Wednesday, May 16, 2012

KidZania-90 pekerjaan utk Kanak2..

Meh nak citer sikit pasal KidZania ni...Mcm best jer kan kalau bawa anak2 kita kat sini..bagi diaorg experiance mcm2...try tgk apa yg dia org nak jadi bila dah besar nanti..KidZania ni baru buka pada 28 Februari 2012 kira dah lama maybe ibu jer baru tahu hik..hik..hik...papa apa lagi jom la bw aqil kat sana.
Tapi satu jer aqil punya attitude bila ada org dia xnak join kan masuk nanti ibu n papa pulak kena cari kerja..
Meh nak story sikit pasal KidZania so nnti ramai2 la pakat pergi sana yer...

kidzania kuala lumpur 17 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!




KidZania Kuala Lumpur adalah satu taman tema khas untuk kanak-kanak bagi mengalami pengalaman menjadi ‘dewasa’ tanpa bergantung pada ibu bapa!
Kanak-kanak sekecil 4 hingga 14 tahun boleh memilih untuk menjadi doktor bedah, juruterbang, tukang masak, ahli bomba, mekanik, model, pelukis, pelakon dan pelbagai jenis pekerjaan orang dewasa.
kidzania kuala lumpur 05 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Ya! Mereka berpeluang bermain ‘menjadi dewasa’ di dalam KidZania Kuala Lumpur ~ satu bandar kanak-kanak yang meniru (replika) dunia kehidupan sebenar.
kidzania kuala lumpur 08 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Bestkan!! Ni mesti aqil suka sbb suka sgt tgk masterchef...
kidzania kuala lumpur 04 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kat sini jugak diaorg sediakan costume lengkap (menyerupai uniform/pakaian sebenar) apa sahaja jenis pekerjaan yang ada dalam KidZania Kuala Lumpur dan bermain di lokasi yang dicipta khas untuk kanak-kanak seperti hospital, stesen bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV, teater dan macam-macam lagi.


kidzania kuala lumpur 12 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kalau yg minat jadi press pun boleh..bestkan
kidzania kuala lumpur 01 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
KidZania KL ada 90 pekerjaan untuk kanak-kanak memainkan peranan *role play* dan ia juga ada ekonomi sendiri. Duit ringgit Malaysia atau apa-apa matawang lain tidak laku kat sini. Hanya matawang KidZania yang dikenali sebagai kidZos yang boleh digunakan.
kidzania kuala lumpur 09 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kanak-kanak yang bermain sebagai apa-apa pekerjaan dalam Kidzania ini akan dibayar gaji sebanyak 8 kidZos setiap pekerjaan. Malah kanak-kanak berpeluang menyimpan gaji mereka dalam bank dengan membuka akaun dan menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit di mesin ATM bank dalam KidZania KL.
kidzania kuala lumpur 15 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kanak-kanak juga boleh membeli-belah menggunakan duit kidZos dalam mana-mana kedai yang terdapat dalam KidZania. Jika duit kidZos yang disimpan dalam bank KidZania tidak digunakan, ia boleh dikeluarkan semasa lawatan seterusnya ke KidZania.


Umpama menyimpan duit dalam bank sebenar. Memang sangat mengujakan!Mcm realkan..Apalagi jomlah dtg sini..


BAYARAN MASUK KIDZANIA KL
Harga tiket ialah RM55 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa. Tetapi orang dewasa hanya boleh masuk KidZania Kuala Lumpur jika ditemani kanak-kanak!
Biasanya kanak-kanak tak boleh masuk sesuatu taman tema jika tidak ditemani orang dewasa.
Masa buka hari Isnin – Jumaat (10am-5pm sesi 1), Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum (10am-3pm sesi 1, 4pm-9pm sesi 2).
KEMUDAHAN KIDZANIA KL
Faktor keselamatan sangat diutamakan di KidZania dimana kanak-kanak dan orang dewasa akan dipakaikan gelang keselamatan *security bracelet* yang hanya boleh dibuka semasa meninggalkan KidZania dan mengikut kebenaran penjaga/ibu bapa.
Kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas boleh ditinggalkan dalam KidZania tanpa pengawasan ibu bapa. Kanak-kanak bawah 8 tahun kena diawasi ibu bapa semasa dalam KidZania.
Semasa kanak-kanak ‘bekerja’ dalam KidZania KL sambil diawasi Zupervisors (pekerja KidZania), ibu bapa boleh menunggu dan berehat dalam Parent’s Lounge yang dilengkapi kemudahan internet wifi dan movie room.
Terdapat juga Urbano’s House dalam KidZania KL yang khas untuk babies dan toddlers.
LOKASI KIDZANIA
KidZania Kuala Lumpur terletak di Curve NX, Mutiara Damansara. Bangunan KidZania KL senang nak kenal sebab terletak berhampiran Ikea/Tesco dan ada muncung kapal terbang Air Asia terkeluar dari bangunan.
kidzania kuala lumpur 16 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!


Jom pakat gi ramai-ramai yer...ANDA TERUJA IBU PUN TERUJA....
http://www.kidzania,com.my/

credit to: littlemamadiary

No comments: