Menjadi tetamu Allah adalah satu harapan bagi umat islam termasuk ibu, cuma belum terpanggil utk ke sana insyaallah suatu hari nanti ibu akan menjadi tetamunya.
Balik kampung baru-baru ni mak ibu cakap dia nak pergi buat umrah bulan 11 tahun depan.Syukur ke hadrat ilahi tertunai hajat mak nak ke sana walaupun untuk menunaikan umrah at least dapat menjadi tetamu Allah akhirnya.Ayah pun akan turut serta.Hati ibu pun terdetik alangkah baiknya kalau ibu dapat mengikuti rombongan tersebut.
Sepatutnya pada tahun ni mereka pergi tapi atas sebab2 yg x dpt dielakkan rombongan tersebut terpaksa di tunda ke tahun hadapan.mungkin dah menjadi rezeki utk ibu bersama-sama dgn diaorg.
Insyaallah dalam perancangan kalau ada rezeki dapatlah ibu menjejakkan kaki di bumi anbiya'.
Kalau di ikutkan utk mengerjakan umrah ibu kena ambik cuti selama 2 minggu, nak kena fikirkan baby & aqil sekali,maybe ibu pergi seorg tanpa di temani papa insyaallah.Lagipun segala hutang piutang semasa belajar dulu telahpun ibu lunaskan.
Ya Allah aku bermohon agar apa yang dirancang ini menjadi kenyataan & permudahkanlah urusanku.AMIN...