HARITH AQIL BIN MOHD NAZRI
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya:"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."(Riwayat Abu Daud)
Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib
Anak lelaki disunatkan dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Sementara seekor lembu atau unta dibahagikan kepada 7 bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.
Waktu Disunatkan
Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Syarat Sah Aqiqah
*Berniat aqiqah ketika menyembelih.
*Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
*Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
*Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
*Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Perkara Sunat Semasa Aqiqah
*Berdoa semasa hendak menyembelih
*Menyembelih ketika matahari sedang naik
*Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekah dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan dimasak terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkanSemasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu
*Memasak daging aqiqah dengan cara lemak manis dan tidak pedas untuk dihidangkan kepada tetamu.
Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.
*Hikmah Aqiqah
*Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
*Menggalakkan amalan sedekah.
*Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
*Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
*Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
*Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
*Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
*Membiasakan berkorban bagi orang tua
Pengertian Aqiqah
Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

No comments:
Post a Comment