Tuesday, May 17, 2011

Luahan hati seorg isteri...

ibu nak luahkan apa yg terpendam kat hati ibu ni, walaupun nanti ada org cakap ibu ni bukan menantu tapi hantu ibu x kisah, sbb ibu yg mengalaminya,org xkan tahu apa yg ibu rasa.Alkisahnya lastweek papa col ibu katanya nak bawa mak dia (mak mertua ibu) pergi klinik kat terengganu.Ibu dah tahu pasal ni sbb tiap2 minggu mak papa asyik col papa nak ajak pergi ke klinik kat terengganu tu.Ibu pun heran macamlah kat perak & kuala lumpur ni dah xder klinik, klinik yg kat terengganu jugak dia nak pergi.Ibu dah semacam sbb memikirkan penat tambah tgh pregnant ni.


Ke betulan baby sitter aqil mintak cuti hari jumaat, papa suruh ibu ambik cuti jugak hari tu.hari isnin pun ibu terpaksa cancel appoinment dgn doktor gara2 nak bawa mak papa ke terengganu.Papa pulak terpaksa ambik cuti 4 hari (jumaat,sabtu,isnin & selasa).Malam jumaat tu terus bergerak ke taiping utk ambik mak mertua kat kampung, kira2 kol 12 lbh sampai taiping, badan pun dah penat mana taknya duk meriba aqil jer sepanjang perjalanan tu. esoknya terus sambung perjalanan ke terengganu melalui grik(kelantan),tuhan jer tahu betapa penatnya badan ibu,letih semalam x hilang lagi hari ni dah sambung perjalanan lagi.Dalam pukul 5 lebih sampai rumah ibu di setiu.Badanpun dah rasa sengal2bayangkan sepanjang perjalanan asyik meriba aqil jer mana x penatkan.


Esoknya terus bawa mak mertua(Mother in law aka MIL) ibu ke klinik kat kuala terengganu.sepanjang perjalanan pergi dgn balik tu ibu tgk papa bawa kereta pun dah ke kiri & kanan sbb penat & mengantuk, ibu pun dah x kuasa sbb kepenatan sangat kalau x pregnant xpe ni tgh berbadan dua kepenatan tu mmg terasa.Kejap kereta papa masuk line kanan kejap kiri, mata pun dah x blh buka, ibu dalam hati tawakal jerlah kalau accident pun nak buat macamanakan.Lepas pergi klinik bawa mak mertua ibu beli keropok utk jiran tetangga dia, lps tu terus balik ke kerumah,ibu sepanjang perjalanan

tu tidur jer kerjanya,tu jer ubat utk hilangkan penat.Hari ahad tu x pergi mana2 sbb mmg balik ni semata2 nak pergi klinik jer kan.


Hari isnin lepas zohor nak bertolak balik, papa cakap nak balik ikut grik sbb nak hantar MIL balik dulu, ibu cakap ibu dah penat bayangkan dari klang-perak-kelantan-terenggau so sekarang nak kena redah sekali lagi memang ibu x sanggup.penat semalam x hilang lagi ni. ibu cakap hantar ibu ke Klang dulu pastu baru papa balik hantar mak dia sorang keesokkanya.ibu dah masam mencuka..Papa cakap kalau terus ke KL nanti kena tol & duit minyak pun dah habis banyak pastu dia drive sorg2 mesti mengantuk,ibu cakap suka hatilah org dah penat.Tapi last2 sbb kesiankan papa terpaksalah ibu mengalah kena balik ikut jalan yg sama terengganu-kelantan-perak-klang.


sblm makan tengahari papa dah cakap kat mak dia lepas zohor bertolak ke perak,ingatkan my MIL dgr apa yg papa ckp tapi x tahulah kut2 lupa.Ibu pun terus pack barang2.On the way ke perak tu ibu & aqil just tidur jer papa drive sorang2, ibu kesian tgk papa mata pun x blh bukak sbb mengantuk,kekadang ibu perasan kereta kejap kiri kejap kanan, ibu pun x blh buat apa, badan ibu pun dah sakit2.Sorry yer papa ibu x blh nak tolong..


Berhenti kejap kat kawasan rehat kat grik utk solat MY MIL cakap ubat dia tertinggal kat kampung, ibu tgk muka papa dah bengang ibu dalam hati xkan nak pusing balik dah jauh gila ni, pastu dgr la papa membebel ''ishh mak ni dah la ubat tu mahal,boleh pulak dia pergi lupa nak ambik'' ibu dalam hati mau papa x bengang sbb bukannya murah ubat tu rm200lbh papa yang bayar mestilah dia terasakan.Lagipun datang jauh-jaun ni pun semata2 nak pergi klinik.Pastu ibu dgr MY MIL ibu cakap, dia kata papa x bagitahu dia nak balik lepas zohor padahal ibu dengar papa bgtahu sblm zohor nak bertolak tadi, bukan papa jer bgtahu dia,mak ibu pun ada bgtahu. Tapi yang peliknya keropok dgn baju yg baru dibeli kat trg tu xder pulak tertinggal boleh pulak ubat yg penting tu dia lupa.Bengang kejap ibu di buatnya.


Bukan tu sahaja, lepas jer sembahyang mak mertua ibu datang mengadu katanya handphone dia hilang dia x tahu mana letak.Ibu rasa ni dah kali keberapa HP dia papa tolong belikan, kalau papa beli kali ni kali ke 3 la kot.walaupun hp yg biasa jer papa beli tapi kalau dah 2-3kali mesti dah blh beli blackberry kan.


Kadang-kadang ibu rasa diaorg sajer gunakan papa, mentang2 papa ikut/tunaikan hajat diaorg.Suka-suka jer mengadu mcm2,mcmlah papa ni kaya sgt...Papa pun x pernah belikan ibu HP huk..huk..huk..

Ibu malas nak campur biarlah..lepas jer sembahyang terus bertolak aqil ibu tgk dah lain mcm duduk pun x senang kadang2 dia tendang perut ibu aduhh sakitnya tuhan sajer yg tahu.Masa tu dah masuk jam 6 ptg tetiba jer aqil muntah habis kena baju ibu,muka dia dah pucat gila kesian anak ibu terpaksa tanggung semua ni.behenti kejap salin baju kat tepi jln dgn keadaan berkemban rasa ralat pun ada balik kali ni.Sampai perak dah pukul 9lbh,badan dah kepenatan dalam kepala ibu just nak tidur jer sbb esok nak balik KL pulak.Malam tu pulak x blh nak tidur sampai pagi sbb aqil meragam jer maybe sbb kepenatan.


Dalam hati ibu sorrylah next time kalau nak pergi lagi klinik kat terengganu papa bawalah sorg2 or senang cerita cari jer klinik yg berlambak kat sini, x kuasa dah ibu..sakit habis badan2 ni..




p/s: Tu pun ada lagi saudara jauh papa cakap ibu buat nasi kangkang kat papa alasanya papa dah jarang pergi rumah dia, dia x tahu sbb sebenar papa x pergi sbb x suka mulut dia yg pot pet2 tu.Geram ibu dgn manusia2 yg percaya dgn benda2 kurafat ni. kalau betul ibu buat xder nya papa susahkan diri macam ni.

Sekarang ni pun badan ibu still sakit2 lagi...