Monday, July 25, 2011

Pagi Yang Menakutkan!!!

Gambar budak mana tah ibu search tadi nak tunjuk betapa takutnya ibu...


Selasa-26 July 2011..lokasi apartment permai kat rumah ibu ler...


Pagi tadi kira-kira jam 7.45 ibu keseorangan menuruni anak tangga (lif rosak terpaksalah guna tangga he..he.) tiba-tiba ibu terdengar bunyi beberapa orang lelaki menuruni anak tangga dari tingkat atas dgn lajunya..rasa macam bergegar tangga tuh mmg kuatlah mcm di kejar hantu..

Ibu pun heran, ibu sampai kat tangga tingkat satu ibu stop kejap, kenapa diaorg ni mcm tergopoh gapah pastu ibu nampak kelibat 3 org india melalui ibu, 2 orang terus menuju ke tangga satu lagi & seorang lagi berlari sambil terjun ke tangga bawah sampah tergelincir & tercampak ke atas tar..

Ibu dah berdebar-debar, pastu ibu nampak ada seorang lelaki dgn badan bertatu lalu sambil mengejar india ni dan ditanganya sedang memegang sepucuk pistol sambil dia mengacukan pistol kearah india yg jatuh terlentang tadi. Apa perasaan kauorg kalau berada dlm situasi genting begini ishh seluruh kaki tgn ibu mengeletar...ibu kaku sekejap bila lelaki tu acukan pistol pada india tadi,nasib baik india tu terus bangun dan kejar-mengejar terus berlaku sampai ke laluan masuk utama apartment ibu.Dah rasa macam dalam tv tuh..

Kalaulah kebetulan dia lepaskan tembakan pastu tembakan tu tersasar dan terkena ibu maka hari ni ibu dah xder kat atas muka bumi ni kan...tambahlagi dgn keaadan ibu yg berbadan dua apa yg ibu sempat buat utk melarikan diri dari situasi tersebut.Keadaan ibu sama mcm gambar kat atas tu terpaku kat tiang.Jantung terhenti sekejap...Mulut x henti mengucap shahadah..

Yang ibu heran macamana india boleh berada di kawasan ni padahal semua penduduk kat sini melayu...


Apa-pun ibu bersyukur sbb ALLAH masih sayangkan ibu. Amin...



3 comments:

AMIEROZIANA said...

seram giler weh.....nasib aqil takdok...kalu x mesti dia trauma

Cik Rose Cute said...

Memang takuttt...dah la pregnant...!!!

IBU AQIL said...

Uji- tulah kebetulan papa dia nok bw pg clinic pagi nih tu yg dia x ikut..

liza: doh leh nok gambor perasaan ganer masa tuh..