Bukan itu sahaja kalau dgr radio mesti dia follow apa yg kat radio tu cakap.Kat tv pun sama semua benda diajuknya. Yg terbaru adalah Iklan MYVI ''lagi best" tuh & gaya michele yeo buat kung fu iklan anlene tuh.Kadang2 kelakar pun ada.
Last 2 week masa pergi round kat KLCC,mulut dia x habis2 berbunyi duk sebut klcc dgn pelatnya tuh..weekend kalau tanya nak pergi mana mesti ckp nak pergi KLCC, dulu kalau tnya mesti nak pergi jusco sbb yg tu dekat dgn rumah. Apa-apalah anak ibu ni.
Malam tadi terkejut dia bahasakan diri dia abg aqil, bila papa panggil aqil dia terus sound kat papa abg aqil sambil mata menjeling..dulu bkn main kalau org panggil dia abg bukan main marah langsung x menyahut.maybe sbb ibu selalu cakap dgn dia nanti aqil dapat adik, kena sayang adik,kena jaga adik x mahu gaduh2 tau.Kalu dulu bila cakap mcm tuh mesti dia ckp xnak tp skrg dia angguk sbb dah faham.
Kalau dulu tiap kali lps ambik aqil dari rumah bby sitter ibu mesti tanya hari ni makan apa,jawapan dia mesti mee..Tapi skrg bila tanya makan apa dia akan jawab makan nasi lauk apa.. fish...pastu dengarlah macam2 dia bgtahu pasal kengkawan dia.
Ibu rasa ibu paling bertuah & bersyukur dikurniakan anak yg senang dijaga ni, x byk meragam,cerdik,bijak,baik,x byk penyakit..sepanjang bergelar ibu x pernah ibu rasa anak ni menyusahkan malahan diaorg ni adalah pengubat jiwa dikala suka & duka.
Semoga kebahagiaan ini sentiasa di rahmati oleh yg maha esa.
No comments:
Post a Comment