Thursday, November 4, 2010

MENYUSUKAN SUAMI ?


Semalam ibu baca blog babyibu so ibu terpandang pasal "MENYUSUKAN SUAMI" so ibu copy entry ni sikit harap babyibu x marah coz ibu nak share kat kengkawan ibu
'' SHARING IS CARING".
Sblm ni ibu dah sentuh pasal menyuse aqil so skrg ni kita tgk sikit hukum hakam berkenaan perkara ni boleh ke x boleh ?

Ada beberapa pendapat:

Seorang suami boleh menyusu dengan isterinya dan itu tidak menjadi sebab keharaman atas mereka.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang seorang suami yang suka bercumbu dengan istrinya sehingga ia biasa menghisap payudara isterinya, apakah ia (isterinya) menjadi haram atasnya?

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjawab, "Menyusunya (suami kepada isterinya) tidak menjadikan isterinya haram atasnya kerana sebab persusuan.
(Ibnu Taimiyyah, vol. 3 hal. 162).

Haram (untuk bernikah antara ibu susuan dan anaknya) sebab penyusuan ialah bila anak susuan kurang 2 tahun dan minum melebihi 5 titis susu (hingga kenyang).

Dalam kitab Al-Mughni disebutkan bahwa dari syarat berlakunya hukum keharaman (untuk nikah) lantaran sebab persusuan adalah pada masa "haulani", yakni kurang dari dua tahun.
(Ibnu Qudamah, vol. 1 hal. 319).
Ini adalah pendapat kebanyakan ahli ilmu, semisal shahabat `Umar, `Ali, Ibnu `Umar, Ibnu `Abbas, Ibnu Mas`ud, dan Abu Hurairah, serta sederetan dari istri-istri Nabi saw kecuali `Aisyah ra. Dalam riwayat Malik dikatakan, "Hukumnya sama meskipun lebih satu atau dua bulan dari batasan waktu `haulani' (dua tahun). Ibnul qashim meriwayatkan dari Malik bahwa ia berkata, "Persusuan itu (waktunya) pada dua tahun atau dua bulan selanjutnya."
(Al-Qurthubi, vol. 3 hal. 162)
Ada juga pendapat lain mengatakan:
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab. Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain. Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri. Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan. Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.
NOTE: Pendapat anda macamana..ibu no komen coz ni hal dalam selimut punya cerita shhhhhh

No comments: