Sayangi Diri Kita
Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia. 1 dalam 19 wanita adalah berisiko; 100 kali ganda lebih berbanding dengan lelaki.
Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
Wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.
Wednesday, May 26, 2010
PENCEGAHAN KPD MASALAH BENGKAK SUSU
Dah 2 hari P.D ibu sakit,bdn pun mcm dah demam, pg check kat clinic dr ckp bengkak susu(mastitis),hr ni pulak cam ada nanah. dr dah bg surat suruh pg buat surgery kat SMC(SELANGOR MEDICAL CTR) tapi ibu xnak ibu nak try tradisional dulu.
hari ni ibu still kerja lg sambil2 ibu surf internet ni tgk2 kut ada cr lain..
*******************************************************************here u go....
PENCEGAHAN BENGKAK SUSU
Selain daripada masalah kurang susu, masalah bengkak susu juga selalu menjadi penyebab ibu berputus asa dalam penyusuan. Ini kerana kesakitan yang dialami akibat daripada bengkak susu tadi boleh menyebabkan ibu trauma. Oleh itu, amat penting bagi ibu untuk tahu dan ambil tahu bagaimana cara untuk mengelak berlakunya bengkak susu ini.
Bengkak susu ini berlaku apabila susu peralihan telah mengambil tempat di dalam payudara yang mana keadaan ini selalunya ibu-ibu akan kata susu sudah datang atau susu sudah ada.
Mengapa berlakunya bengkak susu?
Ianya berlaku kerana pengurusan penyusuan susu ibu yang tidak di urus dengan baik. Antara contoh pengurusan penyusuan yang kurang berkesan adalah termasuk kurangnya penyusuan secara terus bayi ke payudara ibu, pengosongan payudara yang tidak sepenuhnya, pelekapan yang tidak betul, pemberian puting kosong/air masak/susu formula dan sebagainya.
Bagaimana mencegah?
Perlu diingatkan bahawa penyusuan yang melebihi 8 kali/hari adalah diperlukan dan tempoh sesuatu penyusuan jangan terlalu singkat. Mengapa tidak boleh terlalu singkat? Ini kerana susu ibu mempunyai 2 kategori. Susu Awal dan juga susu akhir. Susu Awal mempunyai lebih air dan cair, manakala susu akhir mempunyai lemak dan khasiat-khasiat yang diperlukan dalam tumbesaran bayi.
Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi dan juga mengikut kehendak ibu juga. Maksud saya ialah lihat pada isyarat yang bayi telah beri. Jangan tunggu bayi sudah menangis baru mahu diberi susu. Sudah tentu huru hara keadaaan pada ketika itu. Nanti ibu dan bayi sama-sama tertekan. Penyudahnya susu tidak keluar walaupun payudara sudah bengkak. Juga jika payudara ibu masih terasa penuh walaupun sudah menyusu cuba memerah susu badan anda supaya tiada yang tertinggal di dalam payudara dan payudara terasa kosong dan ringan.
Jika bayi anda tidur dan sudah tiba waktu untuk menyusu, contohnya 2 jam yang lepas bayi sudah menyusu dan masih tidur selepas 2 jam, kejutkanlah bayi anda untuk sesi penyusuan yang seterusnya. Jangan pula anda biar bayi anda tidur dan tidak menyusukan bayi hanya kerana kasihan untuk mengejutkan bayi anda daripada tidur.
Hanya susu ibu
Pastikan tiada gangguan dalam penyusuan susu ibu. Ini termasuklah lebih mengutamakan pam susu (breastpump) daripada bayi. Sehebat mana dan semahal mana pun pam susu anda, ianya masih belum dapat menandingi keberkesanan hisapan bayi anda. Senang cerita kehebatan pam masih jauh ketinggalan berbanding hisapan bayi. Jadi pastikan anda susukan bayi anda dengan sekerap yang mungkin. Jika bayi sudah tidak mahu meneruskan penyusuan, baru perah untuk pengosongan payudara tadi.
Pemberian air masak, puting kosong dan susu formula juga merupakan gangguan yang terbesar dalam penyusuan susu ibu. Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa berlakunya bengkak susu dan juga akan menyebabkan pengeluaran susu anda mula terganggu dan menjadi kurang. Perlu ingat, perut bayi sangat kecil. Bayi baru lahir tidak perlu 2 oz atau lebih teruk lagi jika diberi 4 oz pada setiap sesi penyusuan. Bayi baru lahir perut mereka hanya sebesar kacang hazel. Mana mungkin akan dapat mengisi 2 oz tersebut. Keperluan baby akan meningkat seiring dengan tumbesarannya.
Susukanlah bayi anda dengan SUSU IBU SAHAJA.
Jika pengurusan penyusuan ini (breastfeeding management) dapat dilakukan dengan baik, insyaAllah, tidak akan terjadi bengkak susu yang menyebabkan anda trauma. Pengurusan penyusuan yang tidak cekap pula akan menyebabkan masalah lain seperti demam, mastitis dan sebagainya.