Sunday, January 15, 2012

"SEGMEN : AMAZING ADVENTURES BY CIK ATIERA"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....


Jom! join segmen adventures ni.Tujuan tuan rumah menganjurkan contest nie untuk merapatkan silaturrahim antara blogger-blogger yang ada. Terbaeeek!! (Ikut ayat BoboiBoy). Hehehe.


Kena jawab 10 soalan yang memeningkan kepala.


1. Adam nak beli baju raya yang berharga RM20, die pinjam kat ayah =rm 10 dan die pinjam kat ibu = rm10. hari ini ada promosi raya dan harga baju raya tersebut turun menjadi RM15. Adam beli baju raya tersebut, sekarang Adam mempunyai RM5. Adam membayar hutang RM1 kepada ayah dan RM1 kepada ibu. so Adam masih hutang ibu RM9 dan ayah RM9 dan di tangan Adam ada RM3.So, jumlah keseluruhan duit RM9+RM9+RM3 =RM21Huh.. camne boleh lebih RM1???


Jawapannya :


Salah pengiraan Adam tu.
RM9 (Hutang Ibu) + RM9 (Hutang Ayah) = RM18
RM18 (Adam pinjam) - RM15 (Harga Baju) = RM3 (Duit dalam tangan Adam sekarang)


2. Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan mengunakan congakan sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah... Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30.... Campur lagi 1000. Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000. Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Jawapannya :


4100


3. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?


Jawapannya:


Sebab 4 ekor burung tu tutup telinga dorang dengan sayap dorang. Sebab tu 4 ekor burung tu jatuh ke bumi.


4. Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?


Jawapannya :


Kentut.


5. andai anda seorang perdana menteri, apa yg bakal anda lakukan demi negara?


Jawapannya :


Saya akan mentadbir negara dengan penuh keihklasan bukan dengan pentingkan diri sendiri...


6. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?


Jawapannya :

Dua-dua tak tumbuh sebab Pak Ali cuma tanam separuh je dari pokok koko dan pokok getah tu.



7. Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?


Jawapannya :

Sebab anak dia adalah anak perempuan.



8. da seorang imam,tengah sembahyang ada seekor anjing lalu di hadapan dia,pastu anjing menjilat kakinya sah tak solat imam itu?


Jawapannya :


Sah sebab anjing tu menjilat kakinya sendiri.


9. apa yg akan korang buat sekiranya ada pemuda yg lalu didepan anda, dan mencuri pandang beg duit anda seolah2 dia nak rompak beg duit anda?


Jawapannya:


Saya akan pura-pura buka beg duit saya untuk tunjukkan kepada dia betapa kosongnya beg duit saya tu. Mesti dia tak jadi nak rompak beg duit saya.


10. anda ada seorang abang, dan seorang kekasih, juga seorang sahabat.. siapa yg anda akan utamakan dan mengapa?


Jawapannya :

Saya akan utamakan ketiga-tiganya sebab setiap orang ada kelebihan dan kepentingan yang berbeza pada diri saya. (Soalannya tak nyatakan suruh pilih satu je kan?. Hehehe)

Selesai sudah menjawab soalan-soalan yang dipersembahkan untuk join segmen ni. Dah lama tak perah otak. So, ini kira senaman untuk menggerakkan otak saya yang dah karat ni. Hehehe.

Tuan rumah letakkan syarat untuk saya tag 2 orang. So, saya tag :

Cik Rose Cute
Cik Purple

Segmen ni berlangsung dari 12.01.2012 hingga 24.01.2012. Jom join reramai....


3 comments:

Nurul Syakira Zainal said...

Dah follow dah.

Jom join bloglist kiera:
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2012/01/bloglist-monster-rawr.html

Juliet_iRa~" said...

hee..rajinnya akk..:)

all the best!

mokcik-ann said...

Blogwalking..

Jom singgah balik blog baru update

http://macam-macam-ann.blogspot.com/2012/01/design-baru-fesyen-muslimah.html