Kauorg pernah dgr pasal saka tak? ibu pernah baca pasal saka, pastu tgk kat tv & pernah jd kat family kawan ibu.
Kenapa ibu cakap pasal saka?
kalau kauorg nak tahu masa adik ibu kahwin hari tu ada org dengkikan mama wife adik ibu ni, kononnya dia nak bagi kenduri ni x jadi kalau bahasa org kampung ''PECAH GULAI" tapi mmg jadi la sbb time kenduri tu mcm kelam kelibut sikit, akad nikah sepatutnya pukul 11 dianjak ke 12 pastu makan pukul 2 dianjak ke 3 lbh..masing2 muka dah cuak termasuk ibu, so alkisahnya masa mak andam tengah siapkan adik ipar ibu dia rasa mcm nak pitam, kuatnya penangan bomoh ni,
Lps 2-3hari mak andam ada tanya adik ipar ibu ada saper yg dengki ker,adik ibu mcm x sdp hati terus ajak mak ibu pergi jumpa ustaz ni. Masa tu ibu dah sampai KL diaorg pergi jumpa uztaz khairi kat tanah merah kelantan.Mak ibu pun ikut sekali tapi ayah x ikut.Ustaz khairi ni kalau nak tahu kepandaian dia mcm ustaz harun din la kalau nak jumpa kena ambik no. so mak ibu ambik no. kol 8.30 dpt no kol 3.30 baru dapat jumpa ustaz tu. so masa adik ibu masuk ustaz tu ckp ada org kg adik ipar ibu tu berkenan dgn mama dia so dia dengki & nak buat kenduri tu jd x jadi, so ustaz ni ada bgtahulah nama org tu.
habis bab adik ibu...
so berbalik dgn saka tadi..masa mak ibu masuk muka ustaz tu dah lain mcm dia cakap makcik ni rezeki banyak masuk tapi cepat keluar, duit makcik habis sbb dah banyak berubat sbb badan gatal2 (patutlah masa kat kg hari tu ibu ada tegur mak ibu kenapa badan dia makin teruk gatal2) pastu ustaz tu bgtahu ada 2 saka menumpang kat badan mak ibu, saka tu milik saudara ibu & tok wan ibu, mak ibu terkejut terus menangis & mintak ustaz tolong buangkan, yg peliknya dgn izin allah ustaz ni boleh tahu nama tok wan ibu pastu dia tanya mak ibu ada x nama anak rozalina(ibu dah risau takut dia sebut nama ibu linda) mak ibu cakap ada,pastu ustaz tu bgtahu bila makcik mati saka ni kata dia akan pergi menumpang kat anak makcik yg nama lina tu..
Ustaz ni ni cakap saka tu ada kat bilik mak ibu, pastu dia tanya mak ibu pakcik(ayah ibu) ada sakit pinggang & tengkuk ker sekarang? mak ibu cakap yer (ibu pun tahu ayah ibu sakit pinggan & tengkuk sbb masa kenduri adik ibu org ada buat gotong royong bersihkan rumah ayah x blh nak tolong sbb pinggang dia sakit) ustaz tu ckp ada saka duk bergantung kat tengkuk ayah. pastu mak ibu tanya dari mana dtgnya saka tu, ustaz tu cakap ada x kat sebelah rumah ibu org tua nama maryam tp org panggil mok yam dia dah mati, anak2 dia x ambik tahu pasal dia pastu mak ibu ckp ada, aha saka dialah yg tumpang kat badan ayah so ustaz tu cakap suruh ayah dtg kalau nak buang.Ustaz tu ada bagi air penawar suruh letak kat badan mak ibu, selang 2 hari gatal2 kat badan mak ibu dah beransur baik, rupa-rupanya saka tu dah makan sikit demi sikit badan mak ibu & skrg kulit mak ibu dah bertambah baik.
Lps 3 hari mak ibu dtg lagi jumpa ustaz tu & ayah ibu ikut sekali, masa ayah ibu jumpa ustaz tu, ustaz tu cakap nama ayah abg org panggil pok mat, rumah abg pakcik ni jauh kalau jln kaki tapi kalau pg dgn motor dekat, pastu ayah terkejut mana ustaz tahu ayah ibu tanya, pastu ustaz tu senyum dia ckp kat tapak rumah abg ayah ada benda tu.. alhamdullilah lps ustaz dah buang saka yg menumpang tu badan ayah ibu dah ok dah x sakit2 lagi..Tapi smlm ibu tel mak ibu dia ckp dia baru balik dr rumah ustaz tu sbb ustaz ada mintak bahan2 mcm limau purut & mcm2 lah utk buang saka kat badan mak ibu. Patutlah ibu tgk badan mak ibu makin teruk, pergi klinik kulit dr kata xder apa-ape pun pelikkan..rupanya ada benda lain duk menumpang..
takutkan dgr pasal saka ni..nauzubillah mintak dijauhkan..
Habis bab saka ni pasal ada saudara mak ibu yg dengki kat tgk family kitaorg bahagia..
Nak dijadikan cerita masa mak ibu berulang-alik dr trg ke kelantan berubat SAKA ni, adalah org kg ni yg selalu ayah ibu hantar balik kampung, kebetulan masa ayah ibu nak hantar dia balik kampung mak ibu ikut, anak saudara dia ni pandai tgk org mcm bomoh islam jugak la kat kelantan.
Bila sampai kat rumah saudara dia ni, mak ibu pun duduk la tunggu saudara dia ni keluar, bila keluar jer saudara dia ni tgk muka mak dia terus cakap '' aku benci mung'' ..aku benci mung'' sampai terduduk2 menggeletar badan sambil suara dia bertukar (mak ibu kenal suara tu,suara tu suara sedara mak ibu- ibu pun kenal dia x payah la ibu sebut nama dia)
lps jerdia habis berubat dia tanya mak ibu dpn rumah ibu ada x pokok belimbing, pokok tu makcik buat ampaian utk jemur kain, mak ibu angguk, ada org tanam brg kat bawah pokok tu dah 11tahun nak bagi makcik xder duit & family gaduh sesama sendiri.
pastu dia tanya mak ibu lagi ada tak kat bawah rumah tu makcik susun batu bata, pastu mak ibu cakap ada, dia ckp kat bawah rumah tu dia ada tanam juga tahun lps, bila mak ibu dgr org tu ckp air mata makibu terus jatuh bercucuran kenapa la ada manusia yg dengki dgn family kami, kenapa la diaorg ni x boleh tgk org lain hidup senang, ada jer yg dengki...pastu mak ibu ckp biar apa yg dia buat kat mak ibu pergi balik kat tuan empunya diri & mak ibu ckp nak suruh org tu dtg mintak maaf kat mak ibu..
Bila ibu dgr pasal ni, ibu rasa nak pergi jumpa org tu geram betul la kenapa la kau dengki sangat dgn family kami, mak kitaorg xder buat ape pun dgn kau knp kau benci sgt kat mak kami ni, dah la semua harta mak kitaorg kau dah ambik mak aku x ckp apa pun, tulah ALLAH dah cakap kau ambik harta anak yatim piatu hidup kau xkan bahagia, kau tgklah apa jadi dgn anak2 engkau semua dah x mcm manusia...kau ingat satu jer kat dunia ni kau blh buat mcm2 kau tunggu kat akhirat nanti tuhan akan balas...tapi ibu tgk kat dunia ni pun tuhan dah bayar cash kat family kau...IBU harap apa yg mak ibu dapat yg kau bagi tu akan pergi balik kat engkau...AMIN...
NOTE: Nasib baik la tuhan bagi petunjuk skrg kalau x sampai sudah x tahu benda ni semua..
ni ibu ada search sikit pasal SAKA ni..
APA ITU SAKA?
Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?*Berikut adalah salah satu persoalan yang saya jawab di internet.
Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?*Berikut adalah salah satu persoalan yang saya jawab di internet.
***Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?
@@@ Pandangan saya:
APA ITU SAKA?
Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.
Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya
Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).
Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.
Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.
Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.
Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.
Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.
TANDA-TANDA SAKA
Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.
Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.
ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?
Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.
Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya
- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya
- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
Org yang tak tahu dia ada saka
- biasanya tak memudaratkan orang lain.
Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.
Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.
Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.
Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.
Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.
BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?
Bagi yang tahu dan menjaga saka
- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.
Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.
Bagi yang tak tahu
Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.
Bagi yang tak tahu
- apabila dah tahu biasanya tak mahu,
maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan
Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.
Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.
Kaedah tradisional:
Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.
Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.
Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.
Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.
Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua.
Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.
Saka/ jin yang kuat sangat sukaruntuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.
Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah.
Jenis pelesit juga mudah dibuang.
Jenis bajang agak sukar.
Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat.
Jenis polong saya kurang pasti.
Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri.
Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.
Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jika dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.
Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jika dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.
Saya mencadangkan cara rawatan Islam Darus Syifa oleh DR Haron Din dan anak buahnya. Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama usaha orang yaag nak dirawat, bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti meningkatkan ilmu,iman dan amal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya menghalang daripada si saka kembali. Ini lebih baik.
Kauorg ada x yg pernah saudara-mara yg pernah kena saka ni..