2 hari lepas masa ibu tengah beli nasi lemak ibu ada dengar 2 org kakak ni duk bercerita pasal hari pertama anak2 diorg ke sekolah jom kita tgk:-
Situasi pertama: kakak tu ckp anak dia langsung xnak pergi sekolah yg ni kira standard 1 la, sampai jer sekolah terus menangis yg tak tahannya budak tu siap berguling-guling bayangkan baju sekolah colour putih mestilah kotor si ibu ni dgn geramnya mencubit si anak sampai lebam.sebab x tahan hari2 situasi yg sama berlaku.patut ker x patut sila jawab dalam hati.di sebbkan geram kpd si anak ni si ibu mula bercerita ingat yer setiap apa yg diperkatakan oleh ibu adalah satu doa..pastu si ibu ni cakap masa dia sekolah dulu siap hambat(bahasa KL halau yer)
mak & ayah balik,pastu dia cakap ni mesti ikut belah ayah dia sbb ayah dia ckp perangai anak dia ni sama mcm ayah dia dulu,opah dia kena tunggu sampai sebulan baru dia ok...
Situasi ke 2: Kakakyg jual nasi lemak pun menyampuk, anak saya pun sama xnak pergi sekolah juga ,sbb dia cakap kawan kat kelas dia selalu ''BULI'' dia,sbb tu dia takut pergi sekolah sbb dia x pandai nak lawan...dia ni mmg penakut sikit akak tu menambah lagi, abg dia ada kat sekolah yg sama siap abg dia ajar kalau org buli adik,adik lawan la balik...(soalannya
mcmana tu? ''BULI BALIK'', bila ibu dengar pasal ni ibu terus terfikir apalah situasi aqil nanti,apakah lebih teruk dari situasi yg kat atas ni..nauzubillah mengucap panjang ibu bila dengar perbualan tadi.nowaday macam-macam lagi yg berlaku kat sekolah skrg ni, x macam zaman ibu dulu, bila cikgu sound sikit semua dah menggeletar, tapi budak2 skrg siap lawan cikgu balik kan?
Persoalanya kat sini macamana kita nak tangani issue tersebut? boleh turunkan komentar or nasihat2 bernas dialu-alukan...
No comments:
Post a Comment