23.10.2010 Tarikh ni ibu xkan lupa sampai bila-bila, saat2 ibu kehilangan aqil..
IBU akan ceritakan detik-detik cemas ibu..
Awal pagi papa dah kejutkan ibu sbb hari ni papa akan pergi Melaka sbb co. papa ada buat tresure hunt kat Melaka, macam biasalah pesanan papa kat ibu " Kalau pergi mana-mana hati-hati, jaga diri & tolong tgkkan aqil dia dah lasak sekarang"Pesan papa. Ibu jawab '' insyaallah".
Planing hari ni sepatutnya keluar dgn untie uji & finie tapi last minute cancelled coz untie finie got emergency...so xperlah ibu pun buat acara ibu sendiri ''window shoping''
Tepat jam 9.00 pagi slp bersiap2 ibu ajak aqil pergi breakfirst kat MCD sec.18 kononya sambil makan nak bagi aqil main kat playground kat situ...rupa-rupanya playground dah xder slps diaorg buat renovation...takperlah ibu ckp nanti lps ni kita pergi jusco..
Sampai jer kat jusco ibu terus pusing-pusing tgk apa yg patut...kata window shoping..so xder ape nak buat just melayan aqil main jerlah...
Ni yang ibu nak bgtahu ni...Nak dijadikan cerita ibu nak pergi kat kedai HP..kedai tu betul2 depan lif..saper2 yg selalu pergi jusco bukit raja mesti tahu lokasi tempat ni. So dari tingkat 1 ibu turun kat ground Floor masa tu just ibu dgn aqil jer kat dalam lift tu.Bila pintu lift terbuka aqil dah jln depan ibu..so ibu keluar macamana ibu boleh x perasan dlm beberapa seconds jer ibu pandang sekali lagi Aqil dah xder..Kakak kat situ cuit bahu ibu dia ckp "Akak anak akak kat dlm lif sorg2 masa tu pintu lift dah tertutup...ibu x tahu nak cakap apapucat lesi muka ibu kaki& tangan ibu menggeletar ,dada ibu berdegup kencang...bayangkan budak umur 1 thn 8 bulan sorg diri kat dlm tu, kalau jadi apa2..mana tahu lift rosak ker..ada org dr tingkat atas culik ker...semua tu berlegar2 kat kepala ibu...
IBU memang panik masa tu air mata pun dah keluar..org kedai hp tu ckp akak pergi ke lift sebelah naik tingkat 2, so ibu pun terus naik lift tekan floor 2 tapi bila ibu keluar xder saper2 pun, ibu tekan lift sebelah nak bagi dia terbuka, pastu ada 2 budak cina kat kedai hp dtg bagi tahu kat ibu '' untie ur son sudah jumpa ada kat ground floor" ibu pun terus masuk lif pergi kat kedai tadi & Finally ibu nampak anak ibu tengah menangis teresak2 maybe ketakutan & tercari-cari ibu...ibu pun terus peluk anak ibu..Ya Allah terima kasih kerana anakku terselamat..tapi hati ibu terkesan kerana disbbkan kecuaian ibu semua ni berlaku..
Selepas keadaan reda sikit ibu tanya org kat kedai hp tu mcmana dia keluar diaorg ckp bila pintu lift terbuka aqil terus keluar & menuju ke kedai HP (maybe cari ibu) pastu terus menangis...
Note: terima kasih kpd semua yg membantu ibu utk mencari aqil...semua ni akan ibu ingat sampai bila2 dan selepas ni ibu akan lebih berhati-hati. (Bila ibu fikir balik..papa pergi tresure hunt kat melaka ibu pulak tresure hunt kat sini mencari anak kesayangan ibu)
No comments:
Post a Comment