Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Oh Ramadhan


Conversation ibu & aqil




Ibu: Aqil nak puasa x?


Aqil: Nak..nak..


Ibu: Aqil tahu x puasa tu aper...


Aqil : Mengeleng kepala..yerlah baru 2 tahun 5 bln apa lah yg dia tahu kan..


Ibu: Aqil ingat x cerita upin-upin tuh apa opah dia cakap ''Berpuasa ni x blh makan x boleh minum..


Aqil: atilah...aqil sambung maybe teringat cerita upin tuh..(upin cakap matilah x blh makan x blh minum)


Atleast dia ingat....


So slm ramadhan buat semua sanak saudara,sahabat taulan & umat islam walau dimana jua anda berada...































































Review blog chempaka sari

Cik chempaka sari ni ada buat banner free saper2 nak boleh jengah kat sini http://azzaazman.blogspot.com/2011/07/siapa-nak-banner-free.html

Tarikh tutup: 31 jul 2011







Kalau ibu di beri pilihan dan terpilih ibu nak yg no.3 ni cute sangat he..he... mmg creatif dan inovatif cik chem ni... Waaaa...dah x sempat kut sbb hari ni baru blh bukak internet sbb computer ada promlem...cik chem kata kena buat satu entry utk blog dia sama la dgn tajuk kat atas tuh 'REVIEW', kalau pandangan mata kasar ibu tgk blog cik chem ni kenapa dia suka sgt colour purple maybe sbb puple ni ada unsur2 kelembutan tuh..tgk la wajah dia pun manis sgt ''puji lebih nampak" tp mmg kenyataan pun anugerah dari tuhan kan...Lagi satu dah ler cantik kreatif pulak tuh...he..he..he...


Yg ibu pelik kenapa gambar tu x running...mmg x kreatif la ibu ni kan.. hu...hu...








Fuhhhh..dah lega...




Hari ni check-up result memuaskan hati...nasib baik pergi attend forum dietary pemakanan kat HTAR..kalau x tentu berat ibu naik lagi sbb makan x betul..senang cerita x jaga pemakanan.Darah pun ok 11.8hb...


Berat pun x naik mendadak daripada 60.3 kg naik 60.7 jer...Badan pun x mengah dah sbb dah pandai jaga pemakanan, kalau dulu main belasah jer makan...mcm makan utk hidup bkn hidup utk makan..bila dah terlebih makan mulalah duduk pun x senang perut pun rasa semacam jer kan..ni ibu ler org lain x kut time pregnant...


So Next pregnancy nanti ibu dah tahu macamana nak control & jaga pemakanan.Thanks to Pakar dietary sbb share info yg bagus utk ibu mengandung...harap-harap semuanya berjalan lancar & xder problem lagi slps ni..amin...




Tuesday, July 26, 2011

Lenggang Perut??

Lenggang Perut??

Orang yang jalan berlenggang2 sambil bawak perutkah? ahak!!! lawakkan...itulah dulu tak tahu semua ni..emmm masih praktikal digunakan pada masa sekarang atau tidak yer, rasanya org dah jarang gunakan..Biasanya kalau perempuan tengah mengandung pada bulan ke-7 kandungan,maka pihak keluarga akan adakan majlis lenggang perut nih.Tapi sekarang ni ianya lebih kepada Kenduri doa selamat..semoga ibu & bayi yg dikandung selamat semuanya...tu aje..sekadar adat & mohon dari Allah semoga semuanya selamat.

Semalam mak ibu coll dia tanya kandungan ibu dah 7 bulan belum, ibu cakap hari sabtu ni cukup 7 bln dia cakap nanti suruh makcik normah (bidan yg urut ibu) tu rasa perut.Mak ibu ni mmg kuat berpantang jenuhlah ibu nanti kalau baby dah lahir dah tahu dah mcmana rasanya mcm aqil dulu.Kak long & kakak ibu yg lain x buat pun pantang mcm mak ibu tu sebab badan diaorg cepat sakit & gemuk kut.Contoh k.long ibu nampak berusia dari mak ibu maybe salah satu sebab x berpantang dulu.

Sekarang ni ibu mmg ikut apa yg mak ibu cakap walaupun perit time berpantang tuh tapi ianya bagus utk kesihatan kita body pun maintain jer mcm anak dara.

So hari sabtu genap usia kandungan ni 7bln maka kenalah pergi jumpa tukang urut utk tgk keaadaan bayi dalam kandungan ni.Tapi rasanya ibu x buat lah majlis makan-makan just nak bg dia rasa perut jer kut!! masa aqil dulu ibu adalah buat makan2...

Meh kita tgk sikit serba sedikit adat org dulu2 pasal melenggang perut ni...

Adat melenggang perut kebanyakanya lebih di fahami masyarakat melayu sbg kirim perut.Adat ni dijalankan keatas isteri yg telah genap tujuh bulan hamil dan bertujuan utk meletakkan kedudukan bayi di dlm perut di tempat sepatutnya, iaitu bahagian kepala pintu rahim.Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan didlm perut.Maka pada masa itu,bidan di panggil utk memeriksa dan menetukan isteri yg hamil itu telah genap 7 bulan hamil atau belum cukup bulan lagi, jika sudah cukup bulan maka mereka akan melaksanakan adat ini.



Kalau nak tahu kelengkapan yg digunakan dlm upacara tersebut boleh jenguk kat sini





Bagi pendapat ibu adat ni mmg x patut di buat pun, kalau setakat utk bagi bidan tuh rasa time 7 bulan tu ok jer...kauorg rasa mcmana...






Monday, July 25, 2011

Pagi Yang Menakutkan!!!

Gambar budak mana tah ibu search tadi nak tunjuk betapa takutnya ibu...


Selasa-26 July 2011..lokasi apartment permai kat rumah ibu ler...


Pagi tadi kira-kira jam 7.45 ibu keseorangan menuruni anak tangga (lif rosak terpaksalah guna tangga he..he.) tiba-tiba ibu terdengar bunyi beberapa orang lelaki menuruni anak tangga dari tingkat atas dgn lajunya..rasa macam bergegar tangga tuh mmg kuatlah mcm di kejar hantu..

Ibu pun heran, ibu sampai kat tangga tingkat satu ibu stop kejap, kenapa diaorg ni mcm tergopoh gapah pastu ibu nampak kelibat 3 org india melalui ibu, 2 orang terus menuju ke tangga satu lagi & seorang lagi berlari sambil terjun ke tangga bawah sampah tergelincir & tercampak ke atas tar..

Ibu dah berdebar-debar, pastu ibu nampak ada seorang lelaki dgn badan bertatu lalu sambil mengejar india ni dan ditanganya sedang memegang sepucuk pistol sambil dia mengacukan pistol kearah india yg jatuh terlentang tadi. Apa perasaan kauorg kalau berada dlm situasi genting begini ishh seluruh kaki tgn ibu mengeletar...ibu kaku sekejap bila lelaki tu acukan pistol pada india tadi,nasib baik india tu terus bangun dan kejar-mengejar terus berlaku sampai ke laluan masuk utama apartment ibu.Dah rasa macam dalam tv tuh..

Kalaulah kebetulan dia lepaskan tembakan pastu tembakan tu tersasar dan terkena ibu maka hari ni ibu dah xder kat atas muka bumi ni kan...tambahlagi dgn keaadan ibu yg berbadan dua apa yg ibu sempat buat utk melarikan diri dari situasi tersebut.Keadaan ibu sama mcm gambar kat atas tu terpaku kat tiang.Jantung terhenti sekejap...Mulut x henti mengucap shahadah..

Yang ibu heran macamana india boleh berada di kawasan ni padahal semua penduduk kat sini melayu...


Apa-pun ibu bersyukur sbb ALLAH masih sayangkan ibu. Amin...



Sunday, July 24, 2011

Menci tau!!!




Kenapa yer di setiap office yg kita bekerja mesti ada karekter manusia yg menyakitkan hati kita.

seingat ibu ni office ke 3 yg ibu pernah bekerja. Kat sini macam2 berlaku & mcm karenah manusia yg tak habis2 menyusahkan hidup org lain, rasanya kat tempat lama dulu xpernah pun ada manusia yg bersifat mcm ni...

Apa yg ibu maksudkan ialah perangai manusia yg bermacam2 kat tempat kerja ibu kat tempat kerja kauorg ibu xtahulah maybe ada maybe xder kut, kalau xder tu mmg bagus...

1st~Yg kaki kipas/aircond

~Yg ni sentiasa ada kut kat tempat kerja, yerlah nak naik pangkat & gaji cepat.Kat tempat kerja ibu ada sorg, dari kerani biasa sampai dah nak jd bos, setiap kali nak naik pangkat ada jer taktiknya..kata nak tukar kerjalah..menangis depan bos la..jatuhkan org lain la..mengadu kat bos mcm2 la..berakap penuh confident sbb nak tarik perhatian bos la mcm2 la taktik dia guna finally dia dpt apa yg dia nak...tu kira dapat rezeki halal x tuh!!

2nd~Yang macam lalang

Tahu x mcm lalang tu mcm mana, sentiasa tumbuh contohnya cepat sgt percaya kata2 org, bila baik dgn org sini percaya kat sini, bila baik dgn org sana percaya kat sana means that xder pendirian langsung..

3rd~Suka Buat cerita x betul

~Org cakap A dia pergi tambah A-Z, suka tambah cerita yg x betul pasal org, dia dengar cerita sebahagian jer, tapi senang2 pergi tambah cerita & judge org ikut suka hati dia..

4rt~Suka ikut kata orang

~Mudah percaya dgn cakap2 org sekeliling, tapi x tahu menahu cerita asal & xder pendirian.Senang cerita sama jugak mcm lalang bila org kata A dia pun A, bila org kata B dia pun B..x blh nak fikir sendiri..


Bayangkan kalau kat tempat kerja kita org2 macam ni ada huh..mmg tension tambah-tambah bila bos jenis yg cepat percaya kat staff yg pandai bodek mmg hancurlah office tuh apa kesalahan yg dibuat sentiasa mendapat kelepasan kita x makan summon lah...samalah dgn office ibu dari dulu sampai sekarang org2 macam ni still wujud, yg peliknya sentiasa ada kenapa ye...

kenapa kita xblh bekerja dgn baik,tenang dan damai ker...kenapa perlu ada semua ni, bagi ibu rezeki semuanya ditangan tuhan kenapa perlu melampau sangat utk dapatkan kepentingan utk diri sendiri...


Fikir-fikirkanlah...Hidup kita ni x kemana entah esok atau lusa akan dipanggil yg maha esa...maka bertaubatlah sebelum terlewat...




Tuesday, July 19, 2011

Hizami, Nak Header Satu!




XDER TARIKH TUTUP


NI KARANGAN SAYA:-

Kehadapan, hizami saya nak header satu sbb saya mmg x pandai buat header langsung yg ada ni pun hasil belas ihsan sbb join GA, lagipun header kamu mmg tertarik,menarik mmg de boom!!

(GDM) Gestational Diabetes Mellitus

Hari ini ada course pasal GDM kalau kauorg nak tahu GDM ni apa jom kita baca apa yg ibu tulis ni..GDM atau diabetes sewaktu MENGADUNG adalah keaadan dimana kandungan glukosa di dalam darah melebihi nilai normal.ia bersifat sementara dan biasanya akan hilang apabila bayi dilahirkan.
Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon yg menyekat tindakan hormon insulin.Wanita yang mendapat masalah ini biasanya berisiko tinggi utk mendapa Diabetes Jenis 2 pada masa akan datang.

Paras NORMAL MGTT~KETIKA BERPUASA =<5.6 mmol/L
2 JAM SLPS MAKAN =<7.8 mmol/L

paras NORMAL BSP~KETIKA BERPUASA = <5.6 mmol/L
2 JAM SLPS MAKAN = <6.7 mmol/L

Siapa yg BERISIKO


  • Peningkatan berat badan yg berlebihan semasa awal mengandung

  • Terdapat sejarah keluarga yg mengidap Diabetes Mellitus

  • Pernag mengandungkan bayi yg besar(melebihi 4kg)atau kematian bayi dlm rahim

  • Terlalu gemuk semasa mengandung

  • Mengandung pada peringkat umur >35 tahaun

  • Tekanan darah tinggi(melebihi 140/90 mmhg)

  • Berat badan berlebihan sebelum mengandung (BMI>25KG/M2)

  • Mengidap Sindrom Ovari Polisistik(PCOS)

  • Ketidaktoleransi glukosa (IGT)

KOMPLIKASI PADA IBU



  • Mendapat pre-eklamsia iaitu tekanan darah meningkat

  • tangan dan kaki menjadi sembab dan terdapat protein dalam air kencing

  • Menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan

  • Berisiko mendapat Diabetes Mellitus pada masa akan datang

KOMPLIKASI PADA ANAK



  • Bayi menjadi besar(melebihi 4kg0 dan menyebabkan kelahiran sukar

  • Masalah pernafasan Bayi

  • Masalah glukosa darah bayi

  • Penyakit Kuning

  • Kecacatan Bayi

Makanan dibawah perlu dielakan kerana mengandungi gula ringkas yg akan menaikkan aras glukosa darah dgn kadar yg cpt.


JEM, KAYA, AISKRIM,MADU,SIRAP,GULA MERAH,GULA PUTIH,GULA PERANG,GLUKOS,GULA-GULA,KORDIAL,COKLAT,KEK,KUIH MANIS,BISKUT MANIS,BUAH DLM TIN,SUSU PEKAT MANIS,MINUMAN 3+1,SERBUK COKLAT,AIR KOTAK,AIR BOTOL,AIR TIN,MINUMAN BERGAS


Harap2 apa yg ibu belajar hari ni menjadi panduan kita bersama ok!!

I Win!! i Win!!

MY FIRST STRIPE CLUTCH

THE WINNER IS dun..dun..dun..NO.63 he..he.. ibu lah tuh!! ingat x ibu cakap ibu joint contest & ga tu..yg kat atas tu hadiah yg akan ibu menang rezeki baby kat dalam perut ni kut alhamdulillah...1st time menang mmg teruja sesangat ler..
Thanks tu mama zara~http://feltomania.blogspot.com sbb pilih ibu as a winner utk contest ni muaaaaaaah..rezeki..rezeki..

IBU PUN ADA BUAT CONTEST TUH!! saper nak joint boleh jengah kat sini ~
http://ibu-aqil.blogspot.com/ hadiahnya Tupperware Brand Jom ramai2 meriahkanya ok!!!!

Monday, July 18, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

click sini- http://lunalanun.blogspot.com/2011/07/segmen-mari-menambah-follower.html
tarikh tutup: 25 Julai 2011

Hope x terlambat...nak tambah follower kat sini jugak sbb tgk kat blog satu lagi dah byk follower best sesangat he..he..

Sunday, July 17, 2011

Air Gula!!!

Ingat tak lastweek ibu kena minum air gula yg manis x hengat tuh!! result dah keluar ttp amat mendukacitakan...hari sabtu tuh nurse col paras gula ibu tinggi iaitu 8 lbh mmg tinggikan..
so baru ibu ingat mlm sblm minum air gula tuh ibu makan durian..durian kan tinggi paras gula kat dalam tuh..so nurse kata esok kena jumpa pakar pemakanan utk kebaikan ibu jugak. isshkk macam x caya jer bila nurse kata suspek kencing manis time pregnant kalau x jaga lagi teruk nanti...
So ibu kena jaga pemakanan slp ni more nasi sbb nasi mengandungi kanji kena gantikan dgn benda lain.tgklah esok apa yg dr suggest...Harap xder risiko kat baby..amin..
Doakan ibu yer lagi satu kalau ada petua utk turunkan paras gula ni lagi baik..ada org ckp peria elok nanti ibu nak try....

p/s: Pregnant kali ni mmg suka betul dgn nasi x tahulah knp!!!

Air Ketuban Pecah????




Ngerikan bila tgk tajuk kat atas tuh..yerlah kalau belum tiba masanya mestilah takutkan. Malam tadi masa ibu & papa duk asyik kira duit syiling kat tabung aqil..tetiba jer rasa mcm ada benda basah kat punggung ibu..mula2 sikit2 lama2 makin banyak..nak rasa kat bontot takut pastu duk fikir ishk.. baru 26week xkan dah keluar air ketuban, pastu ibu cuba check tgk basah tapi kenapa x sakit..ibu cakap kat papa kenapa tiba2 basah ni ha??? papa pun dgn muka terkejut mencelah kan baru nak masuk 7bln papa pulak bagi ibu takut!! haa..try check skali lagi ..ibu dah berdebar2 ibu bangun & pusing belakang ibu tgk rupa-rupanya budak bertuah ni letak botol air suam kat belakang ibu, dia lupa nak tutup air tu terus mengalir kat punggung ibu...hishh punyalah seriau ingatkan air ketuban tadi...sampai panik la kejap ibu dgn papa...langsung x jadi nak kira duit tabung tuh...aqil punya kerja...

Friday, July 15, 2011

why??? x update blog..

Ni nak story sikit dah lebih 4 hari x update blog sbbnya ibu busy dgn Contest&Giveaway kalau kauorang nak joint boleh la joint kat sini : http://ibu-aqil.blogspot.com. ibu pun sajer2 jer layan contest ni..sepupu ibu (liza) yg ajak join ni blog contest dia :http://hairulizacontestga.blogspot.com kalau kauorg suka contest ni jom lah masuk2 ramai just suka2 he..he...

Kalau nak joint jengah-jengahlah yer x paksa pun...sukarela jer..

Sunday, July 10, 2011

Nak header transparent!! :)







X tahulah dapat atau nanti cik yuyue x perasan sbb dah lambat waaa...sbb internet problem harap2 cik yuyue sudi buatkan utk ibu mengandung ni kalau x kempunan he..he.. ni link cik yuyue
http://www.pwencessyuyue.co.cc/2011/07/nak-header-transparent.html?utm_source=feedburner&utm_medium



semua gambar tu cik yuyue tolong masukan dlm header kalau blh ada tanda love sekali yer.oppsss lupa kalau blh tlg masukkan gambar baby..sbb bby x keluar lagi x blh nak attach kat sini hu..hu...dr kata bby gurl...tulisan dia tulisla LIVE+ME+EVERYTHING ABOUT MY LOVE. kalau boleh sertakan link blog skali. Colournya kalau blh merah hati atau colour yg cik yuyue rasa sesuai dgntema kat atas tuh...Thankss ya!! x sabar nak tgk...sory menyusahkan cik yuyue..

Thursday, July 7, 2011

..Gemuk & Bulat itulah IBU..

ish..ish..ibukah itu...

Waaa saya dah bulat..

Saya makin sihat...

Pipi saya dah tembam..

hidung saya makin kembang..

Lihatlah betapa sihatnya saya..

Bagai di pam-pam...

Macam x percaya pun ada..

Ni semua BUATAN papa hu..hu..hu..

Bila dah Bulat mcm ni belakang pun mula la sakit2..

Bukan badan sahaja,kaki pun sama..

Kaki saiz 5 nak tampun 60 kg sekarang ni mak aiii..

Time pantang nanti kena usaha lebih utk dptkan berat 47kg tuh...

Kena maintain balik kalau x naya..nafas pun tercungap-cungap jer bila nak bulat ni...


1
2
3

4

5

Nasib baik bulat yg ada isi kalau x tak tahu nak cakap apa..hu..hu..hu...

Dalam otak terbayang 'THE BIGGERS LOSER' waa..wa...wa...













Wednesday, July 6, 2011

...Air Gula...

Waaa Gara-gara overweight esok nak kena minum air gula oh TIDAK!!!!
Result utk bln ni teramatlah teruk...
HB ibu turun ke 10.9
Berat ibu increase 6kg..
Bayangkan kecemasan yg melanda kat hati ibu nih..
Ker sebab baby gurl so berat akan lg increase compare dgn bby boy..
Sebab masa time aqil dulu berat ibu masa deliver aqil 65KG utk 40week..
Tapi sekarang ni 24week berat ibu mencecah 60kg..Boleh bayangkan berapa berat time 40week nanti..
Ni sbb gara-gara masak kat rumah ker? (alasan xnak masak la tuh) sbb
kalau masak mesti makannya bertambah-tambah...
Punca HB turun...
Bln lepas x byk makan hati sbb Makan ikut suka hati jer.. ahak!!!
Dr bg ubat tambah darah harap2 menjadilah..
Lagi pun nak kena control makan tapi smlm makan x hengat kat muara ikan bakar yerlah bos papa sponsor apalagi kan..jom soruuuu..
Time jumpa DR hari tuh,dia cakap don't worry your HB can increase but you have to control makan..
Kena banyak makan sayur, kena byk mkn ikan,kena byk makan ayam...bla..blan..bla kalau kena byk makan habis tuh naik lagi la badan...
Lagipun kalau minum air gula blh detect penyakit awal2 cth kencing manis emmmm betul jugak cakap Dr ni..'' mencegah lbh baik dr merawat kan''
Kadang2 ada org tanya ibu knp pergi klinik kerajaan kalau swasta xder pun minum air gula..
Jawapan ibu senang jer..
Kalau kat swasta diaorg ni check simple2 jer.. tapi kalau kat gomen diaorg tersangatlah detail dr segi kesihatan,nasihat yg diaorg bg mmg bagus utk mana2 ibu yg 1st time pregnant.cth Breastfeeding, mcmana nak bykkan susu ibu,breast cancer.
Tapi ibu x nafikan kat gomen ni service diaorg ni agak lambat kadang menunggu berjam-jam maybe sbb terlalu detail or sbb percuma kut!! tu nak kena tanya diaorg..
Tapi yg pasti ibu lagi suka check-up kat gomen dr swasta sbb puas hati dgn kerja diaorg...

WAAAAA XMAU MINUM AIR GULA...kauorg dah rasa mcmana air ni rasa uihhhh manisnya menikam kolbu...