Tuesday, April 26, 2011

Ibu dah x merajuk bila dapat ni...



Ni aqil punya..


*


*
*
*
*
*
*
*
*
*


*


*
*


*
*
*


*


ni ibu punya...
papa ckp as a replacement for holiday...tp he promise after baby deliver insyaallah kita pergi.TQ papa for the gold ring muahhh..muahhh...

Chinese food-lui cha

kat mana nak cari bendaalah ni dia seakan-akan nasi ulam, bukan ibu yg nak makan tapi adik ipar ibu yg pregnant nak makan...kesian adik ibu duk cari2 benda ni..
satu lagi nak tahu halal ker x lui cha ni??? saper2 yg tahu blh bagitahu yer...


Tuesday, April 19, 2011

Kali ni ibu pulak yg merajuk...

Ignore gambar kat atas ni...

Huk..huk..dah lama x pergi bercuti obersea...mlm tadi tanya papa bila nak g bercuti likes bandung ker...bangkok ker...papa cakap tahun ni kena budget sbb tahun dpn nak masuk rumah baru banyak benda nak buat kat rumah tu papa cakap...renovate ler...wardrobe la..kichen cabinet la mcm2 lagilah...bercuti tu bila2 masa boleh pergi cakap jer nak g mana lepas settle hal rumah ni kita pergi papa cakap..kata nak rumah selesa n cantik kena la sabar sikit lagipun ida kena jaga kesihatan kan tgh preggy tu...Kalau nak shopping t-shirt n kain utk baju raya pun dah x boleh pakai dah sbb badan pun dah naik.Nantilah lain kali kita pergi yer sayang...papa pujuk ibu..


waaaaaa....sadis ibu dgn jawapan papa walaupun ada benarnya...ala perut kecik lagi still boleh naik flight ibu cakap...ibu bukan nak shopping ibu nak release tension jer tenangkan fikiran,nak lari dari kesibukan kota ni...Papa cakap''Dari awal tahun dulu abg suruh surwey nak pergi mana tapi x buat skrg ni baru nak g jalan2,bulan 1 hari tu abg ajak pergi buat passport aqil tapi ida xnak,ala hari tu x rasa nak g mana2 sekarang ni dah rasa..bukan ida yg nak g tapi baby kat dalam perut ni manalah ida tahu(alasan yg x munasabah he..he..) ishhh ada ker baby pulak papa cakap...lagi pun skrg ni abg tengah banyak kerja...


emmm takpelah ibu dah merajuk...bangun dari kerusi terus masuk bilik ambik selimut tutup muka...(baby kat dalam jgn merajuk mcm ibu tau!!!)




Monday, April 18, 2011

Tersentuh hati ini...

Tiap kali ibu baca blog http://mayyonnizz.blogspot.com/ air mata ibu pasti mengalir,entahlah tapi always bukannya 1 kali tapi berkali-kali lebih2 lagi kalau cakap pasal anak ni,Benarlah dulu sblm jadi ibu kita x faham kenapa ibu,mother,mak,mummy,umi ni berada di tempat pertama, setelah bergelar ibu barulah ibu faham nilai seorang ibu...

Sila ke blog ni mummy alanna ni http://mayyonnizz.blogspot.com/ pasti kita semua tersentuh melihat ketabahan seorang ibu semasa hayat anaknya yg bernama alanna.Semoga dia di cucuri rahmat di sana.amin..

Thank you Allah,For my mother

Who should i give my love to?

My respect and my honour to

Who should i pay good mind to?

After Allah and Rasullullah

Comes your MOTHER

Who next? your MOTHER

And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you,And always be with you

When you were sick,Stay up all night,Holding you tight

That's right no otherYour mother (My mother)

Cause who used to hear you,Before you could talk

Who used to hold you?Before you could walk

And when you fell who picked you up,Clean you cut

No one but your mother, My mother

Cause who used to hug you,And buy you some clothes

Comb your hair And blow your nose

And when you cry,Who wiped your tears?

Knows your fearsWho really cares?

My mother


Say Alhamdulillah,Thank you Allah


For My MOTHER.


Credit utk http://mayyonnizz.blogspot.com/ thanks to mummy alana & nadime
























Thursday, April 14, 2011

JOM MAKAN NASI AYAM...

Hari ni ibu Masak nasi ayam..yummy..yummy..ni nasi kegemaran aqil, nasi n sup jer dia makan..ayam x makanla pulak..
Papa cepat sikit balik lunch tau, ibu tunggu papa jer sekarang ni he..he..papa x tahu ibu cuti hari ni mesti dia terkejut...
Hari ni ibu jadi fullhouse wife..semua dah settle dah sapu rumah dah mop, dah basuh bilik air dah tukar cadar, dah basuh baju,dah lap semua habuk dah vacuum seluruh rumah dan dah pakai wangi2..sekarang ni tunggu papa jer balik makan.... cepat balik yer sayang....

Sempat lagi uplode kat blog sementara tunggu papa balik...

Wednesday, April 13, 2011

Don't know why!!

M.A.L.A.S NAK UPDATE BLOG

  • MALAS nak bawak camera yg besor gedabak tu..

  • Sbb xde mood & idea utk menulis...

  • MALAS sbb perut dah nak memboyot... Nanti kalau mood dtg idea pun mesti dtgkan...

Merajuk

Kecik-kecik dah pandai merajuk tu baru 2 tahun kalau dah besar nanti x tahulah..kalau merajuk mesti duk tepi bilik air, entah apa yg istimewa kat situ xtahulah..
Nak tahu merajuk kenapa sbb lambat buat susu, ni lepas dia bangun tidur dia mintak susu kat papa tapi papa x dengar lansung merajuk duk tepi toilet...Jaga2 aqil ada cockroach kat situ..he..he.. Ni cerita lain pulak,Malam tadi kol 10.00 malam dia kata nak mandi ibu cakap malam2 mana boleh mandi, nak mandi dia cakap lagi ni mesti dia poo..poo...bila ibu tgk kat pampers dia mmg betul dia poo..poo.. ibu ckp kat dia next time kalau nak poo..poo cakap nak yak...pastu semalam bila dia poo..poo dia bagitahu ibu..ibu yak...baru ibu faham... aqil ni kalau dia poo.poo dia mesti lari jauh2 supaya org xnampak..suka hatilah aqil nak menyorok kat ,manajanji hari2 aqil poo..poo.. kalau x poo..poo lagi ibu risau...

Wednesday, April 6, 2011

Gosok gigi & putus susu


GOSOK GIGI

@Dulu kalau nak gosok gigi aqil ni jenuh jugaklah dia kunci mulut...pastu xnak kita gosok nak gosok sendiri, bila dia gosok tahu jerlah mcmmanakan dia hisap ubat gigi bkn berus gigi..

@Tapi ibu x force dia,biar dia belajar lama-lama nanti oklah kan...sekarang ni dia rajin sikit gosok gigi pastu kumur, kadang-kandang bila ibu kata ludah dia akan sembur sikit jer kat lantai byk yg ditelanya..nasib ibu sediakan air masak utk dia kumur.ibu x bagi dia guna air paip kalau berus gigi takut terminum air klorin pulak.

@Yang paling dia suka kalau dia mandi dgn papa dia habis gigi & lidah dia di bersikan oleh papa, dari luar ibu ada dengar papa nyanyi "bangun pagi gosok gigi...gigi aqil bersih sekali...siape malas gosok gigi...nanti cockroach mari.'' kelakar jugak...nak tahu kenapa cockroach sbb aqil mmg geli dgn lipas.kalau tgk kat buku mesti dia ckp eeeee...
@Tapi ada jugak time mood dia x baik,dia xnak gosok gigi..sampai menangis-nangis...berperang jugaklah dgn dia disebabkan gosok gigi punya pasal.Tambah2 tgh pregnant ni sabau jerlah...
PUTUS SUSU

@Dah masuk seminggu aqil dah putus susu,mula-mula memang teruk sikit la nak2 time mlm dia akan menangis nak susu,tangan dia pun meraba-raba kat dada ibu,bila ibu kata ibu buat susu dia ckp xnak...sambil kaki menendang-nendang kat badan ibu dgn papa, dalam hati tuhan jer tahu. teringat mak tuk cakap mula2 lps susu mmg la dia akan menangis lama2 dia akan ok kena banyak sabar sikit jgn cpt lembut hati.Dah ada baby kat perut mana blh bagi susu kat aqil lagi nanti cacing mak tuk cakap. Papa pun cakap stop la bg susu nanti bby kat perut xde khasiat.Hari tu ibu ada tanya DR pasal ni DR ckp as long as you makan makanan berkhasiat xkan ada effect kat baby.

@So kali ni ibu nekad walaupun sedih dah x blh bagi susu kat aqil ibu akan terai cerai susu ni...hari-hari sampai jer rumah ibu akan letak Jadam kat B***** ibu,so bila dia selak & rasa pahit tu dia xnak la susu,tapi ibu la kena rajin letak jadam tu kalau x nanti aqil akan cari.

@Bila aqil x minum ibu terpaksa perah & buang ishhhh sedihnya tuhan jer tahu...Sekarang ni dia dah ok xder meragam lagi,kalau nak susu dia akan ckp cu giraffe,so ibu & papa la terpaksa berkorban sikit kena bangun buat susu pulak hu..hu...hu..

@Tapi satu yg ibu suka lps dia putus susu ni dia suka sgt minum air suam kadang tu separuh botol dia boleh habis..tapi dia minum bkn guna botol susu tapi nak minum direct dari botol mineral or gelas sbb kalau letak kat botol dia xsuka.Kalau minum susu pulak nak minum dari botol susu yg ada gambar giraffe brand evenflow kalau x, jgn harap la dia minum... Itulah pengorbanan seorang ibu...(insaf jap...)

suka-suka uplode

Sajer suka-suka uplode gambar..lokasi x ingat kat mana xder story pun just utk tambah koleksi gambar2 aqil kat blog ni supaya x hilang...gambar lama tp baru uplode....




Aqil dah bijak!!!

Dah lama x story pasal aqilkan, aktiviti dia,perkembangan dia tapi

sebelum tu meh kita nyanyi dulu...

Rajin adik rajin,Rajin lah belajar

Bila besar nanti,Boleh tunjuk ajar


Papa juga ibu gembira selalu


melihat adikku pandai baca buku


Dah dekat dkt sebulan ibu beli buku ni, buku ni dwibahasa english,malay & arab memang bagus, kat dlm ni semua ada..animal, fruit, transportation,human body,beach, byk lagilah...yg bestnya picture dia colourful & real so budak-budak mmg sukala kan including my son...


So sambil reading dia akan tgk cd kesukaan dia cars mqueen.. Ni antara animal yg ada kat buku tu.. Perkembangan aqil...hemmm he very clever boy...semua binatang kat dlm ni dia blh sebut tapi dlm bahasa pelatnya kelako pun ada but at least dia kenal & pandai sebut semua yg listed kat buku tu dgn bunyian sekali...hemmm i'm proud to be your mom...

Bukan itu sahaja he can padam suaikan animal kat buku ni dgn animal's toy.. everynight dia akan ambik buku ni sambil tunjuk kat ibu sampai ibu tertidur kalau ibu tertidur dia akan kiss mulut ibu xbg ibu tidur...hu..hu...penat woo melayan dia....tapi at least bila ada buku ni dia dah lupa sikit ultraman dia... trademark pisstt mesti ada he..he.. Satu lagi ibu duk susah hati bila dia baca alif..ba..ta huruf yg dia x boleh sebut & terberhenti sekejap dari membaca alif ba ta is huruf ZAL & huruf sim & shim... 3 huruf ni mmg dia susah nak sebut, dah puas ibu ajar still x boleh..tiap kali sampai kat huruf ni automatik dia akan stop reading i don't know why? u olls ada solution x?
hope lepas ni dia blh baca dari alif sampai Ya..... amin...


Tuesday, April 5, 2011

Rahsia kenapa yahudi bijak


Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam.Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam. Islam juga mengajar kita makan ketika maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.

Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka. Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan. Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian. Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa ?

Silakan baca dan ambillah pengajaran yang baik di dalamnya. Yang terbaik ialah sunnah Nabi kita s.a.w.bahan ini saya salin dari blog http://www.bisikanhati.com/2009/01/kenapa-yahudi-bijak.html

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliauseterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliaumembuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembanganotak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahamipelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatannegara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagiianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat?

Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segeraterbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri?

Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukanakibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi ygbijak seperti Yahudi?

Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Risiko Mengandung di Usia 30-an

Bilakah waktu terbaik utk ibu hamil??


USIA 20-AN-Waktu yg tepat untuk hamil ialah ketika berusia 20-an dimana keadaan fizikal wanita sangat sesuai dan berada di puncak kesuburan. kelebihan hamil pada usia tersebut ialah risiko berlaku keguguran adalah sgt sedikit.ini kerana sel telur masih lagi muda dan masih kuat meskipun pada trimester pertama.kualiti sel telur yg baik berkemungkinan kecil utk terjadinya kelahiran bayi cacat yg disebabkan ketidaknormalan jumlah kromosom.


USIA 30-AN-Secara umumnya,kehamilan pada usia 30-an dianggap agak berisiko.Ia disebabkan oleh keadaan tubuh ibu yang tidak lagi sesuai yang akan membuatkan ibu hamil berasa lebih cepat lelah dan tidak tahan terhadap serangan morning sickness.


Pada usia ini,pelbagai masalah kesihatan berhubung kehamilan,seperti tekanan darah tinggi dan diabetes akan selalu terjadi.Ganggua kesihatan ini selalunya mempengaruhi proses kelahiran.Faktor inilah yang menyebabkan proses kelahiran pada usia 30-an lebih cenderung dilakukan melalui pembedahan.


Risiko keguguran berada dlm sekitar 11.7% apabila kehamilan berlaku pada umur 30-34 tahun.Pada usia 35-39 tahun pula,risiko tersebut meningkat menjadi 18%.Risiko lain adalah placenta previa,placenta abruption,berat bayi kurang dan bayi lahir pramatang,perkara paling ditakuti ialah kemungkinan bayi menderita penyakit seperti sindrome dan ketidaknormalan jumlah kromosom.