Tuesday, June 30, 2009

SEMPURNA





KAU BEGITU SEMPURNA
DIMATAKU KAU BEGITU INDAH
KAU MEMBUAT DIRIKU AKAN SELALU MEMUJAMU

DI SETIAP LANGKAHKU
KU KAN SELALU MEMIKIRKAN DIRIMU
X BISA KU BAYANGKAN HIDUPKU TANPA CINTA MU
JANGANLAH KAU TINGGALKAN DIRIKU
TAKKAN KU MAMPU MENGHADAPI SEMUA
HANYA BERSAMAMU KU AKAN BISA
KAU ADALAH DARAHKU
KAU ADALAH JANTUNGKU
KAU ADALAH HIDUPKU
LENGKAPI DIRIKU
OH SAYANGKU KAU BEGITU
SEMPURNA..SEMPURNA…

KAU GENGGAM TANGANKU
SAAT DIRIKU LEMAH DAN TERJATUH
KAU BISIKKAN KATA DAN HAPUS SESALKU
JANGANLAH KAU TINGGALKAN DIRIKU
TAKKANKU MENGHADAPI SEMUA
HANYA KAU YG BISA LENGKAPINYA
OH SAYANGKU KAU BEGITU..
SEMPURNA…SEMPURNA..

WITH LOVE
IBU

Monday, June 29, 2009

KAWAN IBU - KAK YUS


Ni la kawan ibu yg sporting habis... dulu ibu satu office dgn dia tp skarang x lg tp still contact lg.. miss u muaaahhhh!!!

fahami fikiran anak sblm mendidik

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

MENDIDIK anak perlu bersandarkan pengetahuan, kerana meniru didikan dari keluarga yang kita anggap cemerlang semata-mata tanpa menyesuaikan dengan keluarga serta kemampuan diri, anda hanya dianggap sebagai ibu bapa yang tidak berpendirian.
Didikan awal kanak-kanak amatlah penting kerana ia membawa kepada corak peribadinya pada masa depan. Mustahaknya aspek itu menyebabkan Islam amat menitikberatkan didikan anak-anak dan menggalakkan ibu bapa melalui kehidupan yang sempurna.

Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain.Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."
Dalam hal ini, biarlah anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka, asalkan tidak memudaratkan diri dan orang lain serta berfaedah untuknya, namun kegiatan itu perlu dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.

Malangnya, segelintir ibu bapa hari ini masih kurang memahami aspek didikan menjadikan anak keliru mengenai kewujudan dirinya dalam keluarga Pakar Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Selayang, Dr Fauzi Ismail berkata, beberapa ciri keibubapaan yang dikenal pasti diamalkan hari ini ialah mengarah, menyekat, membenarkan dan mendidik.

Jelasnya, ibu bapa yang mengarah selalunya berpunca dari ibu bapa yang tidak bersedia menimbang anak menyebabkan kehadiran mereka dianggap tidak penting, sementara ibu bapa yang gemar menyekat cenderung mengongkong apa yang dilakukan anak hingga menyebabkan segala tindakan dilakukan anak-anak, semuanya tidak betul malah mudah menghukum.
Keibubapaan yang membenarkan pula turut menimbulkan kemudaratan apabila membenarkan segala tindakan anak tanpa berfikir panjang sama ada sesuatu tindakan dilakukan itu baik atau sebaliknya. Keibubapaan yang terbaik ialah membimbing dan memberikan tunjuk ajar, menghukum apabila silap tetapi memberikan kebebasan apabila perlu.

"Didikan dianggap aspek paling penting kerana ia adalah corak awal membentuk keperibadian mereka yang dibawa sehingga ke dewasa. Selalu orang berkata, 'alah... budak-budak, biasalah kena marah kalau tidak mereka tidak belajar.' Sebenarnya, kanak-kanak boleh dimarah tetapi marah pun perlu diiringi kemahiran kerana jangan sampai anak menyangka ibu bapa marah kerana membencinya, bukan marah kerana ingin memperbetulkan kesilapannya

"Walaupun segelintir anak, secara luarannya nampak selamba dan tidak kisah bila dimarah tetapi jangan terkejut kerana ada segelintir yang menyimpan dendam, menyimpan pemikiran ibu bapa membencinya hingga menyebabkan apabila dewasa, mereka enggan berjumpa ibu bapanya sendiri," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Menjadi Ibu Bapa Yang Baik pada Seminar Ke Arah Menjadi Ibu Bapa dan Guru Mithali baru-baru ini.

Beliau berkata, didikan yang kurang sempurna boleh memberi kesan kepada anak membabitkan keyakinan diri yang rendah menyebabkan selalu ketinggalan di dalam kelas dan mempunyai masalah disiplin.

Sebaliknya didikan sempurna mampu merapatkan hubungan kekeluargaan serta melahirkan anak yang ceria dan cemerlang, serta yakin terhadap kemampuan diri kerana sering di berikan sokongan moral.

"Ibu bapa selalu tersalah anggap menyatakan anak tidak memahami apa yang mereka lalui hingga menyebabkan mereka cenderung menipu.Sebagai contoh andai seorang ibu menitiskan air mata kerana dikasari suami, anda boleh katakan 'Mak menangis sebab dimarahi suami,'Kenyataan itu sudah cukup walaupun tidak menerangkan sebab dimarah,tetapi yang paling penting, jangan menipu. Jangan menitipkan elemen menipu dalam keluarga kerana kesannya buruk sekali," katanya
Selain aspek didikan, apa yang dipertontonkan anak turut mempengaruhi mereka seperti televisyen dan komputer. Kotak hiburan itu sebenarnya mampu dikawal ibu bapa asalkan mereka mengambil berat apa yang dipertontonkan anak membabitkan bahan yang ditonton serta jumlah masa yang diberikan.

"Program bercorak hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa menyisipkan elemen ilmu hanya membuang masa. Program seperti realti TV yang semakin digilai kini juga harus dperhalusi kerana bukan semua yang dilihat mendatangkan manfaat. Namun dalam mendidik anak-anak ibu bapa seharusnya juga mencermin diri sendiri. Andai anak dilarang menonton terlalu lama, ibu bapa juga seharusnya mengehadkan masa menonton. Jangan menjadi mangsa TV.

"Ibu bapa perlu sedar andai mereka ingin membentuk anak menjadi sempurna, ia perlu dimulakan dari dalam diri sendiri. Berkasih sayanglah sesama sendiri kerana kasih sayang itu mampu diluahkan dan diterapkan dalam diri anak-anak," katanya.
FAKTA Mendidik anak
Kurangkan hukuman fizikal kerana ia hanya menyakitkan, tetapi kurang berkesan mendidik. Andai anak melakukan kesilapan yang perlu diberikan denda, jelaskan erti kesilapan mereka dan kenapa denda itu perlu dilakukan, seperti "Kita mempunyai undang-undang dalam keluarga yang tidak membenarkan pulang lewat dari jam tujuh malam, dan ia perlu dipatuhi..." dan anak-anak akan menerima kesilapan itu kerana ia sudah tahu melanggar peraturan dengan pulang pada jam 10 malam.

Hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak sebagai pengajaran tetapi beberapa perkara perlu diambil kira iaitu jangan marah ketika kita berada dalam keadaan marah; mengherdik mereka di hadapan orang ramai atau kawan-kawannya; jangan marahkan mereka kerana dirinya sebaliknya atas kesalahan yang dilakukan.
Ibu bapa jangan terlalu berharap mendapat anak yang sempurna dari segala segi kerana adalah sesuatu yang biasa andai melakukan kesilapan apatah lagi memang manusia tidak sempurna. Ia amat bergantung kepada sejauh mana kemampuan ibu bapa itu sendiri.

Matlamat disiplin ialah untuk mengawal dan membentuk peribadi anak dengan sempurna. Ada ibu bapa yang gembira andai mampu menjadikan anak bagai 'alat kawalan jauh' tetapi pernahkah kita terfikir adakah itu yang kita mahukan sedangkan anak mengikut kerana takut
, bukan hormat?
fr: Fauzynm laman web nasihat.

Doa Pengasih

Doa Pengasih untuk Anak-Anak

Assalammualaikum......
masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ...tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ...
so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ...makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ...samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam ...kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat ... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2 nya ... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib .

Copy fr : fauzynm e-belia.com

Sunday, June 28, 2009

BAJU BARU
















Masa kat jusco tu ibu sempat lg beli baju aqil, ibu ckp dgn papa cuma nak beli baju je last skali x tahan tgk seluar & kasut pun cantik so ibu pun beli skali, skrg ni utk ibu xbeli pun xper janji utk anak ibu mesti kena beli.. sory papa ibu langgar pantang.. ibu ni pantang jugak tp pantang tgk mesti nak beli..he..he..

PAK TEH ZIZI




Masa ni kat jusco sajer makan2 dgn pak teh zizi.. sempat la berposing kat nyoya kitchen utk kenang-kenangan.. nanti aqil mesti rundu dgn pak teh bila dah xde kat malaysia nanti..

GAMBAR KENANGAN




Ibu pun x sedar bila pak teh masukkan gambar dia kat dlm phone ibu utk kenangan..

PAK TEH ZIZI
















Hari ni pak teh gg call kata nak dtg jumpa aqil sblm dia berangkat ke lubnan, hari tu x jd pergi coz flight pak teh di tunda disebabkan oleh penyakit H1N1. so 16/7/2009 ni confirm pak teh jd berangkat kesana, sblm kesana pak teh dtg jumpa aqil dulu..

mak su mida







Masa ni kitaorg dah puas tgk perabut kat office mak su ada buat sale (APEX FURNITURE)
So ibu ada beli 2 almari baju utk aqil. Lepas dah puas tgk furniture kitaorg pergi makan.

AQIL - 4 BLN

DULU

SEKARANG

Dah pun 4 bln sekejap je masa berlalu, rasa baru je mengandungkan anak ibu ni, sakit melahirkan mu masih lagi terasa & terngiang-ngiang di ingatan.
25/6/2009
BERAT : 7.4KG
PANJANG : 63CM
LILITAN KEPALA : 42CM

Saturday, June 27, 2009

FAMILY PHOTO







Ibu suruh maksu tlg snap gambar kita bertiga.. (IBU, PAPA & AQIL) tapi puas ibu nak bg aqil pandang kamera tp aqil still x mau..

PERABOT AQIL




Nilah perabot aqil cantik tak, aqilkan lelaki so nanti kita cat bilik aqil blue colour utk match kan dengan perabot ni.. ni maksu yg ckp office dia buat sale.. almari ni just tinggal satu ni je nasib ibu sempat booking awal2. dahla murah... kalu kat luar x dpt harga mcm ni...

KELETAH AQIL











Keletah aqil semasa 4bln,Sempat lg ibu snap gambar aqil masa ni kami tengah bersiap nak pg jumpa maksu mida, nak beli perabot utk bilik aqil.

Thursday, June 25, 2009

FADHIYA HANISSA

ala cayang kalu ada kat dpn untie cubit2 pipi geramnya
Ni anak untie aya, comel & cute besar nanti mesti cun melecun, tp aqil x boleh ngorat coz hantaran tinggi bebenor, mama dia ckp hantaran tinggi mercedes & banglo kalu takde 2 tu jgn harap nak masuk meminang,so aqil kena belajar rajin-rajin jd org yg berjaya di dunia & akhirat pastu nanti aqil xyah tackle girl diaorg yg akan tackle aqil ha..ha.. class gitu...ingat tau pesan ibu..

untie ujie & kawan aqil anas


hari sabtu br ni, untie ujie nak datang rumah kita , tp kita dah keluar pg jusco, ni lah dia kawan aqil, namanya muhammad anas,emmm kalau aqil nak tau untie ujie yg byk tolong ibu buat blog ni, dia kreatif orgnyer, nanti ibu belajar byklg bg cantik blog aqil. timakasih untie.. bila nak datang rumah aqil lg nanti aqil blh jumpa anas...he..he...
TO : UJIE... SORY EKK CURI GAMBAR TANPA KEBENARAN
REGARDS: LINDA

Sunday, June 21, 2009

HARI BAPA - HAPPY FATHER'S DAY

Papa try peluk aqil mcm xnak je, kenapa sayang

Pandang ibu sini la...

dah penat ke muka seposen je ibu tgk..



Ala cayang tgk aqil cebik muka... merajuk ke



ala cayang... senyum la sikit



Aqil dgn ibu teman papa minum hari ni kan hari papa, so kita temankan papa je..

HARI BAPA - HAPPY FATHER'S DAY











HAPPY FATHER'S DAY PAPA,
Semoga papa panjang umur & dimurahkan rezeki...WE LOVE U SO MUCH
ni ada lagu dr ibu utk papa..
Mencintai mu seumur hidupku,
selamanya , setia menanti walau dihati saja,
seluruh hidupku selamanya,kau tetap milikku,
hanya satu yang tak mungkin kembali,
hanya satu yang x pernah terjadi,
segalanya teramat beerti dihatiku selamanya.. (by kris dayanti)
XLUPA JUGA PADA AYAHANDA TERCINTA - ISMAIL BIN MUDA (ATUK AQIL) SELAMAT HARI BAPA...SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN SENTIASA SIHAT SLALU

CIUMAN IBU & PAPA











CIUMAN KASIH & SAYANG AQIL DR IBU & PAPA MUAHHHH ... MUAHHHHH

Saturday, June 20, 2009

JUSCO BKT RAJA







Ni masa kat jusco ibu ajak papa survey gift, besokkan hari bapa, ibu x tau nak bg apa... papa pun bila ibu tanya dia ckp x payahlah... so kitaorg just berhenti makan kat jusco je. tgk aqil duk kat kerusi masa ibu & papa makan jer. nanti bila aqil dah besar aqil pun blh joint makan dgn ibu & papa sekali tunggguuuuuu