Friday, June 18, 2010

IBU mana x Marah..


ibu nak story sikit ni pasal malam td ibu marah kat aqil(marah-marah sayang)..yerlah ibu dahlah penat, mengantuk pulak tu hati mana x geram masa tu dah lah kol 12 lebih ...aqil pulak buat hal xnak tidur puas ibu ckp tidurlah sayang...dia nak main jer siap pusing2 kat bilik tu..

Papa... mcm biasalah letak jer kepala terus jer tidur..terpaksalah ibu melayan kerenah sikecik ni..nak marah kesian coz budak lagi..kalau marah pun bknya dia tahu menangis lagi ada..


Last skali ibu x tahu nak buat mcmna ibu ambik selimut tutup kaki ibu sampai kepala pastu ibu diam jer(kalau x tutup muka dia dtg dia lempang kita) so pandai pulak dia dtg terus baring kat sebelah...mcm biasalah goyang2 badan ibu mintak susu pastu lena..


Fuuuuuuuuuhhhh LEGA baru lah blh tidur dgn aman...(cayang anak ibu) pastu sblm tidur ibu ciumlah dahi aqil sambil tu ibu ckp ibu mintak maaf,ibu bkn sengaja nak marah aqil tapi ibu marah bersebab...

Adik utk aqil-ibu berangan

mcm ni la kut anak ibu version perempuan..

Ibu skrg ni planing nak dpt baby gurl mintak2 lah dimakbulkan Allah so ibu try la cari info2 yg ke arah itu tapi bg yg nak dptkan baby boy pun ada ibu selitkan sikit info kat situ..
p/s: utk aqil sorry ibu use ur blog to story 18XX but it's ok bila aqil dah pandai buka blog ni nanti masa tu aqil dah besar ibu pun xyah story panjang2 mcmana u lahir kat dunia nikan...
SO JOM KITA LAYANNNN...


Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.makan makanan yg kaya dgn lemak dan makanan yg diperbuat dgn susu, bykan makan daging/ayam.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.


MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

Waktu tidur boleh dikeetahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur


ii. Untuk dapatkan anak perempuan,Persetubuhan hendaklah dilakukan 24jam sebelum waktu subur


Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.
i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.



ii. Untuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.


TAHAP KEPUASAN ISTERI
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:


i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.
Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.


Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha..

ok. ni nak tambah skit.ni petua orang tua2 dulu utk dptkan anak perempuan. tapi still boleh pakai kata Dr pakar puan masa live kat TV3,program ape tak ingat dah sebab dia kata, orang tua ni bercakap dari pengalaman dan mungkin ianya betul walaupun tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.-


1. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum



3-madu lebah utk energy dan kesihatan dalaman


4-minum susu & mkn buah badam,minumsup ayam dan makanan berempah


5-suami minuman halia(utk kepekatan air mani) banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan


6-Berdoa dgn niat utk dptkan anak perempuan


7-Bersama suami pd waktu subur isteri antara hari 11 hingga ke 19 dari kiraan hr pertama dtg haid(kalau lelaki hr 21 hingga hr 28)slps bersama amalkan tidur berpaling kearah kiri kalau anak lelaki sebelah kanan.

SEMASA MENGANDUNG


AMALKAN SURAH YUSUF(UTK KUATKAN BDN BAYI) & MARYAM(UTK PEMBENTUKAN MINDA) LEBIHKAN/KERAPKAN SURAH MARYAM(ANK PEREMPUAN) YUSUF(LELAKI)


URUT KANDUNGAN DAN BERCKP DGN BAYI SAMBIL MEMANGGIL DGN NAMA MARYAM/SITI AISYAH KALAU LELAKI MUHAMAD/AHMAD/AMIN


p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulatUntuk dapat anak perempuan

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.


YAHABBU LIMAN YASHAK U INASA.

Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”


WAYAHABBU LIMAN YASHAK UZUKKUR

Maksudnya: ''Dia(Allah) mengurniakan anak-anak lelaki kpd sesiapa sahaja yang dikenhendakinya.

Bagi pihak isteri pula, sentiasalah berdoa di dalam hati, agar ALLAH mengurniakan anak perempuan . Doa juga supaya ALLAH mengurniakan anak yang solehah yang akan membahagiakan anda dunia dan akhirat.
Sekian, semoga hajat kita semua diperkenankan oleh ALLAH Ta’ala. Aminn.



tapi yg ibu WORRIED is mcmana aqil dpt adik kalau ibu & papa x ehem..ehem... pening..pening..