Tuesday, July 19, 2011

(GDM) Gestational Diabetes Mellitus

Hari ini ada course pasal GDM kalau kauorg nak tahu GDM ni apa jom kita baca apa yg ibu tulis ni..GDM atau diabetes sewaktu MENGADUNG adalah keaadan dimana kandungan glukosa di dalam darah melebihi nilai normal.ia bersifat sementara dan biasanya akan hilang apabila bayi dilahirkan.
Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon yg menyekat tindakan hormon insulin.Wanita yang mendapat masalah ini biasanya berisiko tinggi utk mendapa Diabetes Jenis 2 pada masa akan datang.

Paras NORMAL MGTT~KETIKA BERPUASA =<5.6 mmol/L
2 JAM SLPS MAKAN =<7.8 mmol/L

paras NORMAL BSP~KETIKA BERPUASA = <5.6 mmol/L
2 JAM SLPS MAKAN = <6.7 mmol/L

Siapa yg BERISIKO


  • Peningkatan berat badan yg berlebihan semasa awal mengandung

  • Terdapat sejarah keluarga yg mengidap Diabetes Mellitus

  • Pernag mengandungkan bayi yg besar(melebihi 4kg)atau kematian bayi dlm rahim

  • Terlalu gemuk semasa mengandung

  • Mengandung pada peringkat umur >35 tahaun

  • Tekanan darah tinggi(melebihi 140/90 mmhg)

  • Berat badan berlebihan sebelum mengandung (BMI>25KG/M2)

  • Mengidap Sindrom Ovari Polisistik(PCOS)

  • Ketidaktoleransi glukosa (IGT)

KOMPLIKASI PADA IBU



  • Mendapat pre-eklamsia iaitu tekanan darah meningkat

  • tangan dan kaki menjadi sembab dan terdapat protein dalam air kencing

  • Menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan

  • Berisiko mendapat Diabetes Mellitus pada masa akan datang

KOMPLIKASI PADA ANAK



  • Bayi menjadi besar(melebihi 4kg0 dan menyebabkan kelahiran sukar

  • Masalah pernafasan Bayi

  • Masalah glukosa darah bayi

  • Penyakit Kuning

  • Kecacatan Bayi

Makanan dibawah perlu dielakan kerana mengandungi gula ringkas yg akan menaikkan aras glukosa darah dgn kadar yg cpt.


JEM, KAYA, AISKRIM,MADU,SIRAP,GULA MERAH,GULA PUTIH,GULA PERANG,GLUKOS,GULA-GULA,KORDIAL,COKLAT,KEK,KUIH MANIS,BISKUT MANIS,BUAH DLM TIN,SUSU PEKAT MANIS,MINUMAN 3+1,SERBUK COKLAT,AIR KOTAK,AIR BOTOL,AIR TIN,MINUMAN BERGAS


Harap2 apa yg ibu belajar hari ni menjadi panduan kita bersama ok!!

No comments: