Saturday, October 31, 2009
IBU BESTDAY...GIFT
Friday, October 30, 2009
SPORT RIM
Thursday, October 29, 2009
TIP MINUM SUSU
Pastikan anak minum air kosong (air suam/air masak)..
setiap kali selepas minum susu botol..(kalau susu badan tak payah)..
ini untuk mengelak karies gigi..
CHECKLIST FOR BABY
Teringat dulu masa ibu pregnant kehulu-kehilir ibu bawa checklist... yer la excited nak jadi ibu katakan... saja ibu listdown bila dpt adik utk aqil senang searh jer kat sini nanti senangkan..
So here is the check list :
ClothingBaju Lengan Pendek - 4
Baju Lengan Panjang - 4
Seluar Pendek - 2
Seluar Panjang - 6
Baju Jalan - 2
Barut - 10
Handkerchief - 4
Romper - 3
Mittens & Booties - 6
Socks - 2
Hat - 1
Bibs - 1
Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2
Feeding Breast Pump ISIS* - 1
Termos* - 1
Feeding Bottle 2 oz - 2
Teats (S) - 2
Bottle and Teat Brush - 1
Sterilizer* - 1Bottle Warmer* - 1
Nursery Baby Cot & Mattress* - 1
Baby Pillow & Bolster - 1
Baby Pillow & Bolster Case - 1
Mosquito Net - 1
Receiving Blanket - 1
Blanket - 1
Nursing Pillow* - 1
Bathing Bath Tub - 1
Toiletries (Travel Pack)- 1
pHooded towel - 1
Towel - 2Cotton Balls - 1p
Cotton Buds - 3p
Baby Comb/Brush - 1
Baby Manicure Set - 1
Nasal Aspirator - 1
Diapering Changing Mat - 1
Baby Wipes (Pureen) - 2p
Disposable Diaper (Newborn) - 1p
Napkins - 2p
Nappy Liner - 1
Diaper Rash Cream - 1
Safety Pin - 1
Traveling Stroller* - 1
Infant Carrier* - 1
Travel Bag - 1
Baby Sling* - 1
Secure Sleeper* - 1
OthersNappy Kleen - 1
Bakul Baju Baby* - 1
Minyak Telon - 1
Gripe Water - 1
Album* - 1
Toy* - 1
Ibu Care Socks - 2
Nursing Bra - 4
Nursing Pad (Washable) - 2
Nursing Pad (Disposible)- 1p
Maternity Pad (Pureen) - 2p
Disposable Panty - 3p
Nipple Cream - 1* Beli kemudian
Bila nak dpt baby girl yer...berangan la pulak ibu ni...papa buat kerja ke tak...sebab tu x dpt..he..he.. jgn marah pa
Mengandung??????
just ambik tip-tip mana tau kot Lekat lg tp......... ha panjang tp tu yg tahu faham-faham jer lah..
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia.
Antaranya:1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat
2.Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.
3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
Amin
RE: Untuk panduan semua kaum ibu or bakal ibu
AQIL-8 MONTHS
Apa yang aqil dah pandai ekkk... tunggu jap ibu fikir...
*AQIL dah pandai sebut tata..lala...ma.ma..ma..
*AQIL dah pandai suruh dukung...dah pandai suruh bawa keluar.. toilet pun ikut
*AQIL dah tumbuh 2 batang gigi..
*AQIL dah pandai duduk dgn baik..
*AQIL dah pandai dengar ibu baca buku
*AQIL dah pandai bertatih..memanjat...
*AQIL suka jilat brand x kira kat tepi kain, towel baju & mcm
*AQIL dah pandai cium tgn ibu, papa, (omah,oyah-pengasuh)..
*AQIL dah pandai tgk tv...
*AQIL dah pandai senyum simpul...senyum nakal..
*AQIL dah pandai buat muka..terutama muka busyuk..
*AQIL dah pandai merajuk...siapa marah dia siaplah org tu dia xkan dkt
*AQIL dah cam muka org & suara org
Dan macam-macam lagi lah...
UBAT BATUK,SELSEMA X SESUAI UTK KANAK2 BAWAH 2 TAHUN
Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan Rabu.
Beliau berkata amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.
Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.
Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.
Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.
Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.
"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.
Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.
"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," kata Eisah.Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.
BENTUK TABIAT TIDUR YG BAIK
Apabila bayi jaga, lakukan aktiviti menyanyi, bermain atau bercakap-cakap dengannya. Biasakan dirinya dengan kebisingan rumah yang normal misalnya bunyi orang memasak, bunyi televisyen atau bunyi penyedut hampagas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.
(b) Pantau tidur siang anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.
(c) Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, belai, menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti itu dengan tidur.
(d) Tidurkan dia ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ia boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya tidak bersepah dengan anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa anda sedar.
(e) Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.
(f) Pertimbangkan untuk memberikannya puting.
Jika bayi anda sukar untuk tidur, puting mungkin boleh membantu. Malah, puting pada waktu tidur mengurangkan risiko sudden infant death syndrome (SIDS). Bagaimanapun, jika bayi menggunakan puting untuk membantunya tidur, dia mungkin akan menangis di tengah malam apabila puting terjatuh.Tip: Senang citer jgn bglah x elok.
(g) Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahaya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.
Tips Penjagaan Gigi Anak
-sebaik ada gigi..guna lampin atau kain lembut untuk gosok gusi dan gigi anak
-bila besar skit (kira dah pandai pegang tu)..mula ajar gunakan berus gigi untuk bayi..caranya ialah biar dia tengok kita berus gigi dan masa mandi tu bagi dia pegang dan main berus gigi (confirm diorang akan masukkan dalam mulut)
-kalau gunakan ubat gigi..pastikan yang untuk bayi dan pastikan anak kumur selepas tu
-pastikan anak minum air masak selepas menyusu susu formula kerana susu akan sebabkan karies
Selamat Mencuba...
BAYI & BAHASA
0 Bulan
Biasanya menangis
1 Bulan
Menghasilkan bunyi berlainan ketika lapar atau sakit.
1 – 2 Bulan
Menghasilkan vokal seperti ‘ah’
2 – 4 Bulan
Berupaya menghala ke sumber bunyi manusia.
4 – 6 Bulan
Menghasilkan bunyi seperi ma, da.
6 – 9 Bulan
Berupaya mengabungkan bunyi yang sama dan mengulangnya seperti mama..mama...papa..papa..baba..baba..
9 - 10 Bulan
Gemar meniru bunyi orang lain.
11 -15 Bulan
Berupaya meniru suku kata yang senang.
12 Bulan
Berupaya menyebut dua perkataan berlainan.
13 – 18 Bulan
Berupaya menyebut tiga perkataan berlainan.
17 – 24 Bulan
Berupaya menamakan objek biasa yang terdapat dalam gambar.
18 -21 Bulan
Berupaya mengabungkan perkataan-perkataan mudah menjadi frasa.
23 -24 Bulan
Berupaya menggunakanfrasa atau ayat-ayat yang mudah
Wednesday, October 28, 2009
Nasihat Utk Para Ibu
CARA2 MERANGSANG HUBUNGAN SELAMA MENYUSUKAN BAYI
Papa jangan bimbang.Anda tidak dipinggirkan w/pun ibu ada bayi baru.Pastikan papa dan ibu bersama-sama berbincang utk mendapatkan suasana bilik tidur yang lebih segar, bebas stress dan releks..
1. IBU kenalah ingat papa selalu..bukan pada baby sahaja
2.Papa pun janganlah biarkan ibu jaga anak seorg diri, tolonglah ibu
3.Ketika ibu bersama baby,papa kenalah turut serta.Tolonglah urut bahu ibu.Barulah papa tidak rasa terpinggir
4. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sblm tidur utk saling bertukar2 cerita.
5. Setelah ada anak, ibu dan papa kena byk bertenang, barulah hati rasa senang.
6. Kalau rasa tidak selesa dgn keadaan sekarang beritahulah pasangan agar dia tahu dan sama2 dapat mencari penyelesaian
7. Papa,ajaklah ibu dating macam masa baru berkahwin dulu.
8. Papa tolonglah ibu buat kerja rumah,barulah ibu ada masa utk papa
9. Payudara ibu menyusukan anak selalunye membengkak jadi berhati-hati kalau papa nak dekat dgn ibu.takut tersentuh.kesian ibu sakit kalau blh Tanya dahulu
10. Papa dan ibu jangan lupa luangkan masa utk bersama.ingat kualiti lebih baik dari kuantiti
11. Papa dan ibu mandilah bersama
12. Papa kena rajin memuji ibu kerana ibu yg menyusukan baby selalu rasa mereka busuk dan x cantik
13. Kalau nak lg romantic berilah ibu hadiah
14. Ibu pulak berilah kad ucapan kepada papa.tuliskan kata-kata romantic. Papa mesti terharu.
15. Apa kata kalau ibu & papa lakukan perkara2 baru dalam hidup.Barulah x rasa bosan
16. Sekali-sekala,papa kenalah urut ibu.mesti ibu,mesti ibu bertambah saying, lebih-lebih lagi selepas ibu penat melayan kerenah baby baru
17. Ibu kenalah cium papa selalu.papa pun kena buat macam tu kat ibu,barulah mesra
18. Lagi satu jgn lupa ucap I LOVE YOU
19. IBU pulak berhiaslah selalu,barulah sedap mata papa memandang
20. Tapi jangan lupa pakai minyak wangi
21. Kalau dah cantik2 tu tunggu apa lagi ambilah gambar bersama mesti meletop
22. Kalau ibu dan papa berjalan-jalan jangan lupa berpegang tangan w/pun si kecil ada
23. Jika papa sakit ibu mesti jaga papa dan beri papa makan ubat,jangan asyik tumpukan perhatian pada baby jer
24. Ibu dgn papa kena saling ucapkan terima kasih segala yg telah papa dan ibu lakukan
25. Jika berkesempatan sembahyanglah bersama-sama
26. Kalau papa dan ibu ingin bersama jgn tergopoh gapah
27. Ibu pula gunakan pad payudara semasa bersama krn oxytoxin akan menyebabkan susu memancut
28. Utk pengetahuan papa ibu yg menyusukan bayi mungkin kekurangan kelembapan pada vagina jadi sediakan pelembap
29. Cubalah pelbagai posisi ketika bersama, baru ada kelainan
30. Jgn tunggu sehingga lewat malam utk bersama sebab nanti masing2 akan penat
31. Kepad ibu beritahulah papa bagaimana utk merangsang ibu
32. Ibu pula gunakan jari-jemari utk membelai tubuh papa
33. Ibu jangan fikir papa tau apa yang perlu dilakukan,jd bagitaulah papa…
34. Perlu diingat bahawa hubungan suami isteri bkn hanya sekitar antara pusat dan lutut ttp keseluruhan tubuh
35. Malapkan lampu utk lebih romantic
36. Jika papa ingin tau ibu inginkan belaian tetapi malu utk bersuara… so bgtau keinginan anda…
Perkembangan Janin Dalam Kandungan
Asal usul kejadian manusia..
Video ni ibu ambik dr you tube,tu pun spls ibu tgk dari blog untie ujie (Thanks Ujie).
CORETAN HATI SEORANG IBU
Bila ibu tgk video ni terasa baru semlm aqil ada kat dlm perut ni.. x dpt ibu nak gambarkan saat ibu di sahkan hamil betapa bersyukurnya ibu kepada Allah kerana telah memakbulkan doa ibu selama ini..
Masih teringat saat kali pertama aqil menendang perut ibu, saat itu hanya airmata menjadi ukuran betapa takjubnya ibu pada kebesaran yg maha kuasa bagaimana terjadinya kamu hingga dapat melihat dunia...
Ibu harap aqil menghargai kami berdua sebagaimana kami menatang kamu bagai minyak yg penuh..Doakan kami jika kami sudah tiada lg di dunia ini nanti... kerana hanya doa dari anak yg soleh akan sampai kesana..
DR IBU MU...
Tuesday, October 27, 2009
MASAKAN PAPA..EMMMM DELICIOUS YUMMI..YUMMI
TEMPE
Teringat masa mula2 kahwin dulu ibu just pandai masak nasi je..papa yg ajar ibu masak..masak asam, gulai lemak udang.. sup ikan mcm2 lglah.. semua tu papa yg masak..ibu byk mintak nasihat dr papa dulu... tp skrg bila ibu dah terror masak skit papa dah x masak lg... tp kalau papa masak selalu bagus jugakkan... tukar selera..he..he..he..
Wednesday, October 21, 2009
LUMBA LARI
Thursday, October 8, 2009
Wednesday, October 7, 2009
DEMAM
Saturday, October 3, 2009
EID2009-UNTIE AYA
saperla kat sebelah ni
org suruh tgk camera masing2 pandang satu sama lain..
hanisa nangis xnak dipegang dah ngantuk agaknyer