Tuesday, November 30, 2010

Kepala Besar Slp Tukar Susu



SUSU-GAMBAR HIASAN
Pagi tadi ibu baca paper kosmo pasal tukar susu.Takutnya bila jadi macam ni. Ibu dia cakap lepas dia tukar susu terus kepala baby ni jadi besar.tapi dia x sebut la susu brand apa cuma dulu dia bagi anak dia susu mahal pastu bila kewangan x cukup dia cuba tukar ke susu yg murah pastu bila anak dia minum susu tu terus kepala anak dia jadi besar, dia pun terkejut sbb sblm ni anaknya xder penyakit apa pun doktor cakap sbb susu juga ngerikan sbg ibu mesti sedih bila jd kat anak kita mcm ni.
Masa balik kg hari tu ibu ada g jumpa org yg blh buat budak putus susu ibu try la letak, aqil masa mula nak hisap tu dia rasa pahit dia cakap eee..eee...muncung2 mulut tunjuk xnak...pastu bila rasa pahit tu hilang dia hisap jugak..sekarang ni ibu dah campur susu, aqil minum susu enfagrow A+...ibu try search pasal susu ni takut la jadi mcm baby kat atas ni...

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Mead Johnson Nutritionals memberi jaminan kepada para pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei bahawa syarikat itu tidak menggunakan tenusu atau protein yang mengandungi ramuan mentah dari China di tapak kilangnya. Katanya ujian yang dijalankan ke atas produknya menunjukkan tiada kesan pencemaran melamin. “Mead Johnson menjamin kepada para ibu bapa bahawa produk kami terus selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mead Johnson berkata ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan kelulusan dengan menerbitkan satu senarai yang memaparkan 25 produk sebagai selamat bagi penggunaan. Produk itu termasuk Enfalac A+, Enfagrow A+Vanilla, Sustagen Junior Honey dan Enfalac LF. Mead Johnson berkata ia mengeluarkan berjuta-juta tin dan kotak produk setiap tahun menggunakan standard kualiti tertinggi. “Produk kami tertakluk kepada pelbagai pemeriksaan kawalan mutu semasa dan selepas pengeluaran bagi memastikan kualiti dan keselamatan,” katanya. — BERNAMA
Kandungan enfalac
http://www.mims.com.my/Page.aspx?menuid=mng&Name=Enfalac+A%2b+AR+powd
tidak tercemar
http://www.sapp.org.my/misc/news/safe_dairy.htm
Enfalac Halal
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=239&a=U

THANKS A LOT TO UNTIE UJIE


BLOG IBU hilang sekelip mata...
Kalau untie uji baca la blog ibu ni ibu nak ucap banyak2 terima kasih sbb dapatkan balik blog ibu yg hilang gara-gara salah tekan entah apa-apa entah..maklumlah baru belajar berblog..
Lastweek mmg pening la fikrkan macamana nak dapatkan balik gambar2 yg hilang tu, sampai papa cakap sudah2lah dah nak hilang nak buat macam manakan..tapi ibu x puashati mesti ada cara nak dapatkan balik semua tu..takkan boleh hilang mcm tu jer... mana nak flashback balik cerita cerita yg dah ibu karang..mana nak dapatkan balik gambar-gambar tu semua masa xkan berputar ke belakangkan...fikir punya fikir ibu teringat kat untie uji..so mintak tolong dia dapatkan balik blog ni nasib baik ada back to normal tapi ibu just kn update apa yg patut la..

Hampir nak menangis jugak la yerla ibu just harapkan blog ni jer kalau nak tgk memori bersama aqil kan...album dah lama x cuci sbb malas nak g kedai..so semua picture ada kat sini...harap lepas ni ibu x gatal tgn lagi sentuh benda2 yg ibu x tahu..he..he..

Thank a lot to untie ujie muaaaaah...muaaaaaaaah..

JANGAN MAKAN SARDIN


Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN

Teringat ibu papa mmg suka makan sardin, masa mula-mula kahwin dulu ibu pelik kalau tgk papa makan ikan sardin sbb kalau kat belah ibu sardin ni hanya di makan waktu banjir jer hari biasa jarang kami makan sardin.yerlah time banjir mana nak dapat stok ikan segar yg ada cuma dlm tinkan..

Ni ibu dapat Email dari kawan kawan ibu-untie aya


Assalamualaikum wbh
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah.

Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin.

Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin.

Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut.

Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya?

Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin?

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser).

Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin.

Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini.

Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.Setakat mana kebenaranyaWassalam wallahualam

POSING LAGI





Xder story apa nak cerita..so just snap-snap gambar ni utk kenang-kenangan, dah besar nanti entah mau entah tidak dia nak ambik gambar...sementara berkesempatan ni uplode banyak-banyak nak pergi cuci entah bila la pulak nasib baik ada blog alam maya ni so boleh la dibuat buku scrap as a memory..