Tuesday, March 6, 2012

Nasib seorang isteri apa nilaian anda!!!

Rasanya ramai dah tahu pasal ni dlm informasi.netkan (credit to.info.net) tapi xper ibu nak share kat blog ibu manalah tahu kut2 ada yg terlepas pandang.Ooooopss sebelum ibu terlupa kalau mana2 yg baca blog ibu ni bila nampak setting x cantik kat blog ni please use mozila firefox baru blh nampak clear picture apa yg ada kat blog ni.xderlah nampak berserabutkan...kalau ok semua xper,ker pc ibu jer yg x ok he..he..he..
Ok meh ibu share sikit cerita kat atas..sila baca sampai habis wahai sang suami yer...

Seorang suami mengadu perihal sang isteri halimah yang x bekerja pada kaunselor:-

Kaunselor: Apakah pekerjaan encik Arif
Encik Arif: Saya bekerja sbg accountant
Kaunselor: Halimah pulak
Encik A: Halimah tidak bekerja, dia suri rumah sepenuh masa
Kaunselor: Tiap2 pagi siapa yg sediakan sarapan
Encik Arif: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya keluar bekerja pada pukul 6.30 am.
Kaunselor: Anak-anak kesekolah bagaimana?
Encik Arif: Halimah yang hantarkan sebab dia tidak bekerja
Kaunselor: Selepas hantar anak halimah buat apa.
Encik Arif: Pergi kepasar kemudian balik rumah untuk memasak dan mengemas rumah, halimah kan tidak bekerja
Kaunselor: Petang hari selepas encik balik rumah apa yg encik lakukan?
Encik Arif: Balik berehat kerana seharian saya penat bekerja
Kaunselor: Apa halimah buat
Encik Arif: Sediakan makanan, melayan anak, mengemas kerana dia tidak bekerja..

Berdasarkan cerita di atas anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja.Rutin harian halimah bermula dari sebelum subuh sehingga lewat malam itu juga masih lagi tidak dianggap bekerja.
Surirumah mungkin tidak perlukan segulung ijazah/pangkat yang besar tetapi peranan surirumah sangat penting..
Maka hargailah seorang isteri kerana pengorbanan seorang isteri tiada nilainya...

RENUNG-RENUNGKAN WAHAI SANG SUAMI....


6 comments:

lieynanilaz said...

jadi surirumah pun penat tau!!...renung2kan wahai para suami..

sue zainun said...

setuju..jadi surirumah mmg mencabar

Cik Rose Cute said...

huhuhu memang penat jadik surirumah...kena sabar gan telatah anak-anak...

Puan Kutu said...

betul tu suri rumah juga bekerja..jadi para suami sekelian silalah hormat isteri anda..:)

adyna said...

setuju sangat2 ;)surirumah bekerja jugak

IntaNBerliaN said...

betoi2... suri rumah pun bekerja.. lglah xdarehat kan..