Monday, November 8, 2010

PANTAI REMIS-SABTU 6.10


Pantai remis papa teringin nak makan kerang bakar & sotong bakar so lepas asar dah gerak ke pantai remis.Pelik lah papa ni asyik mengidam jer, nak kat ibu pregnant xdernya sbb tgh peot skrg ni...so ikut jerlah takut kempunan pulakkan...
Ingatkan pergi awal xder org rupanya ramai gak..penuhlah meja kat kedai tuh..papa order kerang & sotong bakar..yg syoknyer kat dlm badan sotong ada telur patutla kembung semcm jer perut sotong tu..bestla dapat makan telur sotong...ibu teringat pulut sotong ke ketupat sotong org trg panggil lupa lak ekkk...balik trg raya haji ni nak ajak papa pergi carilah teringin betul dah lama x makan agaknya dah 10thn rasanya..

TAMAN TASIK S.ALAM




Petang lepas gotong royong papa kepenatan, ibu pun dah siap telur ikan duri masak lemak cili api campur sikit ikan masin & nenas, ikan goreng (menu utk ibu & papa) utk aqil sup ayam...selepas kekenyang & menunaikan kewajipan kpd ALLAH maka tertidurlah sekalian yg ado...kih..kih..
Sedar-sedar kol 5.30 lps solat asar masa tu dlm kol 6 bersiap2 utk keluar tujuan mencari bubur kacang(papa mengidam) mana nak cari bubur kacang time ni melainkan ibu yg buat tapi disbbkan malas melanda papa ckp try la cari kat mana2 kedai makan kut2 ada so stop jap kat ''KEDAI KOPI'' tgk menu ada la menu yg ala2 bubur sikit iaitu SAGU GULA MELAKA kira ok la tuh, menu utk ibu & aqil spagety...papa kureng sikit makanan barat ni kalau spagety geli tekak katanya...pizza pun x makan...mcdonald burger x makan..just KFC jer makan...apajerlah papa janji makan nasi...
ibu pun ada juga benda yg x blh ibu makan cthnya ikan sungai...kalau nak tahu ibu alah dgn bau hanyir ikan tu & ibu dah blh bau dari jauh...pastu ibu pantang kalau order ikan kat kedai ada bau hanyir ibu lansung xkan makan...cth kalau ibu order ikan 3 rasa ibu akan pesan kat org tu suruh goreng garing2 sampai berkali2 lah pesan tapi bila sampai kat ibu ikan tu diaorg goreng x garing bila ibu makan ibu akan rasa cam lain mcm jer ibu terus stop makan..papa pun dah tahu kalau ibu x sentuh tuh mesti ada samething kat ikan tu..teruk ibukan...
Nak buat macamana tekak ibu x boleh nak telan...sama juga kalau air kosong bila ibu order air sblm ibu minum ibu akan cium kat cawan tu ada bau hanyir ke x kalau ada terus ibu x minum sbb bau tu akan melekat-lekat kat hidung ibu...sama juga pinggan makan or ape2 jer brg kat rumah kalau ada org basuh pinggan still ada bau ibu akan basuh balik yg peliknya hidung ibu boleh cari bau tersebut, papa pun pelik..ibu rasa ibu ikut perangai mak ibu..mak ibu pun x blh makan ikan sungai & daging import & susu kalau nak tahu mak ibu lagi teruk..jiran sebelah ada siang ikan sungai pastu air ikan ada mengalir kat bawah rumah ibu mak ibu terus muntah2 bukan muntah yg biaser muntah yg x berhenti tu sbb x blh bau hanyir..& dia blh tahu kalau ikan yg digoreng dgn minyak ikan sungai...yg peliknya ibu sorg jer yg ikut perangai mak ibu adik beradik yg lain x...pelikkan tapi itulah kami anak beranak satu lagi dalam ramai anak mak ibu, ibu ikut muka mak yg lain semua ikut ayah, semua tinggi x mcm ibu rendah...
OKlah berbalik cerita kat kedai kopi tadi lps makan sempat la bw aqil pergi tgk air terjun kat tasik..penakut rupanya aqil ni bila tgk air terjun tu...