Sunday, June 19, 2011

Pemakanan utk ibu mengandung

Penting bagi ibu mengandung utk mevariasikan makanannya bagi memperoelehi semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.
Buah-buahan-target utk makan 5 hidangan sehari termasuk snek,jus & salad.

Makanan berkanji-roti,nasi,pasta,ubi kentang-byakkan bijirin penuh (wheat & whole grain)

Makanan berprotein tinggi-daging,ayam,ikan,telur kekacang.Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2x seminggu.

Makanan berkalsium tinggi-yogurt,susu,cheese

Makanan berserat tinggi-sayur,buah,bijirin & kekacang sbg makanan kegemaran utk mengelakan sembelit

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana blh mengakibatkan pertambahan berat badan seterusnya risiko kencing manis.

Perkara yg perlu dititikberatkan semasa membeli makanan ialah:-

Makanan seperti ikan,daging,ayam harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya.pastikan buah-buahan juga segar dan tidak mengalami petisid(sayur berlubang krn dimakan ulat atau serangga) sekiranya makanan di dlm tin sila baca kandungan nutrisi didlmya sblm membeli. sila lihat tanda lebal serta pastikan ianya adalah halal serta berkhasiat utk baby.

perhatikan juga tarikh lupus serta pastikan ianya berada dlm keadaan baik tidak kemek atau tercemar.

Bagaimana anda tahu pemakanan anda sihat atau tidak semasa mengandung

Kunci utama ialah mempelbagaikan pengambilan pemakanan dlm kumpulan yg dicadangkan seperti diatas dgn jumlah yg mencukupi.Jangan risau jika mengalami alahan pada trimester pertama.keadaan ini tidak akan memberi kesan kpd bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu drpd anda sebaik sahaja anda makan.

Bagi yg mengalami alahan pada trimester ke 2 sehingga bersalin,pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat biarpun sedikit tetapi kerap.walaupun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yg dicadangkan ialah 10-15kg(kebiasaanya 1.5-2.5kg pada trimester pertama dan 0.25-0.5kg pada trimester kedua dan ketiga,ttp jgn hadkan diri anda.sebaliknya fokus pada pemakanan sihat dan seimbang utk memastikan bayi anda sihat.

No comments: