYANG ingatkan abgkan... PAPA terus cium ibu kat dpn clinic tu so papa terus ajak ibu makan, ibu ckp ibu dah kenyang why not esok kita celebrate...

Thursday, October 29, 2009

TIP MINUM SUSU

Dengar aqil nak bg tau... ye...

Pastikan anak minum air kosong (air suam/air masak)..

setiap kali selepas minum susu botol..(kalau susu badan tak payah)..

ini untuk mengelak karies gigi..

AQIL: aqil minum susu ibu so, aqil x yah minum air suam la kan.. (mcm dalam iklan tu air suam x sedap air oren boleh....)
IBU: aqil kena minum juga..at least kena cuci mulut tu

CHECKLIST FOR BABY

BABY CHECKLIST
Teringat dulu masa ibu pregnant kehulu-kehilir ibu bawa checklist... yer la excited nak jadi ibu katakan... saja ibu listdown bila dpt adik utk aqil senang searh jer kat sini nanti senangkan..

So here is the check list :
ClothingBaju Lengan Pendek - 4
Baju Lengan Panjang - 4
Seluar Pendek - 2
Seluar Panjang - 6
Baju Jalan - 2
Barut - 10
Handkerchief - 4
Romper - 3
Mittens & Booties - 6
Socks - 2
Hat - 1
Bibs - 1
Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2
Feeding Breast Pump ISIS* - 1
Termos* - 1
Feeding Bottle 2 oz - 2
Teats (S) - 2
Bottle and Teat Brush - 1
Sterilizer* - 1Bottle Warmer* - 1
Nursery Baby Cot & Mattress* - 1
Baby Pillow & Bolster - 1
Baby Pillow & Bolster Case - 1
Mosquito Net - 1
Receiving Blanket - 1
Blanket - 1
Nursing Pillow* - 1
Bathing Bath Tub - 1
Toiletries (Travel Pack)- 1
pHooded towel - 1
Towel - 2Cotton Balls - 1p
Cotton Buds - 3p
Baby Comb/Brush - 1
Baby Manicure Set - 1
Nasal Aspirator - 1
Diapering Changing Mat - 1
Baby Wipes (Pureen) - 2p
Disposable Diaper (Newborn) - 1p
Napkins - 2p
Nappy Liner - 1
Diaper Rash Cream - 1
Safety Pin - 1
Traveling Stroller* - 1
Infant Carrier* - 1
Travel Bag - 1
Baby Sling* - 1
Secure Sleeper* - 1
OthersNappy Kleen - 1
Bakul Baju Baby* - 1
Minyak Telon - 1
Gripe Water - 1
Album* - 1
Toy* - 1
Ibu Care Socks - 2
Nursing Bra - 4
Nursing Pad (Washable) - 2
Nursing Pad (Disposible)- 1p
Maternity Pad (Pureen) - 2p
Disposable Panty - 3p
Nipple Cream - 1* Beli kemudian

Bila nak dpt baby girl yer...berangan la pulak ibu ni...papa buat kerja ke tak...sebab tu x dpt..he..he.. jgn marah pa

Mengandung??????

Mengandung...kuang..kuang...
...?????...
Nak bg adik utk Aqil ke... confius...
just ambik tip-tip mana tau kot Lekat lg tp......... ha panjang tp tu yg tahu faham-faham jer lah..

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia.

Antaranya:1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2.Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Amin

RE: Untuk panduan semua kaum ibu or bakal ibu

AQIL-8 MONTHS

23/10/2009 genap umur aqil 8 bln, kira hari ni 8 month 1 week la..
Apa yang aqil dah pandai ekkk... tunggu jap ibu fikir...

*AQIL dah pandai sebut tata..lala...ma.ma..ma..
*AQIL dah pandai suruh dukung...dah pandai suruh bawa keluar.. toilet pun ikut
*AQIL dah tumbuh 2 batang gigi..
*AQIL dah pandai duduk dgn baik..
*AQIL dah pandai dengar ibu baca buku
*AQIL dah pandai bertatih..memanjat...
*AQIL suka jilat brand x kira kat tepi kain, towel baju & mcm
*AQIL dah pandai cium tgn ibu, papa, (omah,oyah-pengasuh)..
*AQIL dah pandai tgk tv...
*AQIL dah pandai senyum simpul...senyum nakal..
*AQIL dah pandai buat muka..terutama muka busyuk..

*AQIL dah pandai merajuk...siapa marah dia siaplah org tu dia xkan dkt
*AQIL dah cam muka org & suara org
Dan macam-macam lagi lah...



UBAT BATUK,SELSEMA X SESUAI UTK KANAK2 BAWAH 2 TAHUN

Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau berkata amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," kata Eisah.Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.

BENTUK TABIAT TIDUR YG BAIK

(A) Lakukan aktiviti ketika siang hari.
Apabila bayi jaga, lakukan aktiviti menyanyi, bermain atau bercakap-cakap dengannya. Biasakan dirinya dengan kebisingan rumah yang normal misalnya bunyi orang memasak, bunyi televisyen atau bunyi penyedut hampagas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

(b) Pantau tidur siang anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

(c) Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, belai, menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti itu dengan tidur.

(d) Tidurkan dia ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ia boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya tidak bersepah dengan anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa anda sedar.

(e) Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.
(f) Pertimbangkan untuk memberikannya puting.
Jika bayi anda sukar untuk tidur, puting mungkin boleh membantu. Malah, puting pada waktu tidur mengurangkan risiko sudden infant death syndrome (SIDS). Bagaimanapun, jika bayi menggunakan puting untuk membantunya tidur, dia mungkin akan menangis di tengah malam apabila puting terjatuh.Tip: Senang citer jgn bglah x elok.

(g) Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahaya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.

Tips Penjagaan Gigi Anak

Tips Untuk Memberus Gigi Baby:
-sebaik ada gigi..guna lampin atau kain lembut untuk gosok gusi dan gigi anak
-bila besar skit (kira dah pandai pegang tu)..mula ajar gunakan berus gigi untuk bayi..caranya ialah biar dia tengok kita berus gigi dan masa mandi tu bagi dia pegang dan main berus gigi (confirm diorang akan masukkan dalam mulut)
-kalau gunakan ubat gigi..pastikan yang untuk bayi dan pastikan anak kumur selepas tu
-pastikan anak minum air masak selepas menyusu susu formula kerana susu akan sebabkan karies
Selamat Mencuba...

BAYI & BAHASA

Perkembangan Penguasaan Bahasa
0 Bulan
Biasanya menangis
1 Bulan
Menghasilkan bunyi berlainan ketika lapar atau sakit.
1 – 2 Bulan
Menghasilkan vokal seperti ‘ah’
2 – 4 Bulan
Berupaya menghala ke sumber bunyi manusia.
4 – 6 Bulan
Menghasilkan bunyi seperi ma, da.
6 – 9 Bulan
Berupaya mengabungkan bunyi yang sama dan mengulangnya seperti mama..mama...papa..papa..baba..baba..
9 - 10 Bulan
Gemar meniru bunyi orang lain.
11 -15 Bulan
Berupaya meniru suku kata yang senang.
12 Bulan
Berupaya menyebut dua perkataan berlainan.
13 – 18 Bulan
Berupaya menyebut tiga perkataan berlainan.
17 – 24 Bulan
Berupaya menamakan objek biasa yang terdapat dalam gambar.
18 -21 Bulan
Berupaya mengabungkan perkataan-perkataan mudah menjadi frasa.
23 -24 Bulan
Berupaya menggunakanfrasa atau ayat-ayat yang mudah

Wednesday, October 28, 2009

Nasihat Utk Para Ibu

CARA2 MERANGSANG HUBUNGAN SELAMA MENYUSUKAN BAYI

Papa jangan bimbang.Anda tidak dipinggirkan w/pun ibu ada bayi baru.Pastikan papa dan ibu bersama-sama berbincang utk mendapatkan suasana bilik tidur yang lebih segar, bebas stress dan releks..

1. IBU kenalah ingat papa selalu..bukan pada baby sahaja
2.Papa pun janganlah biarkan ibu jaga anak seorg diri, tolonglah ibu
3.Ketika ibu bersama baby,papa kenalah turut serta.Tolonglah urut bahu ibu.Barulah papa tidak rasa terpinggir
4. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sblm tidur utk saling bertukar2 cerita.
5. Setelah ada anak, ibu dan papa kena byk bertenang, barulah hati rasa senang.
6. Kalau rasa tidak selesa dgn keadaan sekarang beritahulah pasangan agar dia tahu dan sama2 dapat mencari penyelesaian
7. Papa,ajaklah ibu dating macam masa baru berkahwin dulu.
8. Papa tolonglah ibu buat kerja rumah,barulah ibu ada masa utk papa
9. Payudara ibu menyusukan anak selalunye membengkak jadi berhati-hati kalau papa nak dekat dgn ibu.takut tersentuh.kesian ibu sakit kalau blh Tanya dahulu
10. Papa dan ibu jangan lupa luangkan masa utk bersama.ingat kualiti lebih baik dari kuantiti
11. Papa dan ibu mandilah bersama
12. Papa kena rajin memuji ibu kerana ibu yg menyusukan baby selalu rasa mereka busuk dan x cantik
13. Kalau nak lg romantic berilah ibu hadiah
14. Ibu pulak berilah kad ucapan kepada papa.tuliskan kata-kata romantic. Papa mesti terharu.
15. Apa kata kalau ibu & papa lakukan perkara2 baru dalam hidup.Barulah x rasa bosan
16. Sekali-sekala,papa kenalah urut ibu.mesti ibu,mesti ibu bertambah saying, lebih-lebih lagi selepas ibu penat melayan kerenah baby baru
17. Ibu kenalah cium papa selalu.papa pun kena buat macam tu kat ibu,barulah mesra
18. Lagi satu jgn lupa ucap I LOVE YOU
19. IBU pulak berhiaslah selalu,barulah sedap mata papa memandang
20. Tapi jangan lupa pakai minyak wangi
21. Kalau dah cantik2 tu tunggu apa lagi ambilah gambar bersama mesti meletop
22. Kalau ibu dan papa berjalan-jalan jangan lupa berpegang tangan w/pun si kecil ada
23. Jika papa sakit ibu mesti jaga papa dan beri papa makan ubat,jangan asyik tumpukan perhatian pada baby jer
24. Ibu dgn papa kena saling ucapkan terima kasih segala yg telah papa dan ibu lakukan
25. Jika berkesempatan sembahyanglah bersama-sama
26. Kalau papa dan ibu ingin bersama jgn tergopoh gapah
27. Ibu pula gunakan pad payudara semasa bersama krn oxytoxin akan menyebabkan susu memancut
28. Utk pengetahuan papa ibu yg menyusukan bayi mungkin kekurangan kelembapan pada vagina jadi sediakan pelembap
29. Cubalah pelbagai posisi ketika bersama, baru ada kelainan
30. Jgn tunggu sehingga lewat malam utk bersama sebab nanti masing2 akan penat
31. Kepad ibu beritahulah papa bagaimana utk merangsang ibu
32. Ibu pula gunakan jari-jemari utk membelai tubuh papa
33. Ibu jangan fikir papa tau apa yang perlu dilakukan,jd bagitaulah papa…
34. Perlu diingat bahawa hubungan suami isteri bkn hanya sekitar antara pusat dan lutut ttp keseluruhan tubuh
35. Malapkan lampu utk lebih romantic
36. Jika papa ingin tau ibu inginkan belaian tetapi malu utk bersuara… so bgtau keinginan anda…

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Asal usul kejadian manusia..
Video ni ibu ambik dr you tube,tu pun spls ibu tgk dari blog untie ujie (Thanks Ujie).

CORETAN HATI SEORANG IBU
Bila ibu tgk video ni terasa baru semlm aqil ada kat dlm perut ni.. x dpt ibu nak gambarkan saat ibu di sahkan hamil betapa bersyukurnya ibu kepada Allah kerana telah memakbulkan doa ibu selama ini..

Masih teringat saat kali pertama aqil menendang perut ibu, saat itu hanya airmata menjadi ukuran betapa takjubnya ibu pada kebesaran yg maha kuasa bagaimana terjadinya kamu hingga dapat melihat dunia...

Ibu harap aqil menghargai kami berdua sebagaimana kami menatang kamu bagai minyak yg penuh..Doakan kami jika kami sudah tiada lg di dunia ini nanti... kerana hanya doa dari anak yg soleh akan sampai kesana..

DR IBU MU...

Tuesday, October 27, 2009

MASAKAN PAPA..EMMMM DELICIOUS YUMMI..YUMMI

kailan ikan masin
TEMPE
SARDIN
Smlm papa masak sardin, sayur kailan & tempe.Dah lama papa x masak tp disebabkan aqil krg sihat papa decide dia yg masak. Aqil ni kalau x sihat dia asyik nak berkepit jer dgn ibu so papa suggest biar dia jer yg masak, thanks pa coz tlg ibu...

Teringat masa mula2 kahwin dulu ibu just pandai masak nasi je..papa yg ajar ibu masak..masak asam, gulai lemak udang.. sup ikan mcm2 lglah.. semua tu papa yg masak..ibu byk mintak nasihat dr papa dulu... tp skrg bila ibu dah terror masak skit papa dah x masak lg... tp kalau papa masak selalu bagus jugakkan... tukar selera..he..he..he..

Wednesday, October 21, 2009

LUMBA LARI

Video ni diambil sempena lumba lari papa dgn aqil... papa ni bagilah aqil menang asyik dia jer yg menang... kesian si kecik tu terkikik-kikik lari nak kejar papa..
video

KUDA











KUDA...KUDA..

GIGI











hi asyik tayang gigi jer

Thursday, October 8, 2009

BERDIRI 8/10/2009

video

ni kat rumah pengasuh-kak fatin yg ambik video ni tp terbalik la pulak video ni..

AKSI LEPAS DEMAM

steady jer tp xnak senyum
senyum la ckit

panjat la nanti jatuh.
Bila demam dah baik sikit tgk la gelagatnyer... ibu surprise bila ibu balik pengasuh aqil ckp aqil dah blh berdiri..diarg siap ambik video lagi..

Wednesday, October 7, 2009

DEMAM





Anak ibu demam,kali ni teruk betul demam ibu tnye mak tuk ckp demam nak jln.. dah 3hari(6,7& 8hb) ibu x tidur lena..
Badan aqil panas betul sampai ibu terpaksa ambik cuti 7hb x sanggup tinggal kat pengasuh takut jd apa-apa nanti...coz demam x baik jugak ibu pg clinik gov. buat blood test dr ckp normal virus infection not serious.
lega ibu dgr..hope lps ni x demam lg
tgklah photo ni x ceria langsung..

Saturday, October 3, 2009

with acik yus & izrie

ramainyer anak k.yus
aqil nak tarik rambut hanissa
aqil nak belasah izri ke..
tgk la muka aqil ni semacam jer



untie watie


bestnyer aqil dpt duk atas acik watie ni...empuk..
gambar ni pun x clear sgt...

EID2009-UNTIE AYA

hanissa dah garu epala ngantuk agaknya ni yg dia fikir..''bilala diorgnak balik aku dah ngantuk giler ni"
saperla kat sebelah ni
org suruh tgk camera masing2 pandang satu sama lain..
hanisa nangis xnak dipegang dah ngantuk agaknyer
Minggu lepas pg rumah untia aya buat open house..dia masak nasi hujan panas best sgt ibu tambah 2x.sambil tu sempatla ambik gambar aqil dgn hanissa tp x berapa clear la gambar tu mai kita tgk aksi diorg ni kelakar betui..