Sunday, July 29, 2012

Student Registration Status

Pagi tadi check on-line status registration kat genius aulad(GA),alhamdullilah aqil di 'OFFERED' ke GA...every week checking still waiting to processing.Ingatkan dah x dapat maklumlah kat sini first come first serve. Aqil pulak hari2 duk tanya bila nak pergi sekolah...ibu takut bila dah masuk nanti dia pulak yg xnak pergi. Harap2 tidaklah yer...Be a good boy!!!
Ibu & papa sentiasa mendoakan agar kamu menjadi anak yg soleh & bijaksana dan sentiasa patut dan taat pada sang pencipta serta terdidik dgn ilmu duniawi & ukhrawi..Amin..

Kalau saper2 yg belum checking lagi blh lah ke website GA kat sini :-http://www.geniusaulad.com.my/

Aqil punya GA yg paling dkt dgn rumah kami HERE:-

ADDRES:9A & 11A, Jalan Plumbum Q7/Q
Seksyen 7,40000 Shah Alam


P/S:Terlalu cepat masa berlalu...ibu semakin berusia kamu pula semakin menginjak remaja...tup-tup nanti dah nak kahwin...emo pulak ibu bila fikirkan semua ni...kalau boleh biarlah kamu selalu berdekatan dgn ibu... x sanggup ibu nak berpisah dgn kamu..kalau boleh nanti kahwin pun biarlah kamu cari pasangan yang dekat2 jer (save budget), tak mau cari yang jauh2..macam ibu dgn papa nih sorang trg sorang perak...ingat pesan ibu yer...TETAPI


''Manusia Hanya Mampu Merancang Tapi Tuhan Yang Menentukan''



''Yang Baik itu Datang Dari Allah Dan yang Buruk Itu datang Dari Hambamu jua''...













Thursday, July 12, 2012

Di sudut Kamar Hatiku..

Bicara Ummumishkah http://www.ummumishkah.blogspot.com/

Rasa terpanggil utk menulis bila terbaca status dari FB seorang kawan dari alam maya... http://www.facebook.com/#!/ummu.mishkah.

Antara status yang di tulis:- (mohon share yer ummumishkah utk di buat renungan bersama)

Petang tadi sewaktu memantau sms dalam handphone anakanda mishkah,ada airmata yang gugur bila membaca sms antara mishkah dan baba...

Mishkak: Mishkak mengantuklah baba.

Baba:Mishkah bertahan yer sayang.Allah sayang mishkah.Baba dan mama pun sayang mishkah yang rajin belajar.

Sms ni mishkah hantar waktu dia dlm kelas tahfiz.Baba saban malam duk berkampung di masjid UIA menunggu anakanda miskhah.Bukan berseorangan ttp bersama anakanda fajar,muhamad dan khawlah kerana dia ingin melihat isterinya berehat tanpa gangguan dan waktu itu dia gunakan utk mengajar muhamad dan fajar mengaji.

Saya sebak mengenangkan pengorbanan seorang suami buat keluarganya.Tidak pernah saya mendengar keluhan negatif dari mulutnya walaupun saya tahu dia sgt letih kerana dialah org yang paling awal bangun di dlm rumah kami dan dia tidak akan melelapkan mata melainkan setelah isteri dan anak-anaknya tidur.Dialah seorang suami yang tidak pernah meminta apa2 dari saya hatta segelas air sekalipun.Dialah seorang yang tidak segan silu melakukan kerja rumah yang biasanya dilakukan oleh seorang isteri walaupun sewaktu kehadiran tetamu.Dia sanggup mengorbankan waktunya bersama kawan-kawan kerana di jiwanya ada anak-anak...

Dia mungkin tidak sempurna di mata orang lain tetapi disisi saya dia suami yang hebat dan setiap detik saya dapat rasakan kasih sayangnya.Dia juga baba hebat di mata anak-anak.Maka saya adalah manusia yang kufur nikmat andai tidak saya hargai dia dalam hidup saya.Sungguh Allah itu maha adil kerana menarik kasih sayang seorang bapa dari saya 11tahun lalu tetapi Allah gantikan dengan kehebatan cinta seorang suami. Alhamdullillah...

Hebat kan!!! cinta seorang suami terhadap isteri dan anak2nya.. itu pendapat saya...pendapat anda bagaimana..kenapa saya rasakan dia hebat kerana sifat suaminya yang mencontohi sifat rasullallah.Bergenang airmata tatkala membaca statusnya..ohhh Alangkah bertuahnya dia...Yer saya tahu mesti anda mengandaikan saya tidak bersyukur dgn jodoh yang di kurniakan allah..oh tidak!! saya ttp bersyukur walaupun suami saya tidak sehebat ummumishkah tetapi saya juga berharap suatu hari nanti allah akan jadikan dia seorang suami yang hebat yang juga akan mencontohi sifat rasulallah,kerana setiap manusia yang hidup di dunia ini amat mengharapkan seorang suami yang kasih & cinta kepadanya sepenuh hati...

Anda sendiri tahukan apa kelebihan & kekurangan pasangan anda...tidak perlulah saya luahkan di sini kekurangan & kelebihan hubby saya biarlah saya sahaja yang tahu.Tetapi untuk diri saya,saya juga berdoa dan terus berdoa agar dikukuhkan iman serta di beri kekuatan untuk menjadi isteri n ibu yang terbaik kepada suami dan anak2 tersayang.AMIN...

Resah hatiku merinduimu..Terbayang-bayang anggun senyum dan tawamu


baru semalam rasanya bagai setahun..Rindu padamu x tertanggung


indah suasanan tika bersama..siang dan malam seolah dialam syurga


cintamu itu cinta setulus jiwa


dimana ku cari gantinya


sepi dunia didlm riuh rendahnya


pedih jiwaku tanggung derita


patah hatiku kesalan tiada terhingga


kau satu dlm berjuta


kepada tuhan tempatku taruh harapan


engkau selamanya dalam bahagia


cintamu itu biar kukenanginya


disudut kamar hatiku


sekadar coretan buat kenangan


cerita kita disini kuabadikan


tinggi harapan semoga dipertemukan


dialam impian syurga idaman...















Majlis kesyukuran a.k.a house warming..23/6/12

Dah lama x update blog..mcm2 nak update tapi x tau nak start dari mana...nak cerita pasal marissa nanti org cakap asyik citer pasal anak dia jer...nak citer pasal aqil nanti org cakap macam tu gak..tapi apa nak kesahkan nama pun blog...lagipun blog ni mmg dedicated for them..

so nanti senang bila diaorg besar diaorg boleh tgk apa yg ibu dia dah sacrifice utk dia...


ok back to the story...baru-baru ni ibu ada buat majlis kesyukuran...ramai jugaklah yg datang sampai x menang tgn n x terlayanlah..kalau yg x terlayan tu sory la sgt..kalau badan ni blh di kerat 18 blh share kan ha..ha..ha..tapi x blh dan ada jugak kawan ibu yg x dtg disebabkan masalah yg x dpt dielakkan..xperlah janji ibu dah jemputkan...pada yg datang tu terima kasih ibu ucapkan...


Ni antara gambar2 yg ibu sempat ambik...ada lagi tp x sempat nak uplode kat FB pun x byk sbb xder saper nak jd cameraman semua malu2 kucing ahakss!! layan jerlah yer zassssss!!!

ok lah nak balik dah esok sambung another story GTG...


kak wati


office mate ibu

easthrine & aya

aya


kak kin & kak yus













Tuesday, July 10, 2012

Sunyi & Sepi

Because of THIS!!!!





Thursday, June 7, 2012

Nak try nih...

Meal Shakes Shaklee...




Duk tercari2 multivitamin utk aqil...dah mcm2 vitamin bg still x jln scot emossion lah..appeton laa...still xnak makan. Aha skrg ni ternampak meal shakes ni...tapi x tahu berkesan ker tak kat aqil...ada saper2 pernah try x? kalau budak x suka makan nasi kalau minum meal shakes ni blh jadi suka nasi x...


Meal shakess shaklee adalah satu pilihan pemakan yg di beri jolokan 'easy-on-the-go-meal'krn penyediaanya yg begitu mudah dan kandunganya yg lengkap membekalkan nutrien keperluan harian.


Meal shakes sesuai utk kanak2 yg aktif.sesuai jugak kpd mereka yg tdk sempat mengambil sarapan yg seimbang.juga membekalkan nutrisi kpd mereka yg sukar menelan supplimen dlm bentuk pil terutama warga tua.


Fakta meal shahkes




  • membekalkan sekrg-kurangya 35% nilai harian bagi 19 vitamin dan kaya meneral penting yg di perlukan tubuh.


  • sumber yg kaya dgn kalsium ,fibre dan protin


  • pilihan terbaik rendah lemak,rasa french vanila yg enak blh diminum begitu shj atau dicampur susu.

meal shakes juga blh diberi kpa bayi bermula 1thn dgn dos 1 sudu kecil.bg kanak2 usia dibwh 4thn blh diberi dlm kuantiti yg sedikit utk membenarkan tubuh mereka membina ketahanan secara independent.Boleh lah try nnti...ada saper pernah try x rasanya mcmana kalau x sdp harus masuk ke tong sampah nanti..


Nilah budak yg x suka makan tuh...

Dah tumbuh Gigi...7BLN 2 WEEK...

Malam tadi duk sedap2 susukan alma..adooooiii digigitnyer ''tut" ibu..terus suruh dia bukak mulut rupanya gigi dah tumbuh. atas sikit jer pada gusi tuh. tapi sakitnya bkn main lagi.Patutlah kjp2 gigit 'tut' ibu, bila kita jerit dia sengih. Alma lambat sikit tumbuh gigi compare to aqil.Aqil umur 6 bln dah tumbuh gigi. xper dik biar lambat tumbuh janji, biar lambat rosak. tgk abg kejap jer rosak gigi.Mau x rosak gigi sbb hari2 duk mkn sweet, bila tanya nak mkn apa jawapannya sweet, x bagi mengamuk 1 klang blh dgr...w/pun hari2 berus kdg kalau mlm terlupa or dia tertidur n x sempat nak berus tu yg jadi caries gigi tuh. Ni abg aqil masa tumbuh gigi dulu 30/9/2009...this moment mmg best...skrg pun best jugak tp org cakap kalau nak main dgn budak2 age 6-1 year la best. kalau age ker 3thn atas dia dah xnak main cak-cak dgn kita.. mesti nak main sorg2 xnak kita kacau kdg tu nak peluk2 pun di tolaknya kita. Jawapannya abg dah besar malulah ibu org tengok mcmana...ha kita pulak yg terkebil2 dgn jawapan dia...
Love u all muaaaaaaaaaaaaaaaaah


Sunday, May 20, 2012

SeGMeN "SaYa BLoGGeR HoT" By cHeGu aLoNg

Jom! join segmen dan berkenalan dengan member blogger lain.. Segmen Saya Blogger Hot by Chegu Along. Sape berminat atau rasa diri hot (aku pon tak hot tapi seyes aku slow...hihihi) boleh la join skali ye....



Mangsa tag kali ni lak:

Thursday, May 17, 2012

Bahaya air masak kpd bayi...


BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

~SHARING IS CARING~

Wednesday, May 16, 2012

KidZania-90 pekerjaan utk Kanak2..

Meh nak citer sikit pasal KidZania ni...Mcm best jer kan kalau bawa anak2 kita kat sini..bagi diaorg experiance mcm2...try tgk apa yg dia org nak jadi bila dah besar nanti..KidZania ni baru buka pada 28 Februari 2012 kira dah lama maybe ibu jer baru tahu hik..hik..hik...papa apa lagi jom la bw aqil kat sana.
Tapi satu jer aqil punya attitude bila ada org dia xnak join kan masuk nanti ibu n papa pulak kena cari kerja..
Meh nak story sikit pasal KidZania so nnti ramai2 la pakat pergi sana yer...

kidzania kuala lumpur 17 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!




KidZania Kuala Lumpur adalah satu taman tema khas untuk kanak-kanak bagi mengalami pengalaman menjadi ‘dewasa’ tanpa bergantung pada ibu bapa!
Kanak-kanak sekecil 4 hingga 14 tahun boleh memilih untuk menjadi doktor bedah, juruterbang, tukang masak, ahli bomba, mekanik, model, pelukis, pelakon dan pelbagai jenis pekerjaan orang dewasa.
kidzania kuala lumpur 05 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Ya! Mereka berpeluang bermain ‘menjadi dewasa’ di dalam KidZania Kuala Lumpur ~ satu bandar kanak-kanak yang meniru (replika) dunia kehidupan sebenar.
kidzania kuala lumpur 08 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Bestkan!! Ni mesti aqil suka sbb suka sgt tgk masterchef...
kidzania kuala lumpur 04 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kat sini jugak diaorg sediakan costume lengkap (menyerupai uniform/pakaian sebenar) apa sahaja jenis pekerjaan yang ada dalam KidZania Kuala Lumpur dan bermain di lokasi yang dicipta khas untuk kanak-kanak seperti hospital, stesen bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV, teater dan macam-macam lagi.


kidzania kuala lumpur 12 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kalau yg minat jadi press pun boleh..bestkan
kidzania kuala lumpur 01 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
KidZania KL ada 90 pekerjaan untuk kanak-kanak memainkan peranan *role play* dan ia juga ada ekonomi sendiri. Duit ringgit Malaysia atau apa-apa matawang lain tidak laku kat sini. Hanya matawang KidZania yang dikenali sebagai kidZos yang boleh digunakan.
kidzania kuala lumpur 09 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kanak-kanak yang bermain sebagai apa-apa pekerjaan dalam Kidzania ini akan dibayar gaji sebanyak 8 kidZos setiap pekerjaan. Malah kanak-kanak berpeluang menyimpan gaji mereka dalam bank dengan membuka akaun dan menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit di mesin ATM bank dalam KidZania KL.
kidzania kuala lumpur 15 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!
Kanak-kanak juga boleh membeli-belah menggunakan duit kidZos dalam mana-mana kedai yang terdapat dalam KidZania. Jika duit kidZos yang disimpan dalam bank KidZania tidak digunakan, ia boleh dikeluarkan semasa lawatan seterusnya ke KidZania.


Umpama menyimpan duit dalam bank sebenar. Memang sangat mengujakan!Mcm realkan..Apalagi jomlah dtg sini..


BAYARAN MASUK KIDZANIA KL
Harga tiket ialah RM55 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa. Tetapi orang dewasa hanya boleh masuk KidZania Kuala Lumpur jika ditemani kanak-kanak!
Biasanya kanak-kanak tak boleh masuk sesuatu taman tema jika tidak ditemani orang dewasa.
Masa buka hari Isnin – Jumaat (10am-5pm sesi 1), Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum (10am-3pm sesi 1, 4pm-9pm sesi 2).
KEMUDAHAN KIDZANIA KL
Faktor keselamatan sangat diutamakan di KidZania dimana kanak-kanak dan orang dewasa akan dipakaikan gelang keselamatan *security bracelet* yang hanya boleh dibuka semasa meninggalkan KidZania dan mengikut kebenaran penjaga/ibu bapa.
Kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas boleh ditinggalkan dalam KidZania tanpa pengawasan ibu bapa. Kanak-kanak bawah 8 tahun kena diawasi ibu bapa semasa dalam KidZania.
Semasa kanak-kanak ‘bekerja’ dalam KidZania KL sambil diawasi Zupervisors (pekerja KidZania), ibu bapa boleh menunggu dan berehat dalam Parent’s Lounge yang dilengkapi kemudahan internet wifi dan movie room.
Terdapat juga Urbano’s House dalam KidZania KL yang khas untuk babies dan toddlers.
LOKASI KIDZANIA
KidZania Kuala Lumpur terletak di Curve NX, Mutiara Damansara. Bangunan KidZania KL senang nak kenal sebab terletak berhampiran Ikea/Tesco dan ada muncung kapal terbang Air Asia terkeluar dari bangunan.
kidzania kuala lumpur 16 KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!


Jom pakat gi ramai-ramai yer...ANDA TERUJA IBU PUN TERUJA....
http://www.kidzania,com.my/

credit to: littlemamadiary

Monday, May 7, 2012

Ubat Sei Sei jugak yg jadi..

Ingat x pasal exzema yg marissa kena dulu..mmg teruk hampir 3 bulan x baik2..semua pakar dah pergi..pakar kulitlah...pakar kanak2lah...semua x jadi..
Dengan Kuasa ALLAH jugak semua ni berlaku..Sehari sblm main bowling ni ada seorang kakak ni tegur muka marissa..knp teruk sgt muka baby ni.dia pun cerita anak2 dia pn semua kn exzema so dia suggest cuba try ubat kat kedai sei sei tu ada ubat yg mmg utk exzema harga pun rm15 jer.
Ibu pulak pantang org cakap ada jer ubat exzema ni mmg terus nak carilah kan...
Lepas jer main bowling terus singgah n beli...alhamdullilah 2hari slps tu hilang terus exzema tuh...
Tapi x tahulah sbb ubat ni atau apakan sbbnya lps jer main bowling n makan agak2 dlm pukul 4 tu jiran ibu ada buat kenduri kesyukuran  so ibu pun hadirkan diri.Selesai jer makan pak su jiran ibu ni adalah tegur kenapa dgn muka marissa ni teruk sangat.. ibu cakaplah exzema a.k.a kurap susu...pastu dia pun letak ibu jari dia kelelangit dia pastu baca2 sikit ayat al-quran pastu sapu kat muka marissa. Ibu pun rasa maybe sbb kedua2nya kut dan dgn kuasa allah..exzema ni blh hilang...alhamdulillah..
 Nilah ubat yg ibu war-warkan tu..
Muka alma pun dah hilang tinggal pink2 jer sikit lagi..

Inilah dia...

Setiap kali org jumpa alma marissa mesti akan tegur bulatnya mata baby ni...pastu pandang ibu...pastu pandang papa...emmm xderlah bulat mana pun mata kitaorg...Sebenarnya masa ibu pregnant ibu tampal gambar baby kat bawah ni...x tahulah kalau kebetulan ker apa..sbb tuhan tu maha mendengar apa yg ibu doakan hari-hari ialah agar allah kurniakan ibu anak yang cukup sifat,putih n comel n bijak,soleh semualah n kalau boleh macam baby kat gambar tuh... ibu pegang satu benda jer ''janji Allah itu Benar''...Tapi mmg hari2 ibu tgk gambar baby tu..tu yg keluar2 mata bulat sama kut...Tapi baby yg kat gambar tu lagi lawalah compare to alma hu..hu...hu...




Inilag baby yg selalu ibu tgk...untie finie: sila copy paste this picture yer tp jgn lupa berdoa...

Masa Harith Aqil dulu ibu letak gambar baby kat bawah ni tu yg keluar2 mata sepet kut...officemate ibu kata macam mata bos ibu ''SEPET'' hu..hu..hu..tapi bila di fikir balik ada betulnya...

 
Sepetkan mata budak ni...
Mata Bulat ker Sepet ker yg penting cukup sifat n sihat walafiat kan...

Monday, April 30, 2012

For SALE!!!!!

Apa for sale!!!! ishhkkk...ishkkkk...Penat2 pregnants 9months suka-suka jer nak jual he..he...bayar berjuta2 pun x sanggup ibu jual yer  dakkk...Sebenarnya bukan si comel ni yg for sale...ni owner dia..tuan empunya aparment kat bawah ni.. kalau dah agreed nanti boleh deal terus dgn owner kat bawah ni..he...he...he...



Rasa sayang nak pindah dari apartment ni banyak kenangan terindah yg ada kat sini...tapi nak buat macamanakan pindah tetap kena pindah, sbb dah ada org nak sewa rumah ibu ni iaitu kawan ibu 'untie sue'...Tapi kalau ada org nak beli mmg ibu nak jual jer...
 HALL

 KITCHEN
OUTSIDE TOILET
 DOOR'S TOILET
 MASTER BEDROOM'S TOILET

 MASTER BEDROOM'S DOOR TOILET (abaikan batang penyapu tu yer)
 MASTER BEDROOM
BILIK KE 2

Kalau ada yang berminat nak membeli apartment ni jangan segan silu untuk menghubungi saya yer... harga boleh di runding hubungi saya di sini atau pun di facebook..
Berdekatan dgn Jaya jusco bukit raja...senang nak kemana-mana sahaja..laluan federal highway..senang cerita lokasinya mmg strategik la...

AddressNYA KAT SINI YER: C05-14 PANGSAPURI PERMAI
BUKIT KUDA,41300 KLANG SELANGOR




CESB-Tenpin Bowling 2012

Dah lama x main bowling...last sekali masa anak dara dulu tu pun 'the longkang girl' ha..ha..ha..Co. papa ada buat tenpin bowling papa ckp dah listkan nama ibu...alamak!!! belasah jerlah...tapi saper nak jaga marissa adoiii...
 Bersama staf cesb- dari kanan fiza kiri lupa pulak namanya..
 Ibu satu group dgn june, tunang dia & faizal cesb. ibu paling rendah dpt mata kut...nasib baik ada   tunang jun tlg pegang marissa...take turn...kalau x mmg x mainlah jawabnya..
ooops baru perasan...nampak gemuk jer i kan...baju saiz M tulah dah tanya papa xder ker size S dia cakap xder size S padahal ada..apalah papa ni...(perasan kurus lah ibu ni) tapi mmg besar pun baju ni hu..hu..hu...

 Ni lah dia tunang si jun..fizah dialah yg tolong pegang marissa tiap kali turn ibu...


 Ni pulak si aqil asyik duk kejar dia...x pasal2 jadi bola bowling....
         Lepas habis bowling terus pergi makan...lapar siut....