Friday, December 31, 2010

Part 4-''man tak"

Nak tahu ibu beli apa ni ha kat bawah ni ''ultraman'' sebenarnya ibu xnak beli bendaalah ni tapi papa ckp belilah x tahan dgr aqil mengamuk semua org dah toleh kat kami,sikit punya kuat dia menjerit...

ni la brgnya tulah pasal ibu xnak bg dia tgk cerita2 mengarut ni, tapi mcmna nak controlkan...

ni dia duk meronta-ronta...sambil sebut ''man tak..man tak'' mari kita tgk aksi dia dgn lbh dekat ni ibu close up sikit







ni pun dia buat perangai bila ibu ckp jgn main ''man tak'' waktu makan sementara nak tgk bunga api...


dah seminggu ibu duk fikir apa meaning ''man tak'' lps beli ultraman td kitaorg duk fikir2 la apa yg man tak tukan barulah kitaorg faham rupanya ''man tak'' tu adalah ultraman botak yerlah ultraman tu xder rambut bila ibu tunjuk kat kepala dia angguk...oooo ultramen botak rupanya lps tu kami sama2 ketawa....


Aqil turn-part 3

Lepas papa aqil pulak ni ...berlaku secara x sengaja...pusing2 kat kanak2 aqil terpandang la pulak meh kita tgk aksi dia....perkara pertama dia ckp ooooooooooooo

sekarang dia menuju ketempat ultramen sbb kat rumah bby sitter ada sorg budak namanya anja selalu duk tayang kat dia benda ni....ibu mmg x suka cartun2 yg ganas ni dah sebula dia berkelakuan pelik tgn dan kaki asyik duk sebut "man tak" ibu dgn papa duk tgh pening apa maksud '' man tak'' ni kalau kita x faham dia marah kat kita..kau org tahu apa maksuk ''man tak"


ni dia duk merenung thomas...

pastu duk tgk barney

pastu matanya liar duk tgk yg mana satu dia nak

tapi mcm x berminat jer..

aha!! yg ni dia berkenan pulak

sun glass!!
papa cukup punya baik tlg cari ..ibu xnak bayar kalau dia nak... ibu ckp

aha sebenarnya tujuan ibu nak pergi kat sini normally kalau Y.E.S aka year end sale,united colours mesti buat sale kalu time biaser x blh beli mahal sgt lah..tp kalu time sale blh beli sbb punya pakaian kat united ni mmg cantik2 pastu qualiti pun bagus..masa ni ada sale 50% tapi yg sedihnya semua saiz aqil dah habis..ibu kalau dtg PS ni mesti singgah sini kalu tgk baju bby gurl mmg cantik2 la...geram ibu tgk harap xder bby gurl kalau ada mmg ibu beli x tahan tgk....
nak tahu ibu beli apa tunggu part 4 ibu pun dah tahu meaning of ''man tak"








One day before 010111-part 2

Part 2 ni sambung pasal cari gift utk papa.still lagi kat PS ni menuju ke kedai kat bawah ni...

nilah kedai yg dicari-cari...
posing jap sblm masuk kat dlm

papa tgh kusyuk memilih ehem pilih yg murah2 sikit...

mula2 colour hitam...x cantik...

brother ni mmg sporting yerlah customer kalau x layan ongkos x masuk...

kenapa ibu ckp sporting sbb siap main cak-cak dgn aqil lg...

pilih-punya pilih papa ambik LEVI'S 505...
so cayang sila bayar...papa ckp....uiiiiih....next time turn ibu beli jugak eeekk...
dah habis kisah 0101...tgk aqil punya turn pulak part 3















































One day before 010111-part 1

Esok birthday papa 0101 so hari ni ibu & papa nak pergi cari gift,senang cerita bw tuan empunya diri lagi senangkan...ni antara kedai2 yg di window shopping kat PS aka subang prade dulu...
1st pergi tgk perfium papa ckp xnak sbb kat rumah ada lagi..
pastu per tgk kasut..yg ni tak tahan sbb bukan papa yg nak pilih tp aqil lagi laju bab ni...

papa duk tgh pilih kasut kut2 ada yg berkenan dlm hati ibu mintak2 xder yg berkenan he..he..kopak...

tengah pilih lagi ni hatiku dah berdebar-debar..
Baju..xyah la papa raya hari tu beli pun x pakai pun...

KEDAI SUKAN

Ibu berkenan dgn posh ni tp papa xnak...
tunggu... ada lagi sambungan part 2




Wednesday, December 29, 2010

Kisah cinta kau dan aku

Nak tahu kenapa ibu letak title mcm tu kat atas tu sbb smlmkan org semua duk cerita pasal bola kira mcm tsunami jugaklah so ibu pun tgklah skali kan sambil duk update blok ibu terjumpa la blog awek si kharul fahmi ala gol keeper yg paling meletop mlm tadi sbb byk safekan gol malaysiakan,ni ha blog dia http://www.jejariruncing.blogspot.com/ maybe skrg ni blog & fb dia dah naik rating tinggi sbb masing2 nak add dia kan.

Ibu terbaca diapunya ceritera cinta dia dgn en.apek a.k.a fahmi kelakar pun ada,sweet pun ada so ibu teringat la zaman ibu terCINTA bkn bercinta ok dgn papa dulu, kejap ibu nak flashback balik how i met him...aqil pun mesti nak tahukan so bila aqil besar ibu x payah repeat lagi pasal ni..

nak tahu mcmana ibu blh kenal papa,semuanya pasal wrong no, ibu nak col org lain tapi org lain yg angkat masa tu ibu tgh study,so kalau boring time study tu mulalah ibu buat2 miss call kat en.nazri ni a.k.a din(panggilan dr kengkawan dia), bila ibu miss col en.din ni mesti tel ibu balik yg pasti ibu x pernah keluarkan duit 1 sen pun utk telefon dia semua dibiayai sepenuhnya oleh en.nazri walaupun kenal hanya kat dalam telefon...masa tu umur ibu 22 & en.nazri 32 diff.10 thn confirm ibu reject sbb ibu cari BF 3 tahun lbh tua dr ibu.Dlm duk buat miscol ibu ckp dgn en.din ni blh bagi gambar x yerlah nak gak tgk empunya badan hencem ker x kan...dulu masa muda2 nak couple dgn yg hencem la kalau blh yerlah sbb kita x lawa nanti kalau dpt yg x hencem anak pun mesti x lawa, kalau parent hidung x mancung anak pun nanti mesti x mancung, hidung ibu dah kemek so nak la BF hidung mancung..terukkan itu yg ibu fikirkan dululah...pasal BF kerja apa x terfikir lagi time tu...janji meletop...x waras ibu masa tu..

Part 2-so en.din pun hantarlah gambar,kalau x silap ibu kat tepi pantai jauh sgt mmg x nampak sgt la dia punya muka(gambar diatas skdr hiasan),masa dpt gambar en.din ni ibu ckp kat kawan ibu nama dia intan mazliza huh...x hensem la malas nak layan tapi still lagi buat miscol sbb boring time studykan so kebetulan lecturer ada buat course ker ape ibu x ingat kat Uitm-S.Alam ibu & the gang ada ikut sekali so planing dgn kengkawan nak jumpa en.din ni,
Ibu & kawan ibu cik intan ni dah janji jdkan dia transporter utk pergi ke Uitm.masa tu ibu tumpang kat rumah kakak intan kak IN.
Masa en.din ni sampai jantung ibu dah dag dig dup yerlah sblm ni mana pernah jumpa kan, masa en.din turun dari kereta walawei bukan taste aku''hati ibu berkata-kata" tapi muka senyum jer xkan nak lari dah x sempat kut sbb kol 8.30 ada taklimat,en.din datang hulurkan tangan tapi ibu jawab" org perempun mana blh salam dgn org lelaki" hah..merah padam muka en.din sambil tgn terus dimasukkan balik kdlm poket'' dlm hati ibu terkikik gelak.kawan ibu si intan cuit ibu,ishk x baik kau buat mcm tu...tapi ibu cakap betul ape he..he..kat dlm kereta ibu x banyak ckp la kawan ibu lg byk sembang..lps dia hantar pergi course n ambik balik kitaorg masing just say hi & goodbye,sampai jer rumah ibu terus cakap dgn intan isshhh xnaklah bukan taste aku lg pun umur dia 10tahun lbh tua, kawan ibu ckp try dulu tgk blh go on ker x..not bad la dia ckp..ibu dlm hati xnaklah...
keesokkanya ibu ingat en.din dah x col ibu, mana tahu kut2 malu sbb ibu layan dia mcm tu td, tp xder dia col jugak ajak ibu keluar, tempat makan pertama yg kami makan kat restoran bt 3 s.alam, tempat pertama kitaorg pergi visit KLTOWER, semua yg pertama lah..
Masa ni bkn bercinta pun yerlah hajat tu nak buat transporter kat s.alam ni lgpun ibu kerja kat sini so nak g mana2 senangkan..nak tahu knp ibu tersuka kat en.din dgn sendirinya sbb en.din ni selalu cerita dia slalu outstation kat oberseas (arabsaudi la, spain la mcm2 lagi) so kononya ibu excited la kalau kahwin dgn dia blh la melancong oberseaskan...tapi dlm hati still lagi berbelah bahagi antara 2 nak kahwin ker xnak lagi yerlah mana tahu kut2 jumpa org lainkan, pastu ditambah pulak kawan ibu aiya(housemate&officemate) dah bertunang,lagilah ibu rasa tension kalau x kahwin nanti duk sorg2 susah tapi dlm hati rasanya still awal lg yerlah ms tu umur ibu baru 25 org ckp x still muda lagikan...pastu time bercinta ni mcm2 dugaan mendatang, air mata dah banyak kukorbankan (time bercinta ibu ni bengong sikit)nak tahu knp sbbnya en.din bukanlah romantik orgnya..dr bercinta sampai dah ada anak satu x pernah bg bunga kat ibu dia ckp baik bg benda bernilai drpd bg bunga, ke2- x pernah ingat tarikh lahir ibu, itupun ibu yg buat reminder kat hp dia..ke3 kalau ibu merajuk dia xpernah pujuk ibu & skrg pun x pernah tau ibu yg pujuk diri sendiri huk..huk...ke4-dia x suka org tinggikan suara pada dia..ibu ni kalau bercakap kdg tertinggi suara bkn sengaja...oopppsss..
Tapi yg bestnya en.din ni sporting la orgnya cakaplah nak pergi mana mesti dia bawak(kalau ada duitlah) satu lagi suka buat lawak...banyak lagilah story kalau nak citer kat sini mmg x habis ...
Dalam duk 50-50 nak kahwin ke tidak akhirnya kami disatukan juga pada 28.08.2004, kalau dah jodoh x kemanakan,dah tersurat jodoh ibu dgn papa org tua2 ckp cinta blh dipupuk slps kahwinkan...
Pastu dapatlah aqil ni,mcm x percaya pun ada...

Harap2 mahligai yg dibina bahagia hingga hujung nyawa....
WASSALAM...





010111-edisi gift???

tuan punya badan papa's aqil..hubby ibu...

Alahai 0101 dah nak menjelang kejap lagi ada la bunga api berdentum dentam nak celebrate birthday papa tapi ibu x beli apa-apa lagi.pening nak beli apa yer..

Dah puas fikir any suggestion x?aqil tlg fikirkan skali ekk,nanti kalau tanya direct kat papa nak apa x surprise pulak (tp time ibu birtday ibu tunjuk jer he..he...tq papa) ni papa punya turn susahlah x tahu nak bg apa lagi 2 hari jer...apakat ibu bg duit papa beli sendiri boleh x? tapi mcm x best pulak,papa ni kalau tanya nak apa jawapan dia entahlah...belil apapun...sukahatilah... jawapan skima malu tp mahu hwa..hwa...

Ni antara yg ada kat dlm fikiran ibu stkt ni:

1. Baju (dah byk..
2. Wallet (raya hr tu dah beli..
3. Belt (Dah ada..
4. H/P pun dah ada..
5. shoes baru jer beli pun dah ada..
6. Belanja makan tp hari2 dah makan...
7.perfium ada 2 btl tu pun x habis lagi...

ahaaaa...ibu terfikir satu perkara apa kata ibu beli LEVI'S kan..kan...papa pun suka pakai tapi
kalau ada any suggestion tolong ibu solvekan ekkk...dah pening ni...

Congrate-malaysia vs indonesia (win 4-2)

Menu Edisi bola
Dissert: kiwi
Dinner: papa order pizza sbb nak tgk bola punya pasal

sblm game bermula jom kita nyanyi dulu...

Negaraku tanah tumpahnya darahku....

we are the champion eee terngiang-ngiang kat telinga ibu lagu ni sama mcm climb mount kinabalu dulu...go malaysia go we can do it...14 year penantian ni mesti menang weyyyy...

tempat tgk bola kat rumah jer..masa ibu tulis ni malaysia 1-2 indonesia tp kalau ikut agregate malaysia 4-indonesia 2 so malaysia ada chances utk menang...ibu nak wish syabas kat penjaga gol malaysia en.fahmi ni mmg bagus la byk dia save bola mlm ni & syabas utk safie sbb dah sumbat 1 gol menjadikan malaysia 4-2..well done...
papa asyik sgt duk tgk ibu pun sama naik

bersorak dgn papa..

sementara aqil ibu dah tidurkan awal2 lagi semata2 nak tgk bola ker? kebetulan la..
RESULT??????

yess finaly malaysia win dgn agregate 4-2 ole..ole..kitalah juara..ole..ole syabas utk semua pemain malaysia & Rajagobal (ibu baru perasan nama rajagobal -RAJA-GOL-BALL) nanti dapat datuk ler... pening kejap rajagopal kejap rajagolbal mana satu ekk..tapi yg pasti memang syok la tgk bola nak-nak kalau malaysia yg menang mmg puas hatilah...biar indon makan hati pulak...
goll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!goll!!!!!!!!!!!!!!!!!!goll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!goll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!gol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Yeeeee esok cuti friday 31/12/2010

Aqil shoping ibu yg pening..

Hari isnin baru ni co ibu cuti so nothing to do just bw aqil to jusco...dah boring round aqil cakap bu chu..bu chu.. nak susu la tu...so pergi kat room breasfeed...tapi sblm ke bilik baby tu ibu cukup takut nak tahu kenapa sbb aqil ni suka kasut kebetulan tempat breastfeed tu mmg kena tempuh tempat ni dulu mari kita tgk siapa yg kena...

Mula-mula dia ambik kasut ni walaupun size x ngam nak jugak try ibu ckp tadi kata nak susu..dia ckp xnak...nak shoes...
masa ni ibu duk kat bilik duk tgk dia buat apa...ternonong-nonong dtg nak tunjuk kasut yg dia pilih tgklah sampai kasut sendiri x tahu ltk mana..


masa ni nak bagi ibu buang dia punya ikatan...bila dia tgk ibu gigit utk buang pelekat dia pun follow gak...

ni konon sedang testing ok x bu..(bu..bu...tunjuk kat ibu..)nampak x kat atas kerusi ni yg ni blm try lagi ni..1st try kaki kanan...

pastu try kaki kiri pulak

ni kasut yg ke 2 dia ambik dahlah besar gedabak janji BEN10..(bila masa pulak tissue ni ada kat sini...)
2nd shoes...try lagi ibu cakap x muat tp dia still nak jugak pakailah aqil will see...

bu..nak...bu..nak..

pastu dia pergi ambik yg lain pulak..ibu dah pening bkn ibu sorang yg pening salesgirl tu terkikik gelakkan dia kecik2 dah pandai pilih kasut...

tak puas hati kat situ dia pergi pilih kat sini ...hai aqil xde yg berkenan lagi ker...

dia ambik yg ni pulak..

ni menonong-nonong nak tunjuk kat ibu...

kat tangan dah ada satu tp mata still lagi tgk yg lain...mcm x puas hati jer shoping mengalahkan pompuan ni...
pusing balik ke belakang kut2 ada yg berkenan...

terbalik la aqil...
Finally ibu tgh think..think..mcmana nak buat supaya aqil x ngamuk sbb x dpt beli kasut & duit ibu pun selamat yerlah kasut yg ada pun dah bykkan...fiikir punya fikir ibu ckp no shoe jom pergi naik bear....aqil ckp nak..nak...
fuhhhhhhhhhh...lega selamat duit ibu....