Sunday, November 14, 2010

FUNGSI PERMAINAN KANAK-KANAK

Permainan Kanak-kanak, Bagaimana ia Berfungsi?
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa permainan membantu memulakan
proses perkembangan otak bayi. Otak bayi berada dalam keadaan yang sangat baik untuk berkembang, mudah-mudahan bayi anda akan tumbuh menjadi orang yang cerdas.
Tapi mengapa permainan begitu mempengaruhinya?

Pertama, mari kita lihat bagaimana otak bayi berkembang sepanjang usia kanak-kanak.
Buat pengetahuan para ibu bapa, otak anak anda berkembang lebih pesat pada zaman kanak-kanak berbanding waktu lain. Perkembangan otak bayi begitu pesat sehingga mencapai sekitar 60% berbanding perkembangan otak orang dewasa.

Ketika otak dalam proses pertumbuhan, sel-sel saraf yang dipanggil neuron, yang menyerupai kabel elektrik, pesat berkembang biak. Bayi yang baru dilahirkan, mempunyai banyak kabel yang tidak bersambung. Pada tahun pertama, neuron ini belajar untuk bekerja lebih baik dan mula bersambung antara satu sama lain untuk membina litar yang membolehkan bayi untuk berfikir dan melakukan lebih banyak perkara. Setiap bayi yang membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan pada otak bayi.

Asasnya adalah:
Semakin banyak rangsangan pada bayi anda,Semakin banyak sambungan saraf bayi anda dibina.Semakin banyak sambungan saraf bayi anda dibina, semakin baik otak berkembang. Semakin baik otak berkembang, semakin pintar bayi.
Dalam rangka mengoptimumkan sambungan saraf-saraf otak bayi anda, bayi perlu dirangsang melalui lima panca indera: mendengar, melihat, merasa, mencium, dan menyentuh. Ketika inilah permainan berfungsi.

Sebilangan alat-alat permainan ini direka tepat untuk semua itu. Ia direka untuk memberikan multi-rangsangan kepada panca indera.

Anda akan akan mendapati bahawa:
Pendidikan BayiPermainan + Layanan Ketika Bayi Bermain = Bayi Genius

No comments: