Tuesday, March 29, 2011

Bila papa dah sound!!!

ni ibu nak citer sikit last week ibu kena sound kat papa pasal x iron baju t-shirt dia hu.hu..hu..terkedu jap ibu..macam nilah kira ayat dia:-

PAPA: ida sekarang ni dah x iron baju abang...tengoklah dah berkedut-kedut macam mana nak pakai...nanti kalau org tgk abg pakai baju berkedut ni saper yg malu, ida jugak yg malu mesti org cakap wife dia ni malas betul...

IBU: Dalam hati apalah aku nak jawab ni sbb ibu ni bab iron baju ni malas sikit tapi kalau nak g melancong ke, nak raya ke, nak g majlis tertentu ker or g kerja barulah rajin sikit nak iron baju ni. ni jawapan ibu..

IBU:ala abg pun satu kalau tahu nak pakai baju tu bgtahu la awal2 boleh ida iron, nanti kalau iron baju tu baju lain pulak abg pakai. Nak tahu apa dia jawab..

PAPA: ala senang jer kalau sblm lipat kain tu terus jer iron mana2 baju yg kedut seribu, tgk mcm ni malu nak pakai tau..

IBU: xpe abg carilah baju lain yg x berkedut nanti ida free, ida iron he..he..sambil senyum terkulat-kulat... Malas punya pasal...dulu teringat papa pun ada sound pasal ni ibu jawab busy ada anak x sempat sama jugak dgn masak papa cakap rindu masakan ibu, ibu cakap penat weekend jer ibu masak..nilah org cakap nak seribu daya xnak seribu dalih...ni anak dah masuk yg ke dua x tahulah apa lagi reason... kauorg mesti rajinkan iron baju...entahlah yg related dgn baju yg ibu paling malas adalah iron baju,lipat baju...tapi nak xnak terpaksa juga buat hu..hu..hu...

Monday, March 28, 2011

Tawar mulut..weiiiiiii..


PREGNANT KALI NI BETUL2 MENGUJI KESABARANKU :-

YG PERTAMA-M.A.L.A.S

YG KE DUA - X LALU MAKAN

YG KE 3 - LEMAH LONGLAI

YG KE 4 - NAK MAKAN MCM2

YG KE 5 - CEREWET X TENTU PASAL DGN MAKANAN

YG KE 6- BYK LAGILAH..



ADA RELATED DGN APA YG DIRIKU SEBUT....

Fetal development 10week

You are now ten weeks pregnant (or in your eleventh week if that's how you prefer to count it). How your baby is growing

Your baby will more than double in size in the next three weeks. He or she is now swallowing and kicking, and all the major organs are fully developed. More minute details are appearing too, like fingernails and peach-fuzz hair. The external sex organs are beginning to show and in a few weeks they will be developed enough to tell whether you're going to have a boy or a girl. Read more information on your baby's development this week.

How your life's changing You're nearing the end of the first three months of pregnancy -

your first trimester

- and your uterus is about the size of a grapefruit, almost big enough to fill your pelvis (see our fetal development illustrations). You may even be able to feel your uterus above the middle of your pubic bone. Though you probably won't need to go up a dress size for several more weeks yet, you may notice that your waist is thickening. If you want to cut down on caffeine, you could swap to herbal teas.

Make sure that the herbal teas you choose are safe to drink in pregnancy. You may find lemon and honey steeped in hot water appealing as an alternative. Try to drink eight glasses of liquid every day (tea, coffee and cola don’t count) but limit your fluid intake before bedtime so you won't have to get up to go to the loo in the night.

If your sleep is disturbed for other reasons then you may be tempted to take a remedy but medication shouldn't be your first course of action during pregnancy. Try our self-help suggestions for insomnia first, and avoid exercising just before you go to bed.

Strange dreams are common during pregnancy and could also contribute to disrupted nights. Parent tip: dealing with evening sickness "My version of morning sickness developed every evening around dinner time.

I couldn't eat anything, but I was starving (and irritable) all the same. Things improved after I changed my routine, eating my big meal in the morning and something light - usually biscuits and cheese - for supper." - Susan


Community If you've had a previous miscarriage or a stillbirth, it can be very hard to enjoy being pregnant again. Share you fears and concerns with others who understand what you are going through in our community.

Things to consider Is it safe to use a seat belt during pregnancy, and what about cars with air bags?

Health and beauty - read our expert reports on


Pregnant after a previous caesarean? Will you opt for another section?

Remind yourself why it’s great to be expecting even if you're still feeling sick, tired or headachy. Why pregnancy can make your mouth water.

Tuesday, March 22, 2011

''susuk'' punya cerita...




Dah lama ibu x story pasal abg aqil(cewah dah dpt gelaran baru 'ABG'),semalam dia duk kusyuk tgk citer SUSUK so papa yg xder kerja terus snap gambar dia, mmg kusyuk betul la org panggil pun x dilayannya.minat betul cerita hantu.tapi yg kelakarnya tagline pisstt tu x pernah jadi...siap jeling tu yg x tahan hu..hu..hu..
Layanlah aqil cerita susuk tu janji x kacau ibu he..he..he.

Durian oh durian






Semalam papa call dah beli durian kampung,wahh x sabar nak balik makan,kalau nak tahu dapat kat mana ni kat kampung sg kandis sec34,sebenarnya dia xnak jual sbb durian tu utk makan (dia ni atuk saudara off.papa) tapi disbbkan papa cakap ibu mengandung nak makan so dapatla 5 biji.
Petang tu dah call kak long ibu tanya org pregnant boleh makan durian x, kak long ibu cakap boleh tapi org yg jual durian tu ckp jgn makan byk..tapi bila ibu tgk isi durian fuhhhh mmg tak tahan la best sgt, rasa dia pulak mmg x blh nak cakap mmg sedap yerlah durian kampungkan.rasanya hampir 1 biji ibu makan tu pun papa cakap stop jgn makan banyak2 sgt nanti panas kesian baby kat perut.kalau papa x warning memang ibu akan habiskan lagi 1 biji tu.Memang bestlah..ada lagi 2 biji balik mlm ni nak sambung lagi jangan marah papa...

Monday, March 21, 2011

Jalan-jalan cari makan...




Tadi duk sembang dgn untie finie pasal makan tadi pastu terjumpa la nasi kegemaran ibu, NASI KANDAR LINE CLEAR.eee x sabar nak ajak papa pergi makan kat bukit rahman putra...ni kalau nak tahu kami ni penggemar nasi kandar yg paling best stakat ni di KAYU NASI KANDAR kat subang tu...aha skrg ni nak try kat line clear ni x nak tgk clear ke x pinggan ibu tungggu...

ADDRESS:
NASI KANDAR LINE CLEAR
LOT 3413,JLN PERSIARAN RAHMAN PUTRA
TEL: 019-3635211


KAT SINI ADA WEBSITE PASAL KEDAI http://www.omar.my/2010/02/nasi-kandar-fareed-line-clear/ (X KELUAR LA PULAK WEBSITE NI)

P/S : DUK PENING TGK PERUT RASA CAM BESAR TP BILA TIMBANG BARU 47KG HU..HU...HU

Tuesday, March 15, 2011

coach sales







Coach ada buat sale weekend lps so ibu jointlah sekali kut ada yg berkenan,tahu jerlah coach punya price 1k keatas handbag dia, manalah tahu sale ni ada yg murah so worth it la beli time nikan...lagipun sale 70% berbaloi-baloi..

pulut gaul nyior



Papa mengidam nak makan pulut gaul nyior dgn ikan kukus goreng,pagi tadi ibu buatkan 1kg katanya nak bawa pergi office..asyik mengidam jer...tapi mmg dah lama ibu xbuat pulut ni, bila makan fuhhhh mmg bestlah...tambah pulak dapat nyior muda cicah pulak dgn ikan kukus goreng org cakap mak mertua lalu pun x sedar kut....

Monday, March 14, 2011

kerajaan haramkan botol susu polikarbonat

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. "Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanyaKerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my
credit utk berita harian

Botol susu

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan‘BPA free’atau bebas BPA.

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

credit to:http://moh.gov.my/v/pandu_Poli

Sunday, March 13, 2011

papa alahan teruk!!!

Pagi ni papa col dia muntah x berhenti lagi..padahal pagi td elok jer ibu tgk, langsung hari ni dapat MC duk kat rumah jer, papa cerita asal makan jer muntah, masa pergi chek up dr kata xde sakit apa, yg peliknya papa cakap bau DR tu punyalah busuk...x tahan nak termuntah, ni bkn mesti sbb pembawakan ibu mengandung, kan papa cakap kesian kat ibu dapat alahan tu so skrg dia dah datang kat papa...sabar k...

Dengar suara papa pun mcm x larat benar, kesian papa terpaksa tanggung skali tapi oklah at least papa rasa apa yg ibu rasa, ingat x tak hari tu bila ibu cakap semua benda jadi busuk tp papa x caya aha sekarang papa dah rasa apa yg ibu rasa terukkan...papa lagi teruk dgn DR pun papa cakap DR busuk baru tahu penangan org mengandung...so ibu hanya nak cakap bersabar jerlah yer...Cerewet sangat ni org cakap nak dapat bby gurl kut!!!

Check up...

Semalam papa dah bising bila nak pergi check dgn DR utk pengesahan lanjut, so ibu cakap hari ni 14.3.11 baru ibu pergi check up, pastu papa siap tanya lagi bila pulak monthly check-up, ibu cakap tunggu kandungan masuk 4bln baru nak pergi, papa cakap lewat sgt baik pergi awal2, so ibu kata nanti bila jumpa dr ibu akan tanya bila tarikh yg sepatutnya, utk puaskan hati papa ok...will see...
so inilah hasilnya dr cakap dah nampak fetus,kandungan dalam keadaan baik didlm rahim ibu,baby seorg bkn kembar ok, tp x clear sgt sbb baru nak masuk 8 week...dijangka bersalin pada 22 or 23.10.11 & ibu harap biarlah jatuh pada 23 biar sama date dgn aqil 23.2.. senang nak ingat...ibu ada tanya dr sepatutnya check-up harus dilakukan pd bln keberapa so dr suggest bila kandungan masuk ke 3 bln,aha papa puas hati skrg?

Satu lagi yg ibu duk risau skrg macamana nak putuskan susu dgn aqil, aqil still lagi BF waktu mlm disebabkan ibunya malas nak bangun buat susu kuang..kuang..kuang (salahkan diri sendiri yer), ibu ada tanya DR kalau anak sulung still BF w/pun ibu tgh pregnant so DR ckp ok as long as ibu makan mknan yang berkhasiat xkan menjejaskan kandungan (masalahnya ibu ni x lalu makan so how???) so ibu kena fikirkan solution terbaik utk anak ibu, nak putuskan terus x sampai hati...

ni antara contoh2 baby kat perut kita yg kagi jelas ditunjukkan...


yg ni agaknya dah masuk 5 bln ke 6 bln kut...

fetal growth and development


Wednesday, March 9, 2011

Bila papa salah cakap

Semalam teringat kata-kata papa kat aqil:-

aqil : nak..nak..(aqil datang menonong dgn bekas biskut)
papa: ooo nak roti..
ibu: tu biskutla bang bkn roti... sambil ngelengkan kepala apalah papa ni dah puas ibu ckp kalau dgn anak ckp yg betul ni ikut bahasa perak, biskut dipanggilnya roti kan dah x betul tu.

kalau nak tahu org utara or perak sebut biskut tu roti dan roti tu tetap roti. kalau balik sana selalu diaorg duk cakap biskut tu roti mula2 dulu pening jugak ibu nak faham.susahkan kalau berbeza loghat cam gini.

kalau ibu cakap ada bunyi G pandai pulak papa complaint:-
papa: duk s.alam dah dkt 8 tahun x hilang lagi G..
ibu: ah biarlah at least bunyi G tapi makna n maksud betul ini tidak biskut dia kata roti kan dah lari tajuk tu...

Jadi kalau nak bercakap dgn anak tu biarlah dgn bahasa yg betul maksud n maknanya..pesanan utk ibu jugak...

pisssst no warrrr....

Doa


Doa ketika sakit bersalin

Berdoa merupakan salah satu cara yg paling baik diamalkan sewaktu mengandung


Sunday, March 6, 2011

coretan ku..

Dah nak masuk 1 week, still lagi x lalu nak makan, perut bukan main lagi lapar, tgk jer makanan rasa nak uwek...masuk jer kedai makan tangan dah tutup hidup sampai papa cakap next time bw pengepit baju kasi letak kat hidung...ishhh papa ni ingat org main-main ker, cubalah kalau papa yg mengandung baru tahu azabnya.Nak makan x lalu, semua benda bau busuknya.Nak makan kismis n minum susu pun x blh nak telan macamana? nasi pun masuk dlm mulut sbb terpaksa,padahal sblm ni ok jer...cepatlah hilang alahan ni x larat dah yerlah perut lapar tapi mulut x mahu makan,penat asyik makan buah jer (sbb benda lain x lalu).

Semua benda masuk tong sampah bkn masuk kat perut membazir jer...badan pun rasa lemah jer yerlah sbb x makankan, nasiblah sepanjang ibu pregnant ni papa yg uruskan hal rumah, mop rumah, sapu rumah,basuh baju,sidai baju(lipat kain ibu yg buat),tolong jaga aqil time ibu rehat kalau xde papa haru jugaklah dibuatnya.thanks papa sbb tolong ibu.Thanks jugak sbb paksa ibu makan w/pun ibu x blh nak telan semua tu,dan susah-susah jer buat kan ibu susu w/pun ibu dpt teguk 2kali jer, nanti ibu try habiskan jugak hu..hu..hu.

ibu dah xder mood nak menulis perut dah lapar tp mulut xnak makan...ya allah cptlah hilang alahan ni biarlah aku dpt makan mcm org normal...amin.

Wednesday, March 2, 2011

Takziah

''Daripada dia engkau datang kepada dia engkau kembali'' takziah ibu ucap kepada adik kawan ibu wan mohd fadzil wan mohd semoga kamu ditempatkan bersama org2 yg beriman. beliau meninggal kerana dilanggar kuda semasa dalam perjalanan kerumah org tua,sekembalinya dari islamabad pakistan.
Tapi yg paling ibu geram kat sini harian metro tersalah tulis fakta yg tidak tepat mengenai kematiannya dan cara penulisan n fakta yg ditulis mengelirukan pembaca dan ramai yang tersalah tafsir.kalau tgk kat atas tu tertulis ''wanita jual anak lelaki" sepatutnya sebagai wartawan mereka kena elert sbb u oll ada adat & etika kewartawanan, sebelum dicetak sesuatu berita kenalah disemak terlebih dahulu.
Apa perasaan family arwah bila terbaca berita yg x betul seperti diatas...

Tuesday, March 1, 2011

Alahan vs morning sickness

2-3 hari ni ibu rasa x sedap mulut & perut kalau dlm bahasa terengganu ''luga'' x tahulah kenapa, mengandung kali ni mmg lain macam sikit, masa aqil dulu xder pulak rasa macam ni,rasa mual sesangat tp xde pulak muntah, mcm smlm papa masak nasi, bila ibu sampai kat rumah ibu tanya papa bau apa ni busuk sgt macam ubat kat spital, papa cakap bau nasi la..tp mmg busuk sgt rasanya..

Sama jugak bila lalu kat rumah jiran ibu,kalau kebetulan diaorg tgh masak ibu akan cakap kenapa la busuk sgt diaorg ni masak, papa pun ckp apa yg busuknya best apa bau ni.entahlah maybe sebab pembawaan bby ni kut semua benda busuk jer baunya...pagi tadi mulut rasa nak makan laksam,bila dah beli letak dlm kereta, tetiba jer terasa laksam tu bau busuk, ishk kenapa ekkk...tapi kalau ibu masak kat rumah xde pulak bau busuk cuma time nak makan jadi x lalu dgn masakan sendiri..

Satu lagi yg ibu x tahan, bila dah siap makan, perut ni lapas lagi, tekak dah mual2,ishhhk rasa teruk betul pregnant kali ni,sekarang ni kalau hujung minggu papa ajak pergi jalan mcm malas jer, tp dulu ibulah hantu jalan...entahlah rasa mcm berat jer kaki ni nak jln..nak naik tangga office yg 3 tingkat ni pun ibu rasa mcm lama sgt nak sampai kat atas...

Macamanalah agaknya keaadaan org lain yg kena lagi teruk drpada ibu, mcm adik ipar ibu kesian dia lagi teruk dia punya alahan siap kena masuk air lagi, jarum & botol sentiasa tergantung kat tgn kalau buang, pitam..nauzubillah mintak dijauhkan kena mcm ni pun dah x larat dah..

Alkisah ibu mengandung banyak dugaanya...lain org lain alahanya...