Makanan yang paling sihat” bermakna kita mendapat banyak khasiat daripada kalori makanan tersebut. Makanan-makanan ini terbahagi kepada lima kategori besar dalam piramid makanan.
Bijirin
Beras perang
Bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding bijirin yang telah diproses seperti beras putih.
Pemprosesan memusnahkan 67% vitamin B3, 80% vitamin B1, 90% vitamin B6, 50% manganese, 50% fosforus, 60% zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan.
Khasiat ini bagus untuk meningkatkan tahap imun, merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko diabetes, obes, sakit jantung, mengurangkan asma dan pelbagai penyakit lain.Gandum penuh
Tepung gandum penuh atau produk yang diperbuat daripadanya seperti pasta, roti dan sebagainya.
Sayur-sayuran
Ubi Keledek
Kurang kalori berbanding ubi kentang, lebih manis dan penuh dengan vitamin C, beta keroten dan fiber.
Mampu meningkatkan tahap imun, mengurangkan risiko kanser kolon dan mengurangkan kolesterol.
Banyak kajian menunjukkan keledek adalah sayur yang paling berkhasiat. Lebih berkhasiat daripada brokoli, bayam dan lobak merah.
Umur untuk diperkenalkan : Lebih kurang 6 bulan. Ubi keledek merupakan antara makanan pertama bayi yang terbaik.
Cili benggala
Cili benggala amat tinggi dalam kandungan vitamin C dan merupakan sumber vitamin dan mineral lain. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari.
Cili benggala merah juga amat tinggi kandungan vitamin A.
Manis dan rangup, kegemaran kanak-kanak. Potong dan cicah dengan sos kegemaran kanak-kanak.
Bayam
Bayam sangat berkhasiat berbanding sayuran yang lain. Penuh dengan vitamin C, beta keroten, zat besi, kalsium, folate, vitamin B6, riboflavin, niasin dan thiamin.
Antara makanan yang terbaik untuk meningkatkan pengambilan zat besi di kalangan bayi/kanak-kanak.
Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan.
Brokoli
Secawan brokoli yang telah dimasak mengandungi kalsium yang sama dengan 4 ounz susu, vitamin C seperti sebiji buah oren, dan sangat kaya dengan vitamin A. Brokoli juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B6, zat besi, magnesium, potassium, dan juga zink. Tinggi kandungan fiber tetapi kurang kalori.
Brokoli dengan khasiatnya dapat meningkatkan tahap imun, membina tulang yang kuat dan pelbagai lagi.
Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan (dimasak dan dijadikan puri)
Buah-buahan
Pisang
Selepas bijirin, pisang antara makanan yang kerap dijadikan makanan pertama bayi. Mudah dihadam, sangat berkhasiat dan rasanya lazat.
Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium.
Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif.
Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi.
Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.
Umur untuk diperkenalkan : 6 bulan (puri atau lenyek)
Mangga
Rasa masam manis mangga sebenarnya bukan hanya sedap di tekak, tetapi ia juga kaya dengan gula dan asid amino.
Ia antara sumber terbaik vitamin A, C dan beta keroten.
Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan (dimasak dan dipuri)
Buah Oren
Salah satu buah yang amat kaya dengan vitamin C (140% daripada keperluan sehari).
Kaya dengan folate, yang membantu mengelakkan sakit jantung dan kecacatan lahir.
Juga mengandungi potassium, thiamin, kalsium dan magnesium.
Buah oren (bukan jus oren) juga turut mengandungi fiber yang tinggi.
Umur untuk diperkenalkan : 12 bulan
Kiwi
Penuh dengan vitamin C, fiber dan potassium. 2 biji kiwi mengandungi 240% daripada keperluan vitamin C badan.
Mineral seperti copper dan magnesium amat sukar didapati dalam makanan-makanan lain. Kedua-dua mineral ini menguatkan tulang, perkembangan otak, fungsi-fungsi saraf dan imunisasi.
Warna hijaunya dan rasa manisnya sangat sesuai untuk menarik minat kanak-kanak.
Umur untuk diperkenalkan : 10-12 months (puri)
Kurma
Kurma tinggi kandungan gula semulajadi dan karbohidrat, jadi ia sumber tenaga yang sangat baik.
Tinggi kandungan zat besi dan pelbagai khasiat lain.
5-6 biji kurma bersamaan 1 hidangan buah-buahan.
Bagus untuk anemia, sembelit dan keletihan. Sesetengah orang menggunakan kurma untuk merawat batuk, selsema, demam, sakit tekak dan pelbagai sakit lain.
Umur untuk diperkenalkan : 10-12 bulan (puri).
Strawberi
Tinggi kandungan vitamin C, dan 12 lagi vitamin dan galian termasuk zat besi, asid folik, fiber, dan potassium.
Umur untuk diperkenalkan : selepas 12 bulan.
Produk Tenusu
Yogurt dengan probiotik
Tinggi kalsium, bakteria baiknya membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun, lembut dan berkrim, juga sumber protin yang baik.
Susu
Kandungan kalsium yang sangat tinggi. Sumber vitamin D.
Daging dan Kekacang
Kacang soya dan produk soya
Tauhu, susu soya, taufufa dan lain-lain produk soya kaya dengan pelbagai khasiat termasuk protin, tinggi kandungan asid lemak, pebagai vitamin, galian dan fiber.
Kacang dal
Tanpa lemak tetapi kaya dengan 5 galian terpenting, 2 vitamin B, dan protin.
Daging
Kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.
Ikan Salmon
Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protin, vitamin D, selenium dan vitamin B6.
Nota : Apa-apa makanan dan supplemen pun jika diambil keterlaluan boleh mendatangkan mudarat..so beserderhanalah
No comments:
Post a Comment