Pagi tadi ibu baca paper kosmo pasal tukar susu.Takutnya bila jadi macam ni. Ibu dia cakap lepas dia tukar susu terus kepala baby ni jadi besar.tapi dia x sebut la susu brand apa cuma dulu dia bagi anak dia susu mahal pastu bila kewangan x cukup dia cuba tukar ke susu yg murah pastu bila anak dia minum susu tu terus kepala anak dia jadi besar, dia pun terkejut sbb sblm ni anaknya xder penyakit apa pun doktor cakap sbb susu juga ngerikan sbg ibu mesti sedih bila jd kat anak kita mcm ni.
Masa balik kg hari tu ibu ada g jumpa org yg blh buat budak putus susu ibu try la letak, aqil masa mula nak hisap tu dia rasa pahit dia cakap eee..eee...muncung2 mulut tunjuk xnak...pastu bila rasa pahit tu hilang dia hisap jugak..sekarang ni ibu dah campur susu, aqil minum susu enfagrow A+...ibu try search pasal susu ni takut la jadi mcm baby kat atas ni...
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Mead Johnson Nutritionals memberi jaminan kepada para pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei bahawa syarikat itu tidak menggunakan tenusu atau protein yang mengandungi ramuan mentah dari China di tapak kilangnya. Katanya ujian yang dijalankan ke atas produknya menunjukkan tiada kesan pencemaran melamin. “Mead Johnson menjamin kepada para ibu bapa bahawa produk kami terus selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mead Johnson berkata ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan kelulusan dengan menerbitkan satu senarai yang memaparkan 25 produk sebagai selamat bagi penggunaan. Produk itu termasuk Enfalac A+, Enfagrow A+Vanilla, Sustagen Junior Honey dan Enfalac LF. Mead Johnson berkata ia mengeluarkan berjuta-juta tin dan kotak produk setiap tahun menggunakan standard kualiti tertinggi. “Produk kami tertakluk kepada pelbagai pemeriksaan kawalan mutu semasa dan selepas pengeluaran bagi memastikan kualiti dan keselamatan,” katanya. — BERNAMA
Kandungan enfalac
http://www.mims.com.my/Page.aspx?menuid=mng&Name=Enfalac+A%2b+AR+powd
tidak tercemar
http://www.sapp.org.my/misc/news/safe_dairy.htm
Enfalac Halal
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=239&a=U
Kandungan enfalac
http://www.mims.com.my/Page.aspx?menuid=mng&Name=Enfalac+A%2b+AR+powd
tidak tercemar
http://www.sapp.org.my/misc/news/safe_dairy.htm
Enfalac Halal
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=239&a=U
No comments:
Post a Comment