Sunday, May 29, 2011

Wayang punya cerita...

This week kerjanya tgk wayang jer...


Hari jumaat awal2 papa dah pergi book tiket utk pirate off carribean & kungfu panda.Hari sabtu tu tepat jam 5 tgk dah ramai org beratur, so papa pergi beli pop corn jap,mintak2 aqil x meragam.masuk jer dalam panggung ibu tgk aqil steady jer sambil kunyah pop corn,kejap2 mintak pop corn sambil layan cerita ibu dgn papa, mmg best cerita ni,ibu mmg x pernah miss tgk pirate tiap kali di tayangkan cuma kali ni aqil ikut sama jer, cerita dia mmg best ibu bg 5 star,kelakar pun ada..mmg syiok la tak rugilah ibu dtg tgk citer ni..Aqil pulak nasib dia x meragam tgk cerita2 mcm ni, cuma 5 minit terakhir dia dah mcm takut sikit sbb tgk tengkorak, mulut dia bising dok bgtahu kat ibu ada hantu.nasib x menangis...cayalah anak ibu esok ibu teman aqil tgk kungfu panda pulak..

Esoknya pulak masa yg sama jugak pergi tgk kungfu panda pula,bukan main excited aqil nak masuk panggung,time org duk beratur sibuk dia ckp dgn ibu jom bu...masuk jer dlm panggung bukan main lagi bila tgk citer ni terkikik-kikik gelak tgk aksi panda ni bukan aqil jer ibu dan papa tumpang sekaki, mmg x rugilah tgk bw aqil tgk citer ni mmg kelakar sgt sakit perut2 menahan ketawa tgk panda ni, tiap kali keluar panda,snake,rabbit,tiger mulut dia jer yg bising duk sebut nama kartun ni sambil tergelak-gelak sambil mkn pop corn,sampai nyonya kat sebelah tu ckp kat ibu''wah byk syiokla dia, ibu just agguk jer...bila cerita dah habis dia pulak xnak balik katanya nak tgk lagi...nanti kita tgk transformers pulak yer aqil...


Sampai rumah tgk ada miss cal dari kawan ibu untie uji, mesti cal nak dtg ambik ikan terubuk masin kesian untie uji...



Sunday, May 22, 2011

Jalan-jalan cari makan

Petang semalam papa ajak pergi makan ikan bakar kat bukit tinggi, ala yg selalu duk iklan kat tv tu restoren sekinchan ikan,restaurent ni baru dirasmikan oelh siti nurhaliza 20.5 baru ni, so masa ibu sampai kul 5.30 tempat dah full, ibu tgk dia punya system x teratur lagi maybe sbb baru bukak, nasib baik dapat meja.kitaorg terus pergi pilih ikan. ikan kerapu,sotong & lala.masakan kat sini x boleh pilih mereka dah tetapkan semua bakar sahaja yg lain xder. sayur pun xder just ulam-ulaman dgn air pekasam.

Nasi & ulam self service tapi ada jugak yg dtg hantar.mmg kelam kelibut la system diaorg ni.

Makanan pun lambat sampai tunggu punya tunggu x dtg,iklan kat tv bukan main lagikan..

Inilah dia style yg diaorg buat,rasanya mcm ikan bakar kat kelulut trg.saper2 yg pernah makan kat kelulut blh tau mcmana rasa masakan diorg ni..tapi bg ibu yg kelulut tu lagi terbaikkkk...la kan...tapi kalau kat sini mana lagi nak cari ikan bakar so kira ok la kat tgh bandar ada ikan bakar mcm ni tapi yg x bestnya service diaorang lambat...


Tgklah aqil pun sampai dah ketuk2 meja sbb lama sgt makanan nak sampai




restaurant ni kalau ada yg yg nak pergi dekat jer dgn jusco bukit tinggi tu...lepas shopping kalau lapar singgah ler makan kat sini...

















Friday, May 20, 2011

Baby dah tendang perut ibu!!!



Kandungan ibu dah nak masuk ke minggu 18, ibu dahdapat rasakan gerakan di perut ibu, wahhh that moment mmg ibu tunggu sgt2...baby kali ni lagi cepat terasa gerakan compare dgn aqil dulu.masa aqil dulu kandungan masuk ke 5bulan lebih, baru terasa gerakannya, tapi yg ke dua ni baru 4bln lebih dah terasa gerakan kat perut ni.Hari ni makin kuat menendang-nendang.Sabar yer sayang belum masanya lagi kamu nak keluar.Agaknya apalah jantinanyakan...hati ini tertanya-tanya...
Fakta MINGGU KE 18
pada masa ni baby dah mula bersenandung sbb janin sudah boleh mendengar pada minggu ni,ia pun akan terkejut apabila mendengar suara keras.mata bayi mula berkembang.ia akan mengetahui adanya cahaya jika anda menyalakan lampu suluh ke perut anda.panjang sudah 14cm berat 140gram.
http://www.perkembanganjanin.blogspot.com/








Thursday, May 19, 2011

Umrah

Menjadi tetamu Allah adalah satu harapan bagi umat islam termasuk ibu, cuma belum terpanggil utk ke sana insyaallah suatu hari nanti ibu akan menjadi tetamunya.
Balik kampung baru-baru ni mak ibu cakap dia nak pergi buat umrah bulan 11 tahun depan.Syukur ke hadrat ilahi tertunai hajat mak nak ke sana walaupun untuk menunaikan umrah at least dapat menjadi tetamu Allah akhirnya.Ayah pun akan turut serta.Hati ibu pun terdetik alangkah baiknya kalau ibu dapat mengikuti rombongan tersebut.
Sepatutnya pada tahun ni mereka pergi tapi atas sebab2 yg x dpt dielakkan rombongan tersebut terpaksa di tunda ke tahun hadapan.mungkin dah menjadi rezeki utk ibu bersama-sama dgn diaorg.
Insyaallah dalam perancangan kalau ada rezeki dapatlah ibu menjejakkan kaki di bumi anbiya'.
Kalau di ikutkan utk mengerjakan umrah ibu kena ambik cuti selama 2 minggu, nak kena fikirkan baby & aqil sekali,maybe ibu pergi seorg tanpa di temani papa insyaallah.Lagipun segala hutang piutang semasa belajar dulu telahpun ibu lunaskan.
Ya Allah aku bermohon agar apa yang dirancang ini menjadi kenyataan & permudahkanlah urusanku.AMIN...

Tuesday, May 17, 2011

Luahan hati seorg isteri...

ibu nak luahkan apa yg terpendam kat hati ibu ni, walaupun nanti ada org cakap ibu ni bukan menantu tapi hantu ibu x kisah, sbb ibu yg mengalaminya,org xkan tahu apa yg ibu rasa.Alkisahnya lastweek papa col ibu katanya nak bawa mak dia (mak mertua ibu) pergi klinik kat terengganu.Ibu dah tahu pasal ni sbb tiap2 minggu mak papa asyik col papa nak ajak pergi ke klinik kat terengganu tu.Ibu pun heran macamlah kat perak & kuala lumpur ni dah xder klinik, klinik yg kat terengganu jugak dia nak pergi.Ibu dah semacam sbb memikirkan penat tambah tgh pregnant ni.


Ke betulan baby sitter aqil mintak cuti hari jumaat, papa suruh ibu ambik cuti jugak hari tu.hari isnin pun ibu terpaksa cancel appoinment dgn doktor gara2 nak bawa mak papa ke terengganu.Papa pulak terpaksa ambik cuti 4 hari (jumaat,sabtu,isnin & selasa).Malam jumaat tu terus bergerak ke taiping utk ambik mak mertua kat kampung, kira2 kol 12 lbh sampai taiping, badan pun dah penat mana taknya duk meriba aqil jer sepanjang perjalanan tu. esoknya terus sambung perjalanan ke terengganu melalui grik(kelantan),tuhan jer tahu betapa penatnya badan ibu,letih semalam x hilang lagi hari ni dah sambung perjalanan lagi.Dalam pukul 5 lebih sampai rumah ibu di setiu.Badanpun dah rasa sengal2bayangkan sepanjang perjalanan asyik meriba aqil jer mana x penatkan.


Esoknya terus bawa mak mertua(Mother in law aka MIL) ibu ke klinik kat kuala terengganu.sepanjang perjalanan pergi dgn balik tu ibu tgk papa bawa kereta pun dah ke kiri & kanan sbb penat & mengantuk, ibu pun dah x kuasa sbb kepenatan sangat kalau x pregnant xpe ni tgh berbadan dua kepenatan tu mmg terasa.Kejap kereta papa masuk line kanan kejap kiri, mata pun dah x blh buka, ibu dalam hati tawakal jerlah kalau accident pun nak buat macamanakan.Lepas pergi klinik bawa mak mertua ibu beli keropok utk jiran tetangga dia, lps tu terus balik ke kerumah,ibu sepanjang perjalanan

tu tidur jer kerjanya,tu jer ubat utk hilangkan penat.Hari ahad tu x pergi mana2 sbb mmg balik ni semata2 nak pergi klinik jer kan.


Hari isnin lepas zohor nak bertolak balik, papa cakap nak balik ikut grik sbb nak hantar MIL balik dulu, ibu cakap ibu dah penat bayangkan dari klang-perak-kelantan-terenggau so sekarang nak kena redah sekali lagi memang ibu x sanggup.penat semalam x hilang lagi ni. ibu cakap hantar ibu ke Klang dulu pastu baru papa balik hantar mak dia sorang keesokkanya.ibu dah masam mencuka..Papa cakap kalau terus ke KL nanti kena tol & duit minyak pun dah habis banyak pastu dia drive sorg2 mesti mengantuk,ibu cakap suka hatilah org dah penat.Tapi last2 sbb kesiankan papa terpaksalah ibu mengalah kena balik ikut jalan yg sama terengganu-kelantan-perak-klang.


sblm makan tengahari papa dah cakap kat mak dia lepas zohor bertolak ke perak,ingatkan my MIL dgr apa yg papa ckp tapi x tahulah kut2 lupa.Ibu pun terus pack barang2.On the way ke perak tu ibu & aqil just tidur jer papa drive sorang2, ibu kesian tgk papa mata pun x blh bukak sbb mengantuk,kekadang ibu perasan kereta kejap kiri kejap kanan, ibu pun x blh buat apa, badan ibu pun dah sakit2.Sorry yer papa ibu x blh nak tolong..


Berhenti kejap kat kawasan rehat kat grik utk solat MY MIL cakap ubat dia tertinggal kat kampung, ibu tgk muka papa dah bengang ibu dalam hati xkan nak pusing balik dah jauh gila ni, pastu dgr la papa membebel ''ishh mak ni dah la ubat tu mahal,boleh pulak dia pergi lupa nak ambik'' ibu dalam hati mau papa x bengang sbb bukannya murah ubat tu rm200lbh papa yang bayar mestilah dia terasakan.Lagipun datang jauh-jaun ni pun semata2 nak pergi klinik.Pastu ibu dgr MY MIL ibu cakap, dia kata papa x bagitahu dia nak balik lepas zohor padahal ibu dengar papa bgtahu sblm zohor nak bertolak tadi, bukan papa jer bgtahu dia,mak ibu pun ada bgtahu. Tapi yang peliknya keropok dgn baju yg baru dibeli kat trg tu xder pulak tertinggal boleh pulak ubat yg penting tu dia lupa.Bengang kejap ibu di buatnya.


Bukan tu sahaja, lepas jer sembahyang mak mertua ibu datang mengadu katanya handphone dia hilang dia x tahu mana letak.Ibu rasa ni dah kali keberapa HP dia papa tolong belikan, kalau papa beli kali ni kali ke 3 la kot.walaupun hp yg biasa jer papa beli tapi kalau dah 2-3kali mesti dah blh beli blackberry kan.


Kadang-kadang ibu rasa diaorg sajer gunakan papa, mentang2 papa ikut/tunaikan hajat diaorg.Suka-suka jer mengadu mcm2,mcmlah papa ni kaya sgt...Papa pun x pernah belikan ibu HP huk..huk..huk..

Ibu malas nak campur biarlah..lepas jer sembahyang terus bertolak aqil ibu tgk dah lain mcm duduk pun x senang kadang2 dia tendang perut ibu aduhh sakitnya tuhan sajer yg tahu.Masa tu dah masuk jam 6 ptg tetiba jer aqil muntah habis kena baju ibu,muka dia dah pucat gila kesian anak ibu terpaksa tanggung semua ni.behenti kejap salin baju kat tepi jln dgn keadaan berkemban rasa ralat pun ada balik kali ni.Sampai perak dah pukul 9lbh,badan dah kepenatan dalam kepala ibu just nak tidur jer sbb esok nak balik KL pulak.Malam tu pulak x blh nak tidur sampai pagi sbb aqil meragam jer maybe sbb kepenatan.


Dalam hati ibu sorrylah next time kalau nak pergi lagi klinik kat terengganu papa bawalah sorg2 or senang cerita cari jer klinik yg berlambak kat sini, x kuasa dah ibu..sakit habis badan2 ni..




p/s: Tu pun ada lagi saudara jauh papa cakap ibu buat nasi kangkang kat papa alasanya papa dah jarang pergi rumah dia, dia x tahu sbb sebenar papa x pergi sbb x suka mulut dia yg pot pet2 tu.Geram ibu dgn manusia2 yg percaya dgn benda2 kurafat ni. kalau betul ibu buat xder nya papa susahkan diri macam ni.

Sekarang ni pun badan ibu still sakit2 lagi...

Saturday, May 7, 2011

Accident...

GAMBAR HIASAN

Nak di jadikan cerita lepas jer mandi ibu & aqil nak g breakfirst kat sacc,masa nak parking kat bawah tu entah macamana bila ibu nak reverse gedegang bunyi mcm terlanggar sesuatu.rasanya ibu dah tgk mirror mmg xder kereta entah bila pulak muncul secara tiba-tiba, org cakap benda nak jadikan. Nasib x jadi apa-apa kat kitaorg.so ibu turunlah tgk bumper kereta ibu habis rosak, kereta gen-2 tu pulak kemek sikit kat pintu kiri belah belakang.

So nak dijadikan cerita, ibu cakap la dgn dia ibu akan bayar,org lelaki/melayu bila dia dengar macam tu dia macam-macam dia pusing cerita dah macam keling.ada ke patut dia cakap nak suruh ibu bayar lbh cth kalau kereta tu masuk workshop 3 hari so ibu kena byr cost utk 3 hari tu bkn sahaja cost repair.ibu dah rasa org ni mmg nak tipu ibu so ibu cakap kejap ibu col papa.Ibu terus col papa, papa cakap bagi dia cakap dgn org tu, so ibu bagi la kat org tu ibu dgr la papa cakap, papa akan bayar tp kena pergi workshop yg selalu repair kereta papa tp org tu mcm2 dalih dia ckp nak suruh papa byr benda mengarut pastu cakap tengking2 dgn papa, papa pun apa lagi terus papa ckp dah cukup bagus papa nak tolong repair kereta tu. pastu ibu dengar org tu ckp '' dah cukup bagus saya x hentak wife awak'', bila papa dgr dia cakap mcm tu papa cakap tunggu kat situ nanti papa datang.

Bila papa dtg ibu tgk muka papa dah lain,ibu dah takut dah papa mmg cukup pantang kalau org cakap krg ajar dgn dia,dia akan lagi krg ajar,kalau org tinggi suara dgn dia,suara dia akan lagi tinggi,kalau org berlembut dia lagi berlembut, ibu mmg tahu sgt perangai dia.Bila dia turun jer dari kereta dia terus ckp kat abg tu mcm ni la kira percakapan diaorg..

PAPA: Apa abg cakap tadi nak hentak wife saya cubalah kalau abg berani, tadi bukan main lagi ckp nak hentak,mentang2 dia perempuan..

ORG GEN2: yerlah sbb td awak cakap dah cukup baik awak nak byr...saya xder sentuh pun wife abg tapi abg kena byrlah mcm yg saya cakap tadi..

PAPA: Betul apa saya cakap tadikan, saya akan bayar cost repairkan, ada saya ckp saya xnak bayar, xderkan..papa dah tinggi suara , awak yg mintak suruh byr cost yg bukan2 saya tgk bkn byk pun yg rosak ketuk jer sikit dah ok..

Pastu abg tu melawan lagi,dah macam nak bertumbuk ibu cakap sudah-sudahlah ibu dah menangi kat itu..abg tu tadi macam ckp nak suruh byr mcm dia ckp kat ibu tadi..nonsens papa cakap..

PAPA: Abg jgn kurang ajar kalau x puas hati jom kita pergi balai saya malas nak bertekak dgn abg saya akan buat report sekali yg abg ugut nak hentak wife saya..

pastu nampak mcm abg tu takut bila papa cakap mcm tu..dia ckp kita settle kat sini tapi dia tambah mcm2 lagi. papa dah x tahan papa cakap jom kita g balai apa2 citer jer kat sana.

So terus gi balai sec.11,sampai jer sana abg tu dtg sekali lagi, cakap x payah la buat report jom g settle kat workshop...

PAPA: Saya akan byr utk repair kereta jer yg gaji abg sorry sy x boleh,

ORG GEN2: Mana blh macam tu...pastu dia tambah lagi...papa cakap senang citer kita dah sampai balai ni abg citer kat sana,kalau sy buat report abg ugut wife saya abg masuk lokap malam ni, abg tu mcm takut terus setuju ikut papa pergi workshop...

papa mmg bengang gila sampai workshop terus dia ckp dgn tokey tu suruh repair nanti dia bayar,terus kami belah dari situ, bincang dgn org macam ni sakit hati kita kata papa..


Lepas ni kalau ada kes mcm ni kena cpt2 col husband or org berkenaan kalau x sajer2 jer diaorg ni buli kita...

Friday, May 6, 2011

Emergency leave...

Semalam ibu take emergency leave, kol 6.30 pagi kepala dah berpusing-pusing, sakitnya tuhan sahaja yg tahu..nak ke bilik air pun papa yg papahkan..siap jer ibu pakai baju nak ke office mulut pulak terasa nak muntah terus ibu berlari ke bilik air,segala isi perut keluar. Papa cakap xpayah pergi kerja nak drive pun x blh...
ibu col office inform ibu x kerja..dlm kol 12 x makan apa-apa, makan jer muntah...dah la tidur pun x blh disbbkan pening bkn kata nak tidur baring pun x boleh berpusing-pusing dunia ni ibu rasa...kol 12.30 papa dtg hantar nasi, ibu sempat jamah 3 mulut x sampai 10 minit muntah lagi keluar semua apa yg ibu makan tadi. nak kata morning sickness x mungkin sbb kandungan nak masuk 4bln dah...
Tuhan jer tahu betapa laparnya perut ibu ni, nak makan x tak lalu langsung sampailah ke mlm perut ni kosong...muntah pun keluar air jer, dari kol 8 mlm tu ibu duk jer kat sinki x gerak mana2, hari ni pun terasa lagi sakit kepala...tunduk jer rasa berpusing-pusing...solat pun tidak smlm yg sempatnya waktu zohor...hari ni kena qada balik solat yg x sengaja ditinggalkan tuh...
huuh...penangan mengandung kali ke2 ni memang teruk compare yg 1st....lepas ni mintak dijauhkan semua tuh....Ya Allah...

Tuesday, May 3, 2011

HandBag from Paris..'Longchamp'

Ahaa....handbag ibu dah dapat cantik x? last week officemate ibu pergi holiday kat paris so ibu kirim lah handbag kat dia ibu cakap x kisah patent & colour apa janji cantik & blh bw ker office & jln2 so dia tolong beli brand Longchamp 'Le pliage' tote bag.ibu suka sgt bkn sbb cantik shj tp sbb blh muat banyak brg maklumlah dah ada anak ni semua tu kena fikirkan yer tak...

Brand: Longchamp'Le pliage' tote bag Paris.
feature:Embosses leather trim a roomy,water-resistant nylon tote that folds into a compact shape for storage...



to papa:- papa nanti tolong bayarkan yer..sempena hari ibu waaa...boleh x gitu...cian papa...

P/S: Thanks to officemate ibu easthrine loo sbb tolong belikan ibu handbag ni muaaaaaaah...

Monday, May 2, 2011

Susu Tepung for baby

Sebut pasal susu ni pening betul bukan sbb x tahu nak bagi brand apa utk minum tapi x tahan dgn harganya...lepas aqil dah putus susu ni baru ibu tahu betapa susahnya kalau bagi anak susu tepung. 1st sbb harganya 2nd sbb kena bangun mlm buat susu, ishh time ni ibu paling x suka gangguan waktu tidur ibu, lebih2 lagi time preggy ni...tapi tu ibu blh tahan lagi sbb papa & ibu ikur turn buat susu.tapi yg paling x tahan sbb harga susu yg melambung tinggi ni.Orang cakap
lagi bagus susu tu lagi mahallah harganya..nak x nak utk bagi anak yg terbaik terpaksalah berkorban duit sikit, macam yg DR aqil pesan biar beli susu mahal sikit xper utk tumbesaran dia, pastu DR cakap biar beli baju pasar malam janji jgn beli susu cap ayam hu..hu...
Nasib baiklah aqil dulu dari 1st day until 1 year 9months dia fully breastfeeding kalau x tak tahulah lagipun ibu percaya susu ibu lebih bagus dari susu yg ada kat dunia ni...Bayangkan
skrg ni lps putus susu dlm 3bln ibu dah habis kat beribu kot utk susu sahaja.. seblm ni ibu try yg brand soya isomil masa mula2 dpt aqil ni pun sbb kena paksa kat oleh jiran2 yg dtg melawat sbb takut kalau masuk kerja x cukup susu kononya...rasanya sempat beli dlm 2 tin w/pun aqil x minum.
selepas tu disusuli dgn susu enfagrow berkotak-kotak jugalah habis,susu ni guna masa umur dia 1 thn 7bln ibu dah start campur dgn ASI,selang seli dgn anmum sblm keluar yg brand tanpa gula tu..nampak mcm aqil x brp suka dgn enfagrow n anmum ibu tukar lain brand,brand GAIN PLUS mmg mahal jugaklah bayangkan 1 bulan 2 tin. 1 tin rm51 kalau 2 tin dah jadi rm 102.ni yg kat rumah ibu campurlah dgn yg kat rumah pengasuh pulak x ker jadi rm 404.00. Pastu x tahan sbb kejap jer habis sbb rasa susu ni mmg best compare dgn susu yg sebelumnya diakui sendiri oleh baby sitter aqil...aqil mmg suka dgn brand ni tp ibu la yg teruk sbb harganyakan...

pastu ibu tukar pulak dgn brand ni sbb ibu tanya kawan ibu dia kata anak dia ok minum, sbb ibu takut kalau salah beli nanti aqil x minum, kebetulan kedai sei sei tgh buat promosi utk habiskan stok dari rm 80lbh jadi rm67 so ibu beli 3 tin...bayangkan 1 bln 3 tin rm 201 mmg kopaklah duit ibu utk susu jer...satulagi susu ni kalau goncang byk keluar buih,time aqil minum macam hisap angin jer ibu rasa, satu lagi ibu x tahan bau dia masa time nak basuh botol susu ni,siap tutup hidung lagi x tahulah kalau sbb pregnant kut...


pastu skrg ni ibu beli anmum tanpa gula ni,nampaknya aqil pun suka dgn susu ni compare dgn anmum yg seblm ni..yg ni pun harga rm25.9 satu kotak. ibu dah beli 1 kotak dlm 3-4 hari dah habis skrg beli lagi sekotak..huh..kalau ikutkan ibu still nak continue ASI,tapi disbbkan keadaan ibu yg x mengizinkan terpaksalah ibu stop, kalau ASI mesti jimatkan..

ibu x tahulah kut anak ibu yg minum susu kuat anak org lain x kut...nak kata x makan nasi makan jugak, kalau croissant tu 1 buku blh habis tu yg pelik tu..

kau org ada masalah mcm ibu x...any idea...

Ibu kebingungan susu..oh..susu...