Wednesday, October 12, 2011

Kelahiran Induced!!!

Last check-up hari tuh Dr kata maybe ibu kena induce sbb ibu di suspek ada GDM(Gestational Diabetes Melitus iaitu Diabetes Semasa Mengandung). So ikut due 22.10 tapi doktor cakap 21.10 dah kena admit dah. Ni dia Kesan-kesanya GDM:-


Komplikasi pada Baby:-

*Bayi menjadi besar melebihi 4kg dan kelahiran menjadi sukar

*Masalah pernafasan bayi

*Masalah glukosa darah bayi

*Penyakit Kuning

*Kecacatan Bayi


Persoalan ibu & kebanyakkan ibu2 lain adalah sakit ke x bila kena induce ni waaaaaaaa!!! so skrg ni ibu tgh surf pasal kelahiran induce ni jom kita tgk...


Kenapa perlu indiuced

Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada di luar rahim daripada di dlm rahim.Sebab paling utama induce adalah, kelahiran sudah melebihi jangkaan. Sbb lain adalah masalah darah tinggi,bayi terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak di ketahui punca.Kencing manis & pecah air ketuban.


Bagaimana utk memulakan Kontraksi?

Hormon yg menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran di panggil oxytocin.Ia dihasilkan didlm kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam darah melalui kelenjar pituitari.Bagaimana badan memulakan kontraksi rahim masih menjadi tanda-tanya w/pun stlh penyelidikan selama bertahun-tahun.Kita tahu yang byk hormon yg terlibat dlm proces berslain ttp penyebab yg memulakan pengecutan rahim masih menjadi misteri.

Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan di makmal dan ttp ia hanya dpt diberikan secara intravena.Kepekatan oxytocin dgn mudah dpt dikawal dgn menggunakan alat kawalan atau pam intravena.

Memecah selaput ketuban

Sekiranya kita cuma menggunakan oxytocin,kontraksi tdk akan berlaku dgn cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah.ia mungkin sedikit menyakitkan drpd pemerisaan faraj biasa,ttp amat berkesan utk menguatkan kontraksi.kalau tidak dilakukan,process bersalin tidak akan bermula dgn baik.

semasa pemeriksaan faraj,satu alat yg di panggil 'amniohook'akan di gunakan utk menebuk lubang kecil pada selaput ketuban,kemudian oxytocn akan di mulakan.

Tidak 'Favourable'

Semasa hamil,pangkal rahim adalah tebal,panjang dan tertutup rapat.Ini menolong memastikan yg bayi lahir pd masa yg sesuai shj.Semasa cukup bula,pangkal rahim akan secara pelahan-lahan menjadi lembut,pendek dan mula membuka.Itulah sebabnya anda semakin kerap mendapat kontraksi disaat-saat tempoh kelahiran.Pangkal rahim juga mengeluarkan sejenis hormon yg bernama prostaglandin yg blh melembutkan lagi pangkal rahim.

Sekiranya anda sudah bersedia utk di induce' tetapu pangkal rahim masih tebal dan tertutup anda mungkin akan deberikan ubat yg dipanggil prostin.ini akan bertindak melembutkan pangkal rahim dan menbuatkan ia sedikit terbuka supaya prosedur memecahkan ketuban dapat di buat.Ubat ini akan dimasukan kedlm vagina dan mengambil masa 6 jam utk berkesan.Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertitup rapat.

Adakah lebih sakit apabila di'Induced'

Inilah soalan yg utama yg sering ditanya apabila dinasihatkan menjalani 'induce'.Anda mungkin mendengar cerita yg kurang menyenangkan dari kawan atau saudara yg pernah menjalani induce, induce cuma menolong utk memulakan process bersalin jadi apabila wanita sudahpun dlm keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dgn mereka yang bermula dengan semulajadi.

Mudah-mudahan ibu dapat menangani kesakitannya...sbb setiap kesakitan tu akan menghapuskan dosa-dosa kita....Amin...

4 comments:

eintan nurfuzie said...

jalan2 sni

IBU AQIL said...
This comment has been removed by the author.
Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

ngeri pula bila baca ni..terkenang saat melahirkan dulu..huhu


tq sudi folo sy..sy folo semula ^__^

p/s: sori lmbt jejak..sy bz awak (eceh )

IBU AQIL said...

@eintan nurfuzie

Thanks...